Search This Blog

Followers

Wednesday, April 7, 2010

Perjuang Melayu tulen

Bersemangatnya pengerusi PERKASA Daerah Petaling Sdr Zainal Abidin Ahmad yang berbaju Melayu putih disamping Yang Berhormat Dato,Paduka Ibrahim Ali,selaku Presiden PERKASA Malaysia yang mengenakan baju batik bercorak kehijaun .Gambar di atas adalah ketika majlis pelancaran PERKASA Daerah Petaling.Pelacaran pada 23 Mac 2010,bertempat di Dewan Sri Budiman,UTM,Shah Alam.

Antara pemimpin Melayu inilah dengan sukarelanya atas kesedaran telah bangun membangkit semangat orang-orang Melayu yang berada dalam dilema akibat perpecahan kerana fahaman politik.Ahli PERKASA yang terbuka kepada semua tidak kira dari parti mana,macam kita pergi masjid semua campur gaul, tak kira parti .Lahirnya NGO Melayu atas nama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) adalah semata-mata untuk"MEMPERKASA HAK DAN KEISTIMEWAHAN MELAYU" yang perlu dihayati oleh semua orang Melayu.


Tapi hari ini bila Melayu bercakap sikit dalam kumpulan dituduhnya bersifat perkauman oleh segelintir Melayu sendiri dan bangsa lain yang tinggal sebumbung.Kita perlu faham Perkasa hanyalah mempertahangkan perlembagaan negara,bukan salah menjadi tanggujawab setiap warga negara Malaysia mempertahankan perlembagaan negara.

Apa kata kita hayati senikata lagu perkasa sekejab

Maju langkah bersatu
Perkasa darah tubuh bangsaku
Jiwa nan cekal pahlawan dulu
Bina kekuatan baru

Suara anak Malaysia
Pertahan nilai bangsa mulia
Agama Raja Negara tercinta
Pribumi perkasa Negara

CHORUS:
Musuh mencabar ku gembur
Berangkai kita bersama
Walaupun bungaku kan gugur
Bersambung juang anak merdeka
Merdeka!

Verse:
Inilah tanah betuah
Warisan kita untuk semua
Makmur bahagia selama lamanya
Pribumi perkasa Negara
Pribumi perkasa Negara
Pribumi perkasa Negara
....................................................................................................
JOM JOIN PERKASA DAERAH PETALING
....................................................................................................


5 comments:

cicitHJHASSANu said...

salam nuri...

langkah pertama untuk perkasa berada di tengah masyarakat(one m'sia)saya menyarankan seorang dari mereka menawarkan diri untuk bertanding di Hulu Selangor.

Dengan ini dapat menebus kehampaan ahli Umno kerana terpaksa tunduk dengan desakan Dato Samy Velu.

mudah-mudahan dapat meneruskan agenda mengangkat martabat orang melayu,hingga hari kiamat.

Namun begitu,beruntunglah orang Hulu S'ngor kerana pembangunan yang pesat membangun dalam tempoh sebulan hingga mengalahkan bandar-bandar besar yang lain.

wallahua'lam.sekadar pandangan

Nida n' Hanafi said...

Pening melihat masyarakat yang sama agama dan sama warna kulit dengan kita.. asyik bertelagah tak sudah.. Imbas balik sejarah dulu, dek kerana tamakkan kuasa, bangsa sendri tergadai.. sanggup buang saudara buang bangsa janji kehendak diri dipenuhi... yg bertepuk tangan ialah musuh Islam!

Alangkah baiknya andai sama2 bermuafakat dengan cara yg berhemah..

Unknown said...

Salam Nurimo,

PERKASA Sepatutnya tidak diterajui oleh muka-muka UMNO supaya lebih liberal,telus dalam mengkritik kerajaan kalau tempat tidak betul.

Kalau kita fikir takkan pemimpin perkasa dikalangan orang umno nak kritik parti dia sendiri.Saya rasa perkasa adalah NGO umno untuk tarik puak pembangkang Melayu dalam PAS dan Keadilan lalu bertopengkan penyatuan Melayu.

PERKASA adalah projek Pilihanraya 13 bagi menyelamatkan UMNO.

Lama ,sepatutnya Melayu di Perkasa oleh umno sejak dulu bukan suara2 hari ini.Melayu memang susah di negara sendiri,ekonomi dimonopoli oleh Cina,hanya segelintir kroni UMNO je yang kaya.Inilah kesilapan terbesar Umno dalam membela nasib Melayu selama lebih 50 tahun hanyalah,orang kata rotorik saja.

Apalah nak dibanggakan dengan Malaysia maju,banggunan pencakar langit,anak bangsa sendiri merepak dan menjadi pengemis dibawah banggunan.Pemimpin umno dengan megah mengankat tangan hidup Melayu....apa yang hidup tu he..he..hanya poket pemimpin.

Pandagan 10 sen saya.

green said...

daerah lain??

KAKIAH said...

Salam perkenalan.
Saya orang baru. Harap sudi terima sebagai kawan Maya.
Susah nak kenal muka yg tulen - nampak muka2 UMNO je. Kalau UMNO baru, amat jelas dah byk perjuangkan utk diri sendiri ala memperkasakan diri! Tak gitu?