Search This Blog

Followers

Sunday, September 5, 2010

Dua dalam satu

Selamat Hari Raya AidilFitri dengan ingatan tulus iklas kepada semua pengujung blog ana, maaf dipinta sekiranya ada tertulis atau terkasar bahasa yang menyinggung mana-mana pihak sebelum ini dalam berblogger.


Seronoknya raya kali ini, di mana PM 1Malaysia nampak bermurah hati bagi duit raya pada rakyat tidak kira Cina,India,Iban, Kadazan ,Siam, pendek kata semua bangsa dia buat sama je, walaupun tinggal di penjuru mana negeri tetap sampai duit raya. Hari-hari surat khabar dan tv tunjuk PM bagi duit raya pada rakyat.

Ada setengah rakyat pula kata DS Najib dan menteri umno-BN bermurah hati sangat bagi duit lebih raya kali ini kerana dah nak hampir pilihanraya.Kata orang dua dalam satu,duit raya duit pilihanraya .Kalau bagi dekat pilihanraya , nanti rakyat kata politik wang pula.Inilah masanya menteri umno menabur budi.Jadi kita anggahlah sedekah raya, fikir secara positif,niat dalam hati pemberi tiada siapa yang tahu hanya gerak hati kecil rakyat menomah sikit-sikit.Mulut tempayam boleh ditutup mulut rakyat lebih 26 juta susah nak tutup.Tapi bagi ana tetap bersyukur.


Dikesempatan ini juga ana nak bagi tahu sikit bagi yang dah kahwin jangan bergaduh menentukan tempat beraya di hari pertama, biasanya yang yang duduk jauh di perantauan ,suami pantai timur isteri pantai barat atau seorang di utara seorang di selatan.Ikutlah kata suami sebagai ketua keluarga nak raya rumah emak sebelah siapa.Jangan isteri masam muka dalam kereta kalau suami tak ikut angin isteri beraya dengan emak dia.

Tapi bagi suami pula timbang-timbang juga janganlah sampai 10 kali perayaan nak balik raya rumah emak dia saja,mentang-mentang isteri ikut saja cakap suami kerana takut membantah dituduh derhaka pula.

Kita juga tidak lupa tak kurang juga isteri jenis kontrol suami hingga setiap perayaan rumah emak dia saja dikongkolnya , macam sebelah suami tak dak keluarga pula.Ingat anak lelaki hak keluarga lelaki, manakala bila dah bergelar isteri , anak perempuan hak suami dia.

Satu lagi masalah isteri-isteri,maksud ana yang suami kahwin lebih.Isteri pertama pasti nak suruh raya rumah dia dulu.Isteri bongsu pula mesti pujuk raya rumah dia dulu.Macam ni menyebahkan suami pening kepala.Itu baru 2 bagaimana kalau suami ada 3 atau 4 isteri....emmmm

oklah ya bicanglah elok-elok suami sebagai ketua keluarga


PETUA HILANG NGANTUK KETIKA MEMANDU


Oleh kerana nak rasa sejuk sikit maklumlah jalan jam terpaksa tolak larut malam,rasa mengantuk tak boleh lari dah.
Kebanyakkan orang,apabila memandu kereta terutama perjalanan jauh bila bertolak tengah malam akan merasa mengantuk teramat sangat,tambahan pula orang yang jarang-jarang memandu jauh.Hal ini kemungkinan mengundang kemalangan adalah 99% kerana ketika terlelap itu,otak tidak berfungsi dan sedar,mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dapat mengawal kenderaan yang dipandu.

Jadi siapa yang nak menolong ketika ini?
Bacalah sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini.Potongan ayat tersebut berbunyi...

"LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM.."

(maknanya:" [DIA -ALLAH] Tidak mengantuk dan tidak Tidur"

Selain itu , amalan mustajab untuk mengelak berlaku kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda.

Selamat mencuba!! sebarkan kepada rakan-rakan untuk manafaat bersama.


2 comments:

ikan emas said...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf zahir batin

Semoga bergembira bersama keluarga di hari mulia

Unknown said...

Salam,
Hari lebaran tak berapa hari lagi. Diucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.