Search This Blog

Loading...

Followers

Thursday, September 30, 2010

Mesin cop duit untuk Dun Galas




Durian runtuh untuk penduduk di kawasan Dun Galas, Gua Musang Kelantan.Sudah menjadi kebiasaan setiap kali pilihanraya kawasan kampung tidak kira jauh terpercil tetap akan menjadi ceria.Orang besar BN akan turun padang untuk salam berlapik dengan orang kampung yang selama ini hanya dapat tengok dalam TV, maklumlah sibuk di Dewan Rakyat.

Dalam kebun getah dia pergi cari lagi,walaupun selama ini tidak pernah pegang pisau toreh.Pacat boleh digentelnya,tak takut geli.Masjid dan surau makmun penuh berjemaah setiap waktu azam.Selepas itu berjalanlah dia dari rumah ke rumah mengalahkan puak tabligh,cuma bezanya puak tabligh ziarah mengajak orang meimarakan masjid/surau.Puak umno/BN pula ziarah mengajak orang sokong BN.

Kita lihat pula bertapa kuat BN di Dun Galas hinggalah kecudangnya pada tahun 2008, apabila rakyat mula berubah minda.

1986

N.39 Galas

Jumlah Pengundi 7039

Jumlah Keluar Mengundi 4926

1. Zakaria Hassan ( BN ) 3420

2. Ibrahim Abdullah ( PAS ) 1281

Majoriti 2139 – BN


1990

N.39 Galas

Jumlah Pengundi 8737

Jumlah Keluar Mengundi 6429

1. Hj Zakaria Hj Hassan ( BN ) 1760

2. Hj Omar Mohamed ( S46 ) 4465

Majoriti 2705 – S46

1995

N.43 Galas

Jumlah Pengundi 11,231

Jumlah Keluar Mengundi 7953

1. Omar Mohamed ( S46 ) 4056

2. Zakaria Hassan ( BN ) 3163

3. Nik Ismail Wan Idris ( AKIM ) 205

Majoriti 893 – S46

1999

N.43 Galas

Jumlah Pengundi 12,091

Jumlah Keluar Mengundi 8705

1. Zulkifli Mohamad ( PKR ) 3072

2. Mohamad Saufi Deraman ( BN ) 5336

Majoriti 2264 – BN

2004

N.45 Galas

Jumlah Pengundi 8972

Jumlah Keluar Mengundi 6805

1. Mohamad Saufi Deraman ( BN ) 4184

2. Chek Hashi Sulaiman ( PAS ) 2455

Majoriti 1729 – BN


2008

N.45 Galas

Jumlah Pengundi 10,330

Pecahan Pengundi

Melayu 65.81%

Cina 22.03%

India 1.81%

Lain lain 10.32%

1. Mohamad Saufi Deraman ( BN ) 3753

2. Che Hashim Sulaiman ( PAS ) 4399

Majoriti 646 - PAS



Di Dun Galas umno/BN boleh menang tapi kena tabur banyak duit insan atau dengan kata lain kena pakai duit banyak.Tapi ingat duit kenalah sampai betul-betul kepada rakyat bukan untuk durian runtuh ketua cawangan dan ajknya saja.Namun bagitu duit bukan segala-galanya bagi orang Kelantan, bukan jaminan untuk kemenangan BN.Lihat contoh terbaik di Dun Manek Urai,bukan semua orang boleh di beli dengan wang ringgit.


Parti Pas hanya modal air liur je,dia boleh menang kerana rakyat telah sedar Pas adalah parti yang memperjuangkan Islam sebenar bukan perjuang sekular sebagaimana Umno/BN.


3 comments:

Anonymous said...

Muhyudin cuba pelaga ku Li dgn Tok guru Nik Aziz.Mungkin untuk balas dendang ku li menykong tok guru untuk tututan royalti minyak.

faizal said...

biarpun berumah yang berlainan tetapi perjuangan yang berlandaskan keadilan sepatutnya dicontohi oleh wakil rakyat yg lain.

Royalti minyak hak rakyat kelantan bukannya hak JKKP UMNO kelantan

Royalti minyak said...

masalahnya umno takut nak bagi duit royalti minyak hak Kelantan sebabnya umno takut duit tu kalau dapat ke pas dia buat kempen menentang umno pula.