Search This Blog

Loading...

Followers

Tuesday, September 28, 2010

Nampaknya negara kita ramai loyar buruk

Bila sebut kerja loyar orang akan respek, maklumlah pakar undang-undang,tapi sebaliknya....Teringat ana masa kecil dulu jiran ana selalu kata pada anak dia yang suka cakap pusing-pusing"adik ni nak jadi loyar buruk cakap sikit nak bohong dah ".Nampaknya hari ini loyar buruk telah menjadi realiti.Lihak muka peguam ,ana sudah mula curiga,lawyer betul ke atau loyar buruk dalam hati.Imej profesional loyar telah tercemar dan perlukan pemulihan kembali.

Tersebutlah kisah seorang telah dihadapkan ke makamah di Rusia, lalu suspek telah membeli khidmat guaman seorang loyar untuk mewakilinya dalam perbicaraan.Suspek telah menaruh sepenuh pengharapan agar loyarnya dapat membebaskannya dari dikenakan sebarang hukuman.Setelah perbincaraan berjalan beberapa hari, suspek didapati bersalah dan dikenakan hukuman penjara 6 tahun.Namum menang atau kalah loyar tetap mendapat bayaran.

Hakim:Makamah dapati kamu bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun.Ada apa-apa rayuan.

Persalah:Yang Arif ,saya merayu agar loyar yang mewakili saya dikenakan penjara bersama saya sekali kerana saya telah menjual sebidang tanah untuk membayar khidmatnya tetapi loyar saya gagal membela saya.



Lihat berita dibawah ,apa dah jadi dengan lawyer kita?

35 peguam terlibat jenayah ditahan

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Seramai 35 peguam telah ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, setakat ini kerana terlibat dalam kegiatan jenayah di seluruh negara termasuk dua beradik yang menjadi suspek utama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki baru-baru ini.

Peguam dua beradik terbabit disiasat kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan tanah yang didakwa ingin dibeli oleh Sosilawati di Pulau Pinang.

Timbalan Pengarah 1, JSJK, Bukit Aman, Datuk Nooryah Md. Anvar berkata, kesemua peguam yang ditahan terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah seperti kes penipuan, pecah amanah, pemalsuan dokumen bagi geran tanah dan afidavit.

Beliau berkata, terbaru, polis menahan seorang peguam berusia 50-an di rumahnya di Sunway, Subang Jaya, dekat sini, hari ini setelah dipercayai cuba memalsukan geran tanah di ibu negara bernilai kira-kira RM15 juta kepada syarikatnya.

“Suspek ditahan kira-kira pukul 8 pagi untuk siasatan,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Media, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Nooryah bagaimanapun enggan mengulas lanjut secara terperinci mengenai tangkapan tersebut, latar belakang peguam terlibat dan modus operandi digunakan.

Mengenai 35 peguam yang diberkas setakat ini, beliau berkata, tangkapan tertinggi dilakukan di Selangor iaitu 10 orang, diikuti lapan orang di Johor serta masing-masing empat orang di Kuala Lumpur dan Kedah.

Beliau berkata, Perak dan Negeri Sembilan pula masing-masing mencatatkan tiga tangkapan manakala dua orang di Pulang Pinang dan seorang di Melaka.

“Dalam tempoh sama, kita telah membuka dan menyiasat 290 kes jenayah membabitkan golongan peguam termasuk kes Sosilawati yang masih dalam siasatan,” katanya.

Menurut Nooryah, penglibatan peguam dalam kes-kes jenayah amat dikesali kerana mereka merupakan golongan profesional yang dipercayai oleh masyarakat.

“Sebagai golongan profesional, peguam diberi amanah oleh pelanggan. Pelanggan meletakkan harapan tinggi kepada mereka namun dimusnahkan apabila mereka melakukan penipuan dalam kes penjualan tanah dan pembiayaan rumah, pecah amanah serta pemalsuan afidavit,” ujarnya.

No comments: