Aidilfitri tidak lama lagi akan muncul.Perancangan awal untuk balik beraya dengan ibu-bapa mula terbayang.
Sudah menjadi lumrah budaya balik kampung bagi warga yang bekerja di bandar-bandar.
Tidak hairanlah bandar KL menjadi lenggang bila hari raya .
Ibu-bapa mula terbayang anak menantu akan akan pulang tidak lama lagi,jelas perasaan gembira dan terharu.Kita perlu faham apabila anak sudah kahwin ,mestilah ada 2 pilihan nak beraya kat mana di tahun ini.
Bagi yang bujang tiada masalah untuk balik kampung beraya bersama ibubapa ,tiada siapa yang nak halang.Tapi sekiranya tiada kenderaan sendiri lagi,risau kot..kot tiket bas habis.Pernah terjadi dalam masyarakat kita,anak bujang tak balik beraya dengan kedua ibubapa kerana beraya rumah tunang.Masa bertunang dah mula lupa ibubapa apatah lagi selepas kahwin.
Apa yang saya ingin sentuh lebih sikit berkenaan pasangan yang tinggal di bandar KL,kampung ibubapa berjauhan dan berbeza tempat.Pilihan untuk tempat beraya menjadi persoalannya.Kampung isteri kat Johor manakala kampung suami kat Perlis.Ini yang nak dijadikan ceritanya.
Isteri:Abang raya ni,Ani nak balik rumah mak Ani,rindu sangatlah.....
Suami :Ani,abang juga lama tak lihat emak abang,tahun depan raya rumah emak Ani.
Isteri:Kalau cam tu,Ani balik rumah emak Ani..Abang balik rumah emak abang...
Suami :Kalau awak tak mahu ikut balik rumah mentua awak,jangan datang lagi lepas raya ni.
Inilah bunga-bunga pergaduhan suami-isteri yang tak sedap didengar menjelang perayaan setiap tahun.Sudah semestinya salah seorang perlu mengalah.Kalau ikut agama sudah pasti isteri kena ikut cakap suami.Hari raya tahun ini balik rumah emak suami, tahun depan sebaliknya apa susahnya.
Ada satu kes di mana sudah 10 tahun berumah tangga.Setiap kali perayaan isteri ikut balik beraya ke rumah sebelah suami.Walaupun isteri bergelidang air mata,apa boleh buat ,membantah nanti dikata derhaka pula.Saya harap suami bertimbang rasa juga ,kena-kena faham isteri anda juga ada emak bapak dan keluarga.
Lain pula kes kedua,suami ikut saja kata isteri,maklumlah gaji isteri besar,tambahan pula isteri anak orang berada.Setiap kali raya dikongkol terus suami ke rumah keluaga sebelahnya hampir 7 perayaan.Sedangkan ibu sebelah suami menitis airmata mengenangkan anak menantunya tidak pulang beraya bersama.Walaupun ada balik juga ke rumah sebelah suami tapi bukan waktu musin beraya.
Pada tahun lepas ada satu kes di mana pergaduhan menentukan tempat beraya telah mmebawa kepada perceraian.Jadi untuk balik beraya ni,suami isteri bincanglah elok-elok,ibubapa juga perlu faham bila anak dah kahwin mestilah ada mentua,jangan tekan-tekan anak sangat suruh balik beraya kat kampungnya.Kalau rumah ibubapa pasangan tidak jauh lain ceritalah.
Ini kes yang seronok didengar,bagi yang ada isteri dua ,lagi susah nak balik beraya.Kena buat jadual betul-betul,kalau tidak masalah besar,maklumlah kedua-dua isteri kena membahagi kasih seadil-adilnya,tambahan pula ada dua mentua.
Pasangan yang tinggal jauh tapi kampung suami dan isteri satu negeri malah dekat pula antara rumah emak suami dengan rumah emak isteri....jodohkan kata orang,seronok ya cuma bincang apa nak beli kepada ibubapa....takkan balik tangan kosong.
Janganlah bergaduh menentukan tempat beraya nanti hilang seri di adilfitri.