Search This Blog

Loading...

Followers

Saturday, August 1, 2009

Wajah tanpa kosmetik



Apabila kita berbicara tentang kecantikan.Perkara yang satu ini boleh membuat wanita resah.Kecantikan mampu menyihir kaum lelaki dan kekadang boleh mengubah arah perjalanan kehidupan wanita.

Kecantikan adalah password sebaguna dan kuasa yang memungkinkan pemiliknya naik ke kelas sosial lebih tinggi atau paling tidak mendapat pelayanan lebih baik di kelas sosialnya sendiri.

Meskipun wanita menyedari bahawa kecantikan adalah anugerah Tuhan,bukan kerna hasil usaha.Masyarakat juga tidak lupa menghagai wanita kerana kepintaran keperibadian namun,kecantikan masih tetap menrupakan senjata utama kaum hawa.

Sejarah telah membuktikan kecantikan sebagaimana dimiliki Josephine sehinggakan panglima perang tersohor Nopolean Bonaparte berlutut mengemis cintanya.Tidak kurang wanita cantik yang telah menjadi ikon dunia seperti Cleoptra,Thedora(bekas pelacur yang menjadi maharani Rom),Marilyn Monrow,Elizabeth Tayloy,Broke Shied,Cindy Crawford,Lady Diana,Modonna,Britney Spear dan lain-lain lagi.Kecantikan mereka semua berbeza dan unit.

Kecantikan adalah sesuatu yang relatif dan sukar untuk di definasikan.Malah kecantikan bergatung kepada petaksiran setiap individu.Ada lelaki yang mengatakan wanita itu cantik,tetapi yang lain sebaliknya.Tapi kalau ramai kata cantik,memang betul comel.

Salah satu kriteria cantik sekarang ini adalah pada kulit wajab yang terang atau putih.Kriteria ini bersumber dari doktrin yang ditekankan oleh industri kecantikan secara terang-terang melalui iklan di televisyen,majalah khusus wanita,jualan langsung produk wanita dari pintu ke pintu.

Wanita telah terkepung dari segala penjuru,sehingga tidak kuat atau menyerah ,lalu menjadi pengikut setia produk kecantikan.

Wanita kerana terlalu termakan iklan sesuatu produk kecantikan hinggakan wajab menjadi hilang cantik yang asli.Sebenarnya produk kecantikan ini adalah idea kapitalisme yang bersembunyi disebalik industri kecantikan untuk mencari laba.

Industri kecantikan bukanlah penjahat,tapi mereka adalah super power dibidang pencipta.Mereka ini tukang buat sabung,bedak,gincu ,perbesih muka dan lain-lain lagi.Perlu ingat banyak bahan kimia dalam produk kecantikan sesetengahnya menggunakan bahan yang tidak halal.

Tukang cipta kosmetik telah menggunakan ayat promosi yang hebat dan sangat faham impian-impian untuk tampil lebih cantik dan pandai memanipulasikan.Mereka brain wash secara sistemetik dan direncana secara cermat,mereka mengatakan cantik harus putih,tidak boleh ada jerawat,tidak boleh ada bintik-bintik,hidung harus macung,tubuh harus langsing,rambut ikal maya dan seterusnya.

OK,kalau tenyata bagitu,kenapa harus menuruti iklan para kapitalis di industri kecantikan.Sedangkan harus sedar kita mempunyai kecantikan asli.Mengapa tidak merasa bangga anugerah Tuhan.

Mengapa kita harus mengubah wajah asli kita dengan bersusah payah dan jika pasti akan mempamerkan kepada orang ramai,bukankah aurat harus disembunyikan bagi yang muslim.Adakah sekadar untuk mendapat pujian,perlu ingat kecantikan rohani harus diutamakan dahulu.Cantik rohani akan terpancar pada wajah.Jadi tak payah pakai kosmetik ok kan.........

27 comments:

Insani said...

ini juga akibat pengaruh iklan2 sih yang meng-image-kan wanita putih lebih cantik daripada yg berwarna
tapi saya bangga kok berkulit coklat eksotis

The Hobbit Frodo said...

huhuhuhuhuhuhu .... bibik wa nyer petua, minum air suam lepas bangun titunnn. confirm awet muda. xoxoxoxooxo. selamat beramal.

hassan said...

wanita tanpa kosmetik memang cantik.Bagaikan nampak urat-urat halus dipipi manakala bibir memang cantik kemerahan asli.

Bulu kening tidak dicukur lagi cantik.Tapi sekarang jarang nak jumpa wanita tak cukur bulu kening.

faizal said...

tahu pun hassan..apa ada teguran daripada pemimpin UMNO berkaitan cukur bulu kening..

faizal said...

apa usaha yang UMNO lakukan untuk mencegah pendedahan aurat kaum hawa.

hassan said...

salam faiza,anak orang pas ramai cukur bulu kening juga eek..,pakai make up tebal ,tilik dulu sebelum mengata orang umno ni.

Awak tak tengok dalan tv,akbar..bahagian agama dah ,umno bagi tahukan.Terpulang pada individu anak orang pas nak pakai meke up tebal 10 in pon.

Pas padai demotrasi je......Mengapa pas tak buat demotrasi bebesaran hapus pondang,rumah pelacuran,kelab malam di Chow kit lagi baik..faizal dari demotrasi ISA.

Maaf ya lari dari tajuk,pasal awak mula dulu.

faizal said...

boleh..tak ada masalah..

sebab tu lah pemimpin UMNO kena ubah diri..
mereka kan pemimpin negara. bila rakyat tak kira lah parti mana pun..tengok isteri pemimpin pun cukur kening dah tentu rakyat yang bodoh dan tolol yang tak takut kepada tuhan tu terikut...

mempamerkan aurat umpama pelacur..menjamu mata yang bukan muhrim..

sekarang kerajaan tak nak tegur kita masing-masing tegur saudara ataupun adik beradik kita agar tidak menjadi pelacur murahan..

satu lagi..mana taknya kerajaan tak bersungguh-sungguh sebab bini mereka pun macam tu..

hassan said...

faizal,saya tengok ramai kat negeri-negeri yang pas dan pakatan perintah tu,wanita make up tebal- tebal belaka eek....mulut pun merah-merah.

Tak cukup untuk melengkapkan lagi dengan make up tu,pakai pula seluar sendat2.Nak tunjuk ke sapa,orang dah tahu wanita ada benda tu belaka eek....

Pemandangan biasa di bandar-bandar pas memerintah.Pemimpin pas telepas pandang ko...

faizal said...

ini adalah kesan 50 tahun munafik memerintah..

nak bina tamadun islam bukannya senang sebab islam bergerak dengan teliti dan teratur..

nak asuh supaya sedar bukannya senang,soal islam timbul bila UMNO banyak buat silap,sebelum ni rakyat masih syok ditipu oleh UMNO..

ada bukti ke hassan cakap macam tu..
yang aku tengok bebudak puteri UMNO yang merosakkan pemandangan kat negeri-negeri pakatan.dan bebudak PKR yang baru nak berubah tu,

kita tak payah lihat skop yang luas..kita lihat benda yang kita nampak sebagai contohnya isteri pemimpin hassan tu..bandingkan mereka dengan isteri pemimpin pas..jauh bagai langit dan bumi..

untuk pengetahuan hassan,aku lihat sendiri UMNO yang dah tua bangka bukan main gatal dengan puteri UMNO..masyaallah..nak aje aku cekup dua-duanya.. nasib baik..bidang kuasa aku terhad..

hassan said...

faizal,awak celik mata luas-luas sikit tu muda-midi pas apa kurang,pergi lihat kat bandar KB dan Alor setar tu.Bandar pas perintah lihatlah puterinya ,lebih kurang dengan serbuk pencuci biasa.Pas terlupa nak jaga akidah puteri dinegeri yang diperintah,kerana ghairah nak tumbangkan umno saja.

Adakah patut setengah tu pakai tudung,tapi seluar sendat,baju sikat.Masih nampak bojolannya faizal.Pkain Islam cara paa ke ni...

Setuffo Sagandok & Wong Choon Mei said...

Alamak lari tajuk bro-bro kita ni...
Saya sangat bersetuju bahawa kecantikan kaum hawa adalah satu senjata yang paling berkuasa “siapa tak nak isteri cantik”. Ia boleh di gunakan untuk kebaik kan atau sebaliknya. Dan pewarna muka atau makeup membuat peranan yang sangat penting dalam perkara ini... Makeup selalaunya digunakan untuk menutup kecacatan kecil pada muka seseorang atau mengubah warna pada bibir lebih lebih lagi untuk seisi fotografi seperti model yang mendapat sumber kewangan dari kecantikan mereka...
Saya tidak nafikan tuhan mencipta manusia banyak perbezannya, ada yang wow...cantik ada yang kurang cantik dan ada yang memang tak cantik. Apa pun hati manusia ada sifat ingin memiliki apa yang ada pada orang lain, mungkin barang-barang boleh di usahakan tetapi kecantikan agak mutahil. Tetapi oleh kerana sikap manusia yang suka melawan takdir sehingga ada doktor terkenal di negara eropah yang boleh mengubah wajah seseorang 100% … gila dan melampau itulah perkataan yang mampu saya katakan.
Pada pendapat saya penggunaan alat solek kalau di tidak kan 100% saya tak setujulah, tetapi biar kena pada tempatnya dan bersesuaian dengan keadaan. Saya sangat bersetuju pembuat-pembuat produk kecantikan sekarang banyak mengadakan promosi bermacam-macam cara tarikan untuk menjual produk mereka. Sehinggakan ada insan-insan yang terlupa bahawa mereka tidak boleh memiliki wajah model yang di gunakan dengan hanya membeli produk kecantikan tersebut.
Sebelum membeli produk kecantik atau penggunaan makeup fikir dahulu untuk apa…? Yang paling penting gunakan produk kecantikan yang menyerlahkan keaslian pada muka dan bukan penampal yang sama sekali mengubah wajah sehingga tidak di kenali dan tidak berkekalan… takut nanti si suami suruh si isteri pakai makeup siang dan malam…!? Kan susah… Biarlah yang asli dan tiada penyesesalan.

The Hobbit Frodo said...

apsal stry kosmetik bleh masuk PAS UMNO ni weh ... KAHKAHKAHKAH ... klaka gilerrr

hassan said...

maaf wong dan Frodo,yang mulanya faizal pas tu,yang membuat tajuk lari ni.Saya cuma nak betul je tuduhannya melampau kerana anggapannya ramai wanita muslim pakai make up kerana dasar umno.

Setiap orang suka lihat kecantikan.Apa salahnya pakai nipis-nipis untuk suami bukan nak tunjuk kat orang lain.Bila isteri cantik berhias takkan lah suami nak cari lain lagi.

Tapi jangan sampai beli alat make up hingga 4..5 ratus sebulan.Cara tu isteri boleh botakkan suami.

aini said...

abg hassan,

Apa salahnya beli make up mahal,kualiti mesti bagus,dia orang dah buat kajian kan...

Sayang isteri apa salah sisuami beli make ke isteri,melawa pun bukannya untuk orang lain.Udara kotor(debu) atau cuaca sekarang tak menentu merosakkan kulit wajab,apa salahnya pakai make up untuk mengelak kerosakkan kulit.Lagipun Cuaca negara kita panas dan lembab mudah naik jeragat.

Kalau wajab tak cantik sisuami kata tak pandai jaga wajab pula....

Faizal kalau awak ada isteri/kasih,nak jimat belanja,awak beli bedak kulit rambai dan sabun pula jenis dari daun gelanggang.Dua jenis tu habis dalam $4.30.Dah kedekut sangat gah.

faizal said...

tq, aini..

baguslah kalau cantik untuk suami..

jangan cantik dengan make up bila nak pergi kerja je..bila duduk rumah dengan suami serabai macam mayat hidup..

jangan hanya pakai baju cantik-cantik bila keluar rumah je..bila duduk rumah pakaian serabai..

perempuan ni lebih cantik jika bertudung nampak manis dan ayu..

tetapi jangan lah sampai nampak lurah-lurah dan bontot tu..aku tengok macam nak penyepak je..menutup aurat adalah kehormatan untuk wanita..

wanita yang mempamerkan aurat umpama pelacur murahan........

aini said...

faizal,

Kata orang wanita nak mudah dapat kasih atau suami kena lah pakai make up sikit ,baju sendat ,kalau pakai kain kena belah sikit agar nampak betis gebu tu dan kalau seluar bagi fit.
Stail moden ni.

Kan orang lelaki suka cam tu,faizal awak tak payah bohong dengan perassan awak tu,setuju apa yang saya cakap.

Alah faizal ,tok lebai macam awak boleh jatuh ketayap kerna wanita,cakap biar belapik sikit

kata faizal:-
"wanita yang mempamerkan aurat umpama pelacur murahan........".

The Hobbit Frodo said...

Encik Faizal berkata2 seperti orang bijak, tp sebenarnya x bijak manapun. Kalau dah kata baik sangat, xder nyer nak kuarkan stmnet yg mrndahkan org lain.

Bagi nasihat biar berhemah .. awak bukan nabi nak berlagak maksum.

((hanginnn plak))

faizal said...

maaf aini kalau terasa..

saya berkata kepada wanita yang mempamerkan aurat sahaja..yang menutup aurat tu kan cantik,manis dan dihormati..maaflah kalau aini terasa..

kita kena taat kepada allah,secara automatik kita akan menghormati isteri kita seperti yang disarankan oleh islam..takkan aini nak suami yang mata keranjang.

aini
tidak semua orang sukakan perkara-perkara yang macam tu.

amat penting sekali wanita menjaga aurat kerana melambangkan imej luaran wanita tersebut.pemakaian yang baik mengikut syarak mengelakkan wanita itu daripada terjerumas ke arah fitnah,umpatan dan jenayah.islam sangat menjaga kehormatan wanita.

maaf frodo..
saya cuma memberi pandangan sebegitu adalah sekadar mematuhi kaedah al-balaaghah. Ini penggunaan perumpamaan atau kiasan semata-mata. Jauh dari segi maudhu’, ia bertujuan untuk menjelaskan bagaimana wanita yang mempamerkan aurat di umpamakan pelacur murahan kerana bersesuaian dengan cara pemakaian golongan tersebut.

kita disarankan mengamalkan sikap amal maaruf nahi mungkar.salahkan saya menegur perbuatan yang buruk supaya orang ramai dan saya sendiri agar menanam sifat bencikan perkara-perkara yang haram supaya kita semua memperolehi berkat di dunia dan di akhirat.

harus diingat kewajipan kita sesama manusia.

hassan said...

faiza,awak nik macam nik aziz,kata pada orang umnor macam ayah pin,tapi bila terdesak pusing kata sekadar kiasan saja.

Kesian pada ani awak cakap macam tu ,bila frodo nasihat,awak kata sekadar kiasan .

Sebelum tulis fikir dulu,lebai cam na awak ni.
Jaga lidah kerana dia tak da tulang.

Jangan marah faiza,nak tanya sikit orang perempuan muslim tak boleh pakai make up lasung ke?

lili11 said...

buat apa bedal membedal ni ... TQ kerana mengingatkan tentang kecantikan asli wanita. Marilah kita belajar drp kesilapan dan memperbetulkan apa yg mampu. Tegur menegur dengan baik, semoga kita semua dilindungi Allah! Amin!!

Precious

faizal said...

tak pa hassan..saya cuba menerangkan..

Firman Allah Ta ‘ala, “Hai Nabi, katakan kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang-orang Mukminin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka’.” (Al-Ahzab: 59).

“Katakanlah kepada wanita-wanita beriman, ‘Hendaklah menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kalian beruntung’.” (An-Nuur: 31).

faizal said...

Islam adalah agama fitrah. Tidak ada satu pun hukum dan peraturan dalam ajaran Islam bercanggah dengan fitrah.

Manusia umumnya, tidak kira sama ada lelaki atau wanita suka melihat sesuatu yang cantik dan memperlihatkan kecantikan yang ada pada dirinya. Dengan kata lain, ingin supaya orang melihatnya dalam keadaan kemas dan cantik.

Justeru, Islam bukan saja mengharuskan, malah menggalakkan wanita dan lelaki berhias bagi memenuhi tuntutan fitrah yang sukakan keindahan dan kecantikan. Diriwayatkan Ibn ‘Abbas pernah berkata: “Sesungguhnya aku berhias untuk isteriku sebagaimana aku suka dia berhias untukku. Sebagaimana aku suka menuntut semua hakku daripadanya, aku juga menyempurnakan semua haknya daripadaku kerana Allah berfirman maksudnya: “... dan untuk isteri-isteri itu haknya sebagaimana mereka mempunyai tanggungjawab terhadap suami mereka dengan cara yang makruf (Surah al-Baqarah, ayat 228).”

Berdasarkan prinsip itu, fuqaha mengatakan bahawa semua jenis perhiasan adalah harus kecuali ada nas yang jelas dan sahih menunjukkan haram. Dalam hal ini, mereka berpandukan kaedah fiqh “asal semua perkara itu harus melainkan ada dalil yang menunjukkan ia haram.”

faizal said...

Selain ada nas yang jelas menunjukkan haram seperti wasymu (tatu), mencukur bulu kening, memakai rambut palsu dan sebagainya, beberapa perkara perlu diberi perhatian dalam menentukan sesuatu itu halal atau sebaliknya.

Pertama, niat atau tujuan perkara itu dibuat.

Niat yang tidak baik akan menjadikan sesuatu yang pada asalnya harus itu haram. Tetapi, niat yang baik tidak menjadikan perkara yang haram itu halal. Umpamanya, memakai rambut palsu dengan niat menyenangkan hati suami, tidak akan mengubah hukum pemakaian rambut palsu itu.

Kedua, dari segi cara pelaksanaannya mesti tidak melanggar batas syarak seperti memotong atau merawat rambut di salun terbuka atau menggunakan khidmat pendandan yang berlainan jantina.

Ketiga, dari segi bahan yang digunakan mesti bukan daripada benda yang najis atau bercampur najis atau bahan yang boleh mendatangkan mudarat pada agama, nyawa, akal, zuriat dan harta dalam jangka masa panjang atau pendek.

Keempat, khusus bagi golongan wanita.

Kerap ditekankan wanita wajib berhias untuk suami. Itu memang benar. Fuqaha berpendapat jika suami menyuruh isterinya berhias, menyediakan alat atau bahan perhiasan untuk isterinya, maka isterinya wajib taat dengan menggunakan alat atau bahan itu.

Ia dengan syarat apa yang disuruh oleh suami itu tidak termasuk dalam kategori perhiasan yang haram.

Sekiranya suami memerintahkan isteri melakukan perkara haram, isteri tidak wajib mematuhinya. Hal ini kerana Rasulullah SAW menegaskan dalam sabdanya bermaksud: “Tidak boleh taat kepada makhluk sekiranya membawa kepada maksiat (derhaka) kepada al-Khaliq (Allah).”

Berkaitan dengan persoalan yang ditanyakan iaitu ‘rebonding’, merujuk kepada tafsiran yang dibuat oleh Sa’id Hawa dalam al-Asas fi at-Tafsir terhadap ayat bermaksud: “Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan menyuruh mereka membelah telinga binatang ternak; dan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.

Dan sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain Allah, maka sesungguhnya rugilah dia dengan kerugian yang terang nyata.” (Surah an-Nisa’, ayat 19). Ia tidak termasuk dalam kategori mengubah ciptaan Allah.

Beberapa pendapat yang dikemukakan fuqaha berkaitan perhiasan yang halal dan haram juga tidak menyebut ‘rebonding’ sebagai haram.

Begitu pun, sebagai wanita beriman seeloknya sebelum melakukan sesuatu buatlah penilaian terlebih dulu secara menyeluruh - baik buruknya, untung ruginya dan seumpamanya.

Mengenai baik atau buruknya ‘rebonding’, saya petik jawapan yang diberikan oleh ahli sains, Richard Hoffmann (Profhoff) 388 apabila ditanya mengenainya. Katanya: “Rambut sebenarnya protein mati yang dikenali ‘keratin’.

Rambut hidup hanya pada akar umbinya. Oleh itu, sebenarnya ia tiada istilah ‘rambut sihat’.

Rambut jika rosak, tidak boleh dibaiki dengan membubuh apa-apa pada permukaannya. Produk yang didakwa boleh membaiki rambut sebenarnya bahan yang direka untuk menutup kerosakan itu.

Pada dasarnya, ia akan hilang apabila rambut dibasuh dan kerosakan itu berkekalan. Kerap juga ia menjadikan keadaan rambut bertambah buruk.

“Walaupun rambut itu dikatakan keratin, menambah keratin (rebonding) tidak memberi kebaikan pada jangka panjang.

Hal ini kerana apa yang dibubuh pada rambut adalah pada luaran saja dan tidak pada bahagian dalam (semula jadi) rambut apabila ia panjang.

“Kebanyakan produk penjagaan rambut mengiklankan untuk membaiki rambut yang rosak, sebenarnya mereka hanya mahukan wang anda. Kerosakan rambut disebabkan rawatan dan penjagaan rambut yang kurang cermat.”

faizal said...

berhias atau perkataan lain adalah bertabarruj

tabarruj maksudnya menampakkan kecantikannya kpd lelaki yg bkn mahram.
Ianya terbahagi kpd dua iaitu:
1) tabarruj semulajadi,
iaitu memang semulajadi tanpa sebarang mekap/perhiasan dia cantik/ayu/cun
2) tabarruj buatan,
- memperhiaskn diri dgn alat solek/pakaian yg cantik/barang2 kemas/etc....
- melakukan pembedahan kecantikan

perhiasan dan wanita mmg tidak boleh dipisahkn.lagi pula 'wanita adalah perhiasan dunia dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'.berhias/memakai sebarang perhiasan boleh.cuma jgn berlebihan dan menonjol sehingga boleh mengakibatkan fitnah..

berhias luas maknanya.bkn hanya pada pakaian atau alat solek bahkan juga pada gaya berjalan, bercakap dan tingkah laku.

juga terdapat dalil dr surah al-Ahzab ayat 33 dan 59.dr ayat di ats sudah jelas mksd Allah akn syarat berhias bg wanita muslimah.hanya dibolehkan kpd yg disebut di ats.mengenai pakaian yg menonjol adalah tak kira apa pun yg mampu menarik perhatian adalah dikategorikn sbgai berhias.

pemakaian sahaja tidak menjadi asbab kepada tarikan.mungkin even kita dah pakai tudung labuh,pakaian yg sopan dan menutup aurat.gaya perlakuan kita contohnya cara berjalan yg persis model juga boleh mengakibatkn fitnah kpd diri kita dan org lain secara x langsung.

berhias yg berlebihan juga boleh membawa kpd menghampiri zina(bunga2 zina).dan ini boleh menimbulkan keinginan lelaki yg ada penyakit di hatinya(bernafsu jahat).

bahaya berhias:
- menimbulkn keinginan lelaki yg bernafsu jahat
- menyemai benih2 riak & bangga dgn kecantikkan diri
- menyemarakkan api cemburu(hasad degki) org lain terhadap kita
- berlaku pembaziran dalam pembelian
- mudah termasuk dalam tipu daya lelaki
- merosakkan hubungan kekeluargaan(rumah tangga)

'wanita adalah fitnah besar dunia'
insyaAllah semoga kita semua terpelihara dari menjadi fitnah dunia dan kepada kaum hawa berusaha kearah menjadi wanita yang solehah(seindah-indah perhiasan dunia).

guaOtai. said...

Hassan dan Aini, mendedahkan Aurat tu hukumnyer haram. Bila dah di jadikan budaya lebih 50 tahun, rasa2 nyer susah nak di ubah dalam masa kurang dari 2 tahun. Ni lah padah nyer bila mendedahkan aurat tidak dipandang jijik seperti haramnyer memakan daging babi.

P/S : Suatu masa dulu perkataan 'BABI' diharam sebutannyer di TV. Kenapa ... tak percaya ya ... percayalah kerana perkara yg pelik2 ni selalu berlaku di Malaysia.

日月神教-任我行 said...

成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,a片

金瓜米粉Jason said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社