Search This Blog

Loading...

Followers

Friday, August 7, 2009

Nombor Berhantu




"Alah pusing lagi,aku beli 2687,yang keluar 8726".Ini keluhan kaki judi nombor Toto dan Magnum yang biasa didengari.Ada yang beli nombor Toto tapi keluar di Magnum,bagitulah sebaliknya,pendek kata putih mata,yang untungnya tauke syarikat judi.Jadi nombor yang pusing-pusing dan hampir mendapat hadiah pertama yang memberi semangat untuk terus membeli nombor.Inilah yang dikatakan nombor berhantu.
Entah nombor yang saya buat contoh dalam blog ini pun mungkin dibelinya juga.

Orang yang suka judi nombor,pantang melihat nombor pasti dibelinya.Biasanya dia orang tidak beli suka-suka nombor,ia berdasarkan perbagai pendoman,dapat dalam mimpi,jarang sekali mimpi keluar nombor terus tetapi jika mimpi sesuatu benda,lalu ditaksirkan kepada nombor misalnya kalau mimpi pancing nombor 7.Kaki-kaki nombor akan berkawan dengan kumpulan yang hobi sama dan bertukar-tukar mimpi dan sampai pening mentaksirnya.Bila beli tak juga kena.

Ada yang suka ambil nombor kereta kemalangan terutama sekali yang pemandunya mati di tempat kejadian.Yang hairanya apabila kemalangan berlaku yang pertama dia orang sibuk tulis nombor dahulu ,baru lihat atau tolong mangsa.

Saya pernah menaiki kereta dengan seorang kaki nombor,apabila terdengar bunyi hon sesuatu kereta,lalu diambilnya nombor kereta tersebut sebab dia kata nombor kereta tu akan keluar kerana bunyi hon merupakan pertunjuk.Ini adalah minda kaki judi peringkat berat.

Seorang majikan memberitahu saya,salah seorang kakitangannya selalu mengandap di komputer.Apabila dilihat,rupanya sedang melayari laman web sport Toto,bukannya buat korja.Dia sedang buat analisis nombor mana yang lama tak keluar untuk dibeli.Katanya dia ikut satu nombor sudah hampir 2 tahun ,setiap hari nombor dijual dia pasti beli(nombor sama),tapi malangnya satu hari dia deman ,jadi tak sempat nak beli.Keesokkan harinya nombor itu sudah keluar hadiah pertama,dia bagaikan nak terjun banggunan.

Ada kaki judi menganggap beli nombor,adalah orang yang berwawasan,ada cita-cita.Kalau menang judi,dapat beli rumah,kereta impian dan apa yang dilihat orang kaya pakai semua dapat dirasa.Tapi sebenarnya mereka berada dalam dunia hayalannya sendiri.

Kebiasaan kaki judi menberlanja antara RM10 hingga RM50,bergantung kapada pendapatan.Tidak hairanlah ada yang membeli nombor hingga $200,kerana mereka fikir beli banyak peluang lebih besar akan menang.Berlanja tersebut adalah berdasarkan setiap hari jualan.Terdapat juga masa poket kurang lebat,mereka berkongsi dengan rakan-rakan,andainya menang hadiah akan dibahagi sama rata.Maklumlah dapat mimpi baik.

Kalau kita melalui kedai nombor ekor yang bersepak di negeri Selangor ni,kita akan lihat panpan tanda "JUDI HARAM DI SISI AGAMA ISLAM"untuk beri peringatan kepada orang islam terutama orang Melayu.Tetapi orang Melayu terlepas pandang papan tanda tu.Kalau nasib baik ditangkap JAIS masa membeli nombor mungkin boleh mengingsafkan diri,maklumlah denda lebih RM2000.00.

Tapi kalau difikirkan ,kalau kena tangkap bayar denda,tapi kalau beli nombor Toto/Magnum yang ada permit atau lesen kerajaan ambil cukai sebagaimana tertera pada kertas nombor.Jadi patutkah rakyat didenda ,tapi kerajaan ambil cukai hasil orang yang beli nombor yang kena denda tu.Inilah persoalanya yang selalu ditimbul oleh kaki judi Melayu.

Judi adalah penyakit masyarakat dan mempunyai gejala-gejala seperti berikut:-

1.Banyak masa terbuang
2.Kemiskinan,kesengsaraan diri dan keluarga boleh mengakibatkan porak-peranda dalam rumah tangga.
3.Bersikap tidak jujur dan selalu berhutang
4.Kepentingan kerja selalu diabaikan.
5.Melibatkan diri dalam kegiatan jenayah atau rasuah untuk menampung kekalahan.
6.Selalu rugi,apa yang dikejar mungkin tidak dapat dan apa yang dipoket jadi kosong.
7.Dan lain-lain lagi.

Oleh itu adalah baiknya kedai nombor ditutup di seluruh Selangor sebagaimana di negeri Tok Guru Nik Aziz.Tapi nak haram jual arak pun dah macam-macam bagaikan nak bergaduh sama pakatan,apatah lagi nak tutup kedai nombor ekor.

52 comments:

CCZ said...

menarik betul catatan nurimo kali ini. Di pejabat ccz pun bercambah Melayu Islam yang gemar menikam nombor sehingga buku berkenaan nombor-nombor feng shui dan tafsir mimpi jadi nombor pun depa ada. Yang menariknya buku itu dijual dwi bahasa.bhsa melayu dgn bhsa cina. Kalau ccz keluar waktu malam pergi beli barang-barang, ccz akan nampak seorang atau dua orang yang menjual loteri tepi jalan. kira punya kira 10 yang beli, Melayu 6, Cina 2 india 2. Menarik kan..?

Nurimo said...

CCZ,

Betul awak cakap tu,mengikut statistik CCZ yang bagi tahu, Adala sah Melayu yang ramai beli nombor ekor.

Sebenarnya orang Melayu/Islam tak payah beli nombor.Dalam surah Al-Fatihah,ada taksiran "tujukkan aku jalan yang lurus".Ada masa hayati surah tersebut.

Jadi orang Islam tak payah beli nombor,sebab setiap waktu kita baca Al-Fatihah.Berdoa minta rezeki yang halal hari-harikan.

Takkan nak Allah bagi kenakan nombor.....

Simpan duit untuk keluarga atau buat pergi umrah lagi baik.

ikan emas said...

Undang-undang dh ada org Islam tak boleh msk kedai2 mcm tuu..tapi sejauh mana penguatkuasaan dibuat? skrg dh tgk org Melayu (kononnnya Indon atau Nepal) dah penuhi premis ni.

...tak pernah dengan ada org jd kaya sb no ekor ??

hassan said...

Tutup kedai nombor tu kat Selangor.Jangan buat cara kawalan sendiri macam arak tu.
Dah buat cara tu lama ,tak jadi apa.

Kelantan boleh tutup pula kedai no.,yB Hassan Ali perlu berlajar dengan Tok guru ajis,macam mana kelantan boleh tutup tanpa masalah .

Jangan gadaikan agama dengan pengundi DAP.

ijoks2009 said...

Kaki judi ni semua berfikiran dangkal disebabkan tertipu oleh setan dalam diri masing2.Kalau diaorag fikirbetul2,berapa peratus sangat kaki judi yang pernah menang.yang pasti taksampai 10 peratus.

Tapi tokey judi yang kaya dengan hasil judi boleh dikatakan hampir 100%.Perniagaan yg paling banyak untung ialah judi.Mana ada tokey judi yg jatuh bankrup.Yg banyak kaki judi yg bankrup.

aini said...

Kesian juga ada tu niaga warung,dapat untung buat beli nombor ekor,harap-harap menang dapat besarkan kedai.Dengar-dengar cerita nak beli barang untuk buat niaga pun tak da duit.

Maknanya habis dengan modal-modal.

faizal said...

penjudi ibarat pengkhianat bangsa..

judi merosakkan akidah melayu yang mengaku islam..

faham-faham le siapa...

faizal said...

kali ni komen hassan tentang judi boleh lah diterima sikit..betul3..

bukan setakat selangor je..tutup seluruh semenanjung lagi baik..yang paling baik tutup dekat genting..munafik mana lah yang luluskan lesen judi tu yaaa....menyusahkan bangsa dan agama betullah..

apa lagi hassan desak lah najib 1malaysian tutup judi kat malaysia ni..


Jangan gadaikan agama dengan pengundi MCA DAN MIC

hassan said...

salam ustad faizal,

Usahlah menuding jari,saya cadangkan tutup kat Selangor semua kedai nombor.Awak suruh tutup kat Genting.

Faizal,PAS kena tutup dulu kat Selangor sebab di negeri paling maju,dan ramai Melayu bandar yang miskin dimana mereka ni penikam utama nombor ekor kerana mengharap menang untuk bebas dari kemiskinan,yang menjadi hayalan mereka semata-mata.

Faizal ,sekarang awak desak yb Hasan Ali dan Yb Khalid Samad,yang lantang bersuara di mimbar,jadi kena buat apa dicakap,kalau tidak rakyat kata,PAS cakap berdegar-degar saja sekadar mainan politik menggunakan agama.

Kedai nombor tidak boleh tutup semua seluruh Malaysia secara tergesa-gesa,nanti DAP minta cerai dengan PAS pula.Buat secara cermat,umpama menarik rambut dalam tempung,tempung tak berselerak rambut tidak putus...kalau sayang ke DAP sangat gah.

faizal said...

hassan said
Kedai nombor tidak boleh tutup semua seluruh Malaysia secara tergesa-gesa,nanti DAP minta cerai dengan PAS pula.Buat secara cermat,umpama menarik rambut dalam tempung,tempung tak berselerak rambut tidak putus...kalau sayang ke DAP sangat gah.
..................................................

inilah hasil yang kau cakap tu.Hasil desakkan yb hassan ali..umpama menarik rambut.........

Langkah ini bagaimanapun bersifat sementara kerana garis panduan lengkap tentang penjualan minuman itu akan disiapkan dalam tempoh sebulan, katanya lagi.(mb selangor said)
......................................................

apa yang UMNO buat berkaitan isu arak..takkan mengata dulang paku serpih..dok kata DAP padahal UMNO pun sama konsep dengan DAP..
.................................................
apa-apapun aku sokong judi diharamkan terus(memang dah haram pun) dari malaysia..

hidup 1malaysian!!!!!!!!(judi,arak,pelacur dinikmati oleh semua kaum dengan bebas mengikut konsep 1malaysian)

faizal said...

makan babi haram...semua orang mengaku


main judi,luluskan judi,minum arak,luluskan arak yang berlesen tak haram ke..

kerja dekat kedai arak tak haram ke..

kerja dekat kedai 7-11 yang jual arak tak haram ke..

cabutan nombor bertuah tak haram ke..

bagi duit supaya undi calon tak haram ke..

politik wang tak haram ke..

boleh hassan bg sedikit info..aku tak pernah belajar pasal semua benda yang diatas tu boleh jadi haram..kot-kot laa ada fatwa baru dari mufti umno yang kata benda tu semua halal..

hassan said...

Faizal,Selangor dipeintah oleh PR.Jadi PAS perlu membuktikan dia tidak jadi tunggagan DAP dan PKR dengan menutup kedai nombor ekor seluruh Selangor,jangan tunggu sehingga PRU13.

Usah banyak berdalih PAS,banyak menguntup umno,nanti korja tak jalan.Kalau PAS semua cakap/cadngan parti DAP/PKR tak mahu dengar,lebih baik membujang lah.

faizal said...

hassan,malaysia dipeintah oleh BN.Jadi UMNO perlu membuktikan dia tidak jadi tunggagan MCA dan MIC dengan menutup kedai nombor ekor seluruh MALAYSIA,jangan tunggu sehingga PRU13.

Usah banyak berdalih UMNO,banyak mengutuK PAS,nanti korja tak jalan.Kalau UMNO semua cakap/cadngan parti MCA/MIC tak mahu dengar,lebih baik membujang lah.

faizal said...

kesimpulannya..janganlah UMNO bermain-main dengan isu islam..

bersama-sama dengan PAS perjuangkan kepentingan islam..bukan hanya menangguk air yang keruh..

saya dok tunggu kenyataan pemimpin UMNO berkaitan isu arak..harap sangat mereka senada dengan PAS iaitu merampas arak dan menguatkuasakan arak yang berada dikawasan majoriti melayu

hassan said...

Faizal,dah PAS perintah selangor melalui PR,ok tutup semua apa yang PAS tidak puas masa umno perintah Selangor,kan kuasa dah ada.Tak payah cakap banyak.Tak payah kutup orang atau pusing cerita,nanti lari akidah atau jadi munafik.

Ingat faizal,apa yang awak cakap ni akan dihitung nanti di akhirat,cakap biar berlapik sikit.Dosa pahla walaupun dalam PAS tiada keistimewaan disisi Allah,manusia serupa je,dia tak kira politik.

faizal said...

tu sebab saya cakap bersama-sama menyokong apa yang yb hassan ali buat..bukannya bermain polimek kotor dan hina..

harapan besar saya UMNO buat seperti apa yang yb hassan ali buat..banyak lagi tempat yang dikuasai UMNO..

walaupun berlainan parti bab islam ni janganlah kita berlainan pegangan..

hassan said...

Ustad faizal,sebab tulah perpanduan Melayu penting,baru boleh teggakkan islam...hapus judi,hapus jualan arak.

UMNO nak perpaduan pas tak mahu,perpaduan ni akan menbolehkan Melayu kuat,bukankah orang Melayu adalah islam.

Bila bersatu senanglah segala maksiat kita hapus,kita tak payah dengar apa DAP bising.Melayu bersatu..islam akan kuat..faham tak.

Sebab tu perlu pas bersama umno

faizal said...

sekarang lah masanya hassan..

untuk UMNO buktikan bahawa mereka bencikan maksiat dan kemungkaran..

senada dan seirama dengan PAS dalam menjaga kepentingan islam.

faizal said...

tunjukkan bukti UMNO ingin menghapuskan maksiat seperti judi berlesen,arak berlesen dan pelacur berlesen..

baru saya mendesak kepimpinan PAS untuk berbincang soal perpaduan

hassan said...

faizal,buktikan PAS berjaya hapuskan jualan arak dan tutup kedai nombor ekor kat Selangor dulu.

Umno sentisa menyokong nak hapus maksiat ni,buat dulu......jadi ke?,usah banyak berdalih ustad pas,saya kenal lama dah jenis ketayap hijau ni......jenis cakap buat halwa telinga je ....

faizal said...

insyaallah kita akan usahakan di selangor sebagai permulaan..

saya berharap orang islam seluruhnya dapat menyokong usaha murni tersebut..

faizal said...

jika anda terlihat ada orang islam yang berjudi dan minum arak di selangor sila laporkan kepada pihak yang berkenaan supaya kita dapat menghancurkan maksiat tersebut..

marilah kita bersama-sama membuat pemerhatian keatas premis yang menjual air setan ini..jika ada orang islam masih membeli racun dan air setan tersebut,kita akan desak dengan lebih hebat agar perbuatan maksiat tidak erlaku di selangor..

negeri-negeri UMNO disarankan mengikuti jejak langkah negeri selangor demi menjaga kepentingan islam di malaysia.

daaksaytunk said...

SALAM PERPADUAN, SALAM 1MALAYSIA,
pagi ni anakmuda dikejutkan dengan komen boleh "malay p**" diblog anakmuda http://ohpolitik.blogspot.com

.::EYMMA::. said...

Alahai... ini la lumrah Dunia, tiada manusia yang boleh Lari dari kesilapan.. Sebaik² pun manusia mesti ada kesilapan juga. Kalau kita Buat perkara baik, Baik la Pulangannya....Kalau kita berbuat Jahat, Jahat la Jadinya... tak de yg menyuruh @ memaksa buat semua perkara yg Haram!! so "U'All Pikir la Sendiri"...

faizal said...

betul3..eymma

sebab tu ramai pemimpin umno berani merompak duit rakyat..

lumrah dunia..tiada manusia yang boleh lari dari kesilapan..

Suria said...

Mana kaki nombor ,kalau gian nak main nombor,beli sijil simpanan premium-BSN,kalau tak dapat hadiah pun duit tak hilang.Tiap-tiap bulan BSN buat cambutan hadiah,kalau nasib baik dapat hadia pun besar juga.

Amirul said...

kaki nombor kena $2 dah rioh sekampung,tak kena setahun menikam diam je,tu yang habis harta tak tahu.

BODOH...........

Syukran said...

yang menjadi persoalan menarik bagi saya, apa yang kaki judi tu fikir ? Bagaimana mereka melihat judi?....sesungguhnya kepala manusia ni misteri...hehe..

apa2 pun...bertaubat segera sebelum terlewat...
ramai juga warga emas yang suka main tikam nombor ekor ni...apa lagi yang muda

ungkep said...

ala nuri, kat opis aku ni bukan takat org muda, org tua x sedor diri pon dok main nombor lagi. klu cabutan nombor bertuah aku pon suka. tapi idop tanpa nombor x lengkap idop. cuba ko bayangkan x de nombor kat dunia ni. ko nak dail telefon pakai apa. mungkin klu nombor x de. kita pakai sistem apa yek?

Nurimo said...

Ungkep,nombor tu bagus,yang tikam nombor adalah orang yang salah guna nombor untuk berjudi.Macam dadah lah,sejenis ubatan...tapi dia salah guna dan memudaratkan kesihatan.

Ada juga klas eksekutif main nombor tapi dia orang cerdik suruh budak-budak dia gi beli,klas datuk pun ada eek....

hassan said...

Aku kesian campur malu melihat Melayu islam beratur di kedai beli nombor ekor.Bila keluar dari kedai aku melihat biji matanya penuh pengharapan agar nombornya dapat hadiah pertama.

Bila tak kena,wajab bertukar penuh kekecewaan.
Yang hairan kakitangan kerajaan pun beli juga...kan gaji dah ok.

Kedai nombor hidup tu sebab sokongan dari pembeli Melayu.

faizal said...

Kedai nombor hidup tu sebab sokongan dan kelulusan dari pembeli dan pemimpin Melayu.

aini said...

Termasuk pemimpin pas ya faizal,Pas yang gagal menutup kedai nombor dan jualan arak sepenuhnya di Selagor yang negeri paling maju.

Kalau tak sungguh rakyat tak kata.

faizal said...

betul3...sebab ada melayu umno bangsat yang menyusahkan orang islam sampai nak tutup dan kuatkuasakan undang syariah pun tak laku..sebab dibatasi dengan undang-undang syariah yang lemah..

enekmen syariah hanya membenarkan mengambil tindakan ke atas orang islam yang terlibat tetapi undang-undang malaysia menghalalkan peniaga-peniaga arak yang berlesen.

pening...pening sebab yang mengata tu penipu dan munafik paling besar dan bangsat

aini said...

faizal mengucap dulu sebelum berkata,jadi tak keluarlah kata-kata yang tak sedap didengar.

Tiada sebab pas menuding jari kepada umno,dah PAS sudah berkuasa kat Selagor kan , pakat lah dengan DAP tutut kedai nombor,baru rakyat boleh buat kenangan masa pas perintah Selangor sebelum BN ambil balik PRU 13 nanti.

Tak payah pening faizal,tiada masalah tak dapat diselesaikan...melainkan ulama pas lebih pertimbangan pada puak kafir dari sesama Mealayu islam.

Biasalah kalau Pas ada kelemahan,PAS kena betulkan,sedarkan diri..bukannya menuduh umno macam-macam.Hasilnya kedai nombor masih berdiri megah.Harap2 PAS ...PAS tak cakap kosong.

faizal said...

insyaallah aini..kita sarankan agar pas mempertahankan islam dengan bersungguh-sungguh..dan saya menyeru umat islam mendokong perjuangan tersebut

aini said...

Faizal,untuk mendapatkan sokongan rakyat Pas perlu tutup kedai nombor ekor dahulu kat Selangor.Kalau tidak rakyat akan kata pas sebuah parti yang dikatakan untuk menegak sinar islam hanya sekadar rotrik politik sahaja.

Zaid said...

kaki nombor nii kalau tak dapat beli memang dia duduk tak tentu arah punya.. mcm ketagih arak ngan menantang tuulaa dadah..kalau kita larang diorang nii..dia kata pasai apa buat kedai nii.
kami belilahh..mcm juga arak pasai apa yamseng..sapa suruh jual?dah tuu camna nak buat..kepada kaki ekor nii tinggallah benda nii.pelan2 klu biasa beli sari 10 ria besok beli 8 ria dan seterusnya..tak beli langsung..wassalam..

Nik Amir. said...

You know why? sebab cerita2 lain banyak mengarut. asyik berdebat dan bertengkar. Daripada dok join bergaduh sesama sendiri baik dorang tgk toto dan loteri.kahkahkah...(andaian buanasuara)

They all berdosa dengan tuhan. Tuhan maha pengampun. Dengan manusia belum tentu dapat bermaaf-maafan sebab masing-masing keras kepala. Menegakkan fahaman masing-masing melalui pakaian masing-masing.Macam zaman jahiliyah.TQ

aini said...

Salam nik,

Tujuan berdebat bertekar ni nak cari jalan terbaik.Nampaknya tiada jalan kesudahan,tauke kedai nombor tersemyum je,berdebatlah Melayu 24 jam pun,asal kedai nombor dan arak tak tutup,mungkin katanya.

PAS sibuk nak letak colon je,bukanya nak tutup kedai arak dan nombor.Kuasa hanyalah untuk cari projek .Nampaknya orang Melayu perlukan pertubuhan baru yang tiada kaitan dengan politik untuk menangani maksiat.Harap ke Pas lidah bercambang je.Tengok nak sekat jualan arak kat Selangor pun sekejab cam tu,sekejab cam ni.Apatah lagi nak tutup kedai nombor.

Harap pada yb Hassan Ali,tak jadi apa,takut pada Cina DAP,PSSS...lah....

Dulu PAS kata kata pada UMNO,PAS perintah Sealangor pun maksiat lebih teruk lagi....

Sebab tu tuhan hantar bala H1N1,tak faham2 lagi ke pemimpin.Jangan samapai pemimpin sendiri kena H1N1..

cookie devine said...

Nasib baik Cik Cookie org pantai timur.tapi kat Kelantan pun ada jual gak no ekor.

Amirul said...

Saya teringat masa di Kelatan dulu mula-mula PAS perintah,dia tutup semua kedai nombor ,tapi kat Trengganu masa tu BH kuasa lagi.

Oleh kerana Bandar Besut(dalam Teganu kita) berada dekat sempadan dengan Kelantan,jadi ramai Orang Kelantan pergi beli nombor kat Besut.

Sampai jam jalan kedai nombor.

Tapi bila PAS peritah Teremganu pula semua keadai nombor ditutup dalam negeri Terenganu.Walau pun BN mengusai kembali kedai nombor tidak di buka semula.

Jadi kalau boleh nak suruh PAS tutup kat Selangor pula kerana saya kesian lihat ramai orang Melayu beli nombor.Ada sehinggakan sangguh tipu bini minta duit tabung

CoOkiE MoNSter said...

masih kurang kesedaran agama dalam sesetengah orang Islam tentang haramnya berjudi..semoga mereka buka mata yg hidup ni bukannya lama mana. Masih ada akhirat di sana.

Nurimo said...

Kalau dikampung-kampung masih ada lagi judi pelaga biri-biri,ayam,lembu,ikan laga,tapi semangkin berkurang.Mereka bermain di kawasan hutang belukar yang jauh terpecil bagi mengelak di tangkap polis,bukan takut pada hukum agama.

Kalau di pinggir bandar judi laga ayam masih porpular terutama sekali di kawasan rumah kongsi pekerja Indonesia di mana Melayu tempatan ikut sama mengandu nasib.

Dalam perbagai jenis judi,judi nomborlah yang paling porpular kerana jenis berlensen.

faizal said...

kesimpulan dari komen-komen..


Hanya PAS yang bersalah jika berkaitan islam.

syukur sebab rakyat dah nampak betapa penting dan murninya perjuangan PAS.

pemimpin UMNO tidak boleh disalahkan kerana UMNO bukannya islam.

Amirul said...

faizal said

"Hanya PAS yang bersalah jika berkaitan islam".

Memang betul,PAS berkaitan isu arak kat Sealangor pun tak boleh nak selesai apatah lagi tutup kedai nombor.

Parti Islam apa cam tu,PAS adalah parti himpunan orang Melayu yang takut pada orang kafir.

Amirul said...

Wanita muslimminum arak kena sebat,orang muslim beli nombor kena sebat juga.

Bulan puasa pun ramai Mealayu beli nombor,sepatutnya kerjaan istihar bulan puasa kedai nombor tutup semua.

YB Hassan Ali terlepas pandang ko atau dah mula kecut perut kes DAP nak kenakan displin berkaitan isu arak kat Selangor

admin said...

Apa kejadahnyer semua ini. Yg mengeluarkan lesen dan yg memerintah kerajaan persekutuan lebih 50 tahun tak dipertikaikan keterlibatan dalam maksiat ni tapi yg baru memerintah tak sampai 2 tahun didesak untuk membasmi maksiat ni secara total. Buta mata atau dah di butakan hati. Secara logik, pengajaran maths + sains dalam bahasa inggeris di buat selepas cadangan diutarakan tak sampai 6 bulan tapi bila nak di mansuhkan kenapa ambil masa dekat 2 tahun. Apa punyer turrrr da. Itu pun tak nampak lagi .... piiirahhh !!!!!

Amirul said...

Admin,habis pas nak tunggu 50 tahun juga ko baru nak hapus maksiat piirahhh!!!

Kalau sama wat apa dalam pas

日月神教-任我行 said...

成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,a片

金瓜米粉Jason said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社

anywhere_Smile said...

Engagement much more experience pandora jewelry from then on become the most accepted by pandora bead new couple.Engagement ring is the expression among Pandora charms love plus association in which twosome shares. Generally buy Pandora indicates love and purity and as such people would delight discount pandora the diamond turning into for such particular and special pandora sale relationships. Solitaire diamond rings are outstanding for pandora earrings engagements. Expert artisans make that gemstones far cheap pandora earrings more attractive giving them special cuts. Towards the effort comes pandora sets to pay for jewelry for Mom you will notice jewelry has become cheap pandora sets optimum novelties you can still give your mom.