Search This Blog

Loading...

Followers

Tuesday, August 25, 2009

Jangan bergaduh menentukan tempat beraya



Aidilfitri tidak lama lagi akan muncul.Perancangan awal untuk balik beraya dengan ibu-bapa mula terbayang.
Sudah menjadi lumrah budaya balik kampung bagi warga yang bekerja di bandar-bandar.
Tidak hairanlah bandar KL menjadi lenggang bila hari raya .

Ibu-bapa mula terbayang anak menantu akan akan pulang tidak lama lagi,jelas perasaan gembira dan terharu.Kita perlu faham apabila anak sudah kahwin ,mestilah ada 2 pilihan nak beraya kat mana di tahun ini.

Bagi yang bujang tiada masalah untuk balik kampung beraya bersama ibubapa ,tiada siapa yang nak halang.Tapi sekiranya tiada kenderaan sendiri lagi,risau kot..kot tiket bas habis.Pernah terjadi dalam masyarakat kita,anak bujang tak balik beraya dengan kedua ibubapa kerana beraya rumah tunang.Masa bertunang dah mula lupa ibubapa apatah lagi selepas kahwin.

Apa yang saya ingin sentuh lebih sikit berkenaan pasangan yang tinggal di bandar KL,kampung ibubapa berjauhan dan berbeza tempat.Pilihan untuk tempat beraya menjadi persoalannya.Kampung isteri kat Johor manakala kampung suami kat Perlis.Ini yang nak dijadikan ceritanya.

Isteri:Abang raya ni,Ani nak balik rumah mak Ani,rindu sangatlah.....

Suami :Ani,abang juga lama tak lihat emak abang,tahun depan raya rumah emak Ani.

Isteri:Kalau cam tu,Ani balik rumah emak Ani..Abang balik rumah emak abang...

Suami :Kalau awak tak mahu ikut balik rumah mentua awak,jangan datang lagi lepas raya ni.


Inilah bunga-bunga pergaduhan suami-isteri yang tak sedap didengar menjelang perayaan setiap tahun.Sudah semestinya salah seorang perlu mengalah.Kalau ikut agama sudah pasti isteri kena ikut cakap suami.Hari raya tahun ini balik rumah emak suami, tahun depan sebaliknya apa susahnya.

Ada satu kes di mana sudah 10 tahun berumah tangga.Setiap kali perayaan isteri ikut balik beraya ke rumah sebelah suami.Walaupun isteri bergelidang air mata,apa boleh buat ,membantah nanti dikata derhaka pula.Saya harap suami bertimbang rasa juga ,kena-kena faham isteri anda juga ada emak bapak dan keluarga.

Lain pula kes kedua,suami ikut saja kata isteri,maklumlah gaji isteri besar,tambahan pula isteri anak orang berada.Setiap kali raya dikongkol terus suami ke rumah keluaga sebelahnya hampir 7 perayaan.Sedangkan ibu sebelah suami menitis airmata mengenangkan anak menantunya tidak pulang beraya bersama.Walaupun ada balik juga ke rumah sebelah suami tapi bukan waktu musin beraya.

Pada tahun lepas ada satu kes di mana pergaduhan menentukan tempat beraya telah mmebawa kepada perceraian.Jadi untuk balik beraya ni,suami isteri bincanglah elok-elok,ibubapa juga perlu faham bila anak dah kahwin mestilah ada mentua,jangan tekan-tekan anak sangat suruh balik beraya kat kampungnya.Kalau rumah ibubapa pasangan tidak jauh lain ceritalah.

Ini kes yang seronok didengar,bagi yang ada isteri dua ,lagi susah nak balik beraya.Kena buat jadual betul-betul,kalau tidak masalah besar,maklumlah kedua-dua isteri kena membahagi kasih seadil-adilnya,tambahan pula ada dua mentua.

Pasangan yang tinggal jauh tapi kampung suami dan isteri satu negeri malah dekat pula antara rumah emak suami dengan rumah emak isteri....jodohkan kata orang,seronok ya cuma bincang apa nak beli kepada ibubapa....takkan balik tangan kosong.

Janganlah bergaduh menentukan tempat beraya nanti hilang seri di adilfitri.

29 comments:

cookie devine said...

nasib baik xkawin lg.

Naz said...

gaduh laki bini kejap jer tu... hehehehe

Amirul said...

Luahan hati kawan saya tahun lepas.

-Kadang-kadang pening kepala juga isteri asyik nak raya pertama rumah ibu dia je.Kalau tak ikut angin mula tunjuk muka masan,nak buat kuih pun malas.

Dalam kereta pun diam je,maklum tak balik rumah ibu dia dahulu.Biasanya sampai rumah sebelah suami dihari raya pertama ,baru je habis solat raya ajak balik rumah ibu dia dah....nilah yang pening pada hari rayanya.

Moga-moga isteri atau bakal isteri kena faham,isteri milik suami,anak lelaki milik ibunya.Faham-fahamlah ya,memang gaduh sekejab tapi adilfitri jadi tak cerialah

sha89 said...

oo...btul gak ek, ssah pada mereka yg dh kahwin tp xde kata sepakat..

nsib baik aku blum kawen lg hehe~

Suria said...

Sekarang ni,kalau balik raya pun susah juga nak ziarah saudara trafik jam kat kampung.Semua yang kerja kat bandar buat balik kereta belaka.

Kalau berpandu tahun lepas ,orang balik Kota Bharu biasa 8 jam tapi 2 hari nak raya kena memandu 15 jam baru sampai,jam di haiway tengah bukit.Jam tengah bukit antara kuala Lipis dengan Kuala Krai...hu....hu....letih.Tak sama dengan jam di KL.

Habis Raya tidur je...letih...
Sebab tu isteri tu jangan bantah cakap suami,ikut je suami nak raya mana.Kalau gaduh pandu kereta pun tak senang..silap-silap haribulan masuk longkang.

Afzainizam said...

salam ramadan.. setiap kali raya mesti ade je yang tak kena.. balik umah mak sendiri atau umah mak mentua.. ni kan raya.. mestilah keputusan tersebut mesti ade yang tak puas hati salah seworang.. tapi klu ade sistem giliran pun boleh taun ni umah mak aku taun depan umah mak orang umah.. hah adill. lah

ungkep said...

x yah nak gaduh2. sebagai suami guna je kuasa veto. (pergh kejamnya aku). apa le benda simple pon nak gaduh2. ikut giliran le.

hassan said...

Memang ikut giliran ,sampai masa mulalah isteri ajak balik raya pertama rumah ibunya dulu.
Saya tak kisah , asal hati isteri gembira.

Raya ketiga balik rumah sebelah saya pula.
Bukan takut bini...cuma jaga hati isteri.Lagi pun adik-adik saya 5 orang semua raya kat rumah emak saya.Jadi bila raya ketiga dia orang dah belah,jadi saya jadi penganti pula...tidaklah sunyi hati ibu sepanjang hari raya.

Amirul said...

Salam hassan... awak jenis takut bini...ha...ha.....ha...

Kita orang lelaki jangan takut bini...bini kena ikut kita hassan ,rumah ibu sebelah lelaki mesti diutamakan
Saya senang je hassan,bini tak mahu ikut saya ....saya bini seorang lagi..

hassan said...

wsl amirul,bukan saya takut bini menghormati isteri apa salahnya.

Bila isteri gembira,emak kita pun dia hormat.
Pendek kata dia layan kita macam raja.Bila hati senang....barulah hari raya tambah ceria.

faizal said...

salam hassan dan saudara muslim..

Kita kena adil laaa kat isteri...baru isteri adil ngan kita

kena hormat laaa kat isteri..baru isteri hormat kat kita.

kena tunjuk contoh tauladan yang baik kat isteri..baru isteri kita jadi baik..

kena takut kat allah..baru lah isteri kita taat kat kita..

sekian...selamat menunaikan rukun islam dan selamat hari raya aidilfitri.

p/s:ingat rukun islam ada lima...tolak satu jawab nya kosong..

hassan said...

salam ustad faizal,

Saya ingin berbicara berkaitan wanita kita yang berstatus "queen control".Sebab tu jadi masalahnya,laki ikut saja apa isteri mahu.Sehinggakan hari raya pun dan hari-hari lain kurang balik rumah ibubapa sebelah suami.

Ada terjadi kalau sebelah keluarga isteri datang berkujung ke rumahnya dilayan lebih,siap dengan jamuan yang bagus.

Tapi kalau sebelah keluarga suami berkujung ke rumah buat lebih kurang je.

faizal said:

"Kita kena adil laaa kat isteri...baru isteri adil ngan kita

-ADIL DARI SEGI MANA,IKUT ISTERI KATA-

kena hormat laaa kat isteri..baru isteri hormat kat kita.

-MEMANG ISTERI KITA HORMAT,TAPI KENA BERPADA-PADA,TAKKAN SAMPAI PIJAK SEMUT TAK MATI.

kena tunjuk contoh tauladan yang baik kat isteri..baru isteri kita jadi baik..

-YA BETUL,ADA JUGA LAKI BUAT BAIK,TAPI ISTERI AMBIL KESEMPATAN....KALAU TIDAK TAKDA MAHKAMAH SYARIAH TU

kena takut kat allah..baru lah isteri kita taat kat kita"

-YA-

Awak cakap senang,awak tahu tak perangai wanita ni macam-macam dalam masyarakat kita ni.Kalau jenis keturunan queen tak payah cakap asyik cakap dia kena ikut.Tolong jelas gah apa hukum?, boleh berkongsi bersama.

bungacahaya said...

Janganla gaduh2 ekkk...Tapi alhamdulillah saya takde masalah gitu. Becozzz...

Both of us takdok kg ponnn. My parents kat satu area ngan kami dan my in law kat PJ. Adik-beradik dan sedara-mara pun kat sekitar2 jer..Satu hari raya leh settle dah.

So jangan gaduh2 yer....
(Saya bagi pendapat jer. Tak pernah alami pun)

a kl citizen said...

assalammualaikum

alhamdulillah tak pernah lagi bergaduh nak balik raya mana...
dah ada jadual...

faizal said...

hassan said.

Awak cakap senang,awak tahu tak perangai wanita ni macam-macam dalam masyarakat kita ni.Kalau jenis keturunan queen tak payah cakap asyik cakap dia kena ikut.Tolong jelas gah apa hukum?, boleh berkongsi bersama.
...............................................................

salam..

Jika kita mengikut ajaran islam yang sebenar semua masalah rumahtangga dapat diselesaikan mengikut panduan Hadis dan al-quran itu sendiri.

insyaalah jika lelaki yang berpegang teguh pada ajaran islam takkan di aniaya oleh isterinya..kerana apa saya berkata begitu..

islam ajar kita soal jodoh..

1)Memilih pasangan

Perkahwinan dianggap dasar kepada pembentukan sebuah keluarga, masyarakat dan negara. Maka pemilihan pasangan hidup menjadi sangat penting dan kritikal. Selalu kita dengar dan lihat sebuah rumahtangga hancur berderai walaupun baru didirikan. Mungkin ada tembelang yang pecah, lalu meledak dan meranapkan sebuah perkahwinan.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana keturunannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, kerana dia akan dapat menuntun tanganmu".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis lain disebutkan yang ertinya:
".......... Beruntunglah orang yang memilih kerana agamanya, kerana ia akan dapat menuntun tanganmu".



Kita semua mengetahui bahawa harta benda akan musnah. Kecantikan juga akan pudar bila dimamah usia, bila diserang penyakit atau kemalangan. Pangkat dan keturunan tidak kekal selamanya. Cuma ilmu dan ketaatan pada agama akan terus menjadi amalan sepanjang hayat.


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Kamu jangan berkahwin dengan seorang perempuan kerana kecantikannya, kerana kecantikan akan memusnahkan dirinya. Jangan kamu berkahwin dengan perempuan kerana kekayaannya kerana kekayaan akan membuat derhaka. Kahwinlah dengan perempuan kerana agamanya. Sesungguhnya bahawa seorang perempuan pesuruh yang baik,pengamalan agamanya adalah lebih baik dikahwini, sekalipun berkulit hitam dan cuping telinganya berlubang besar".


2)Meminang

Apabila seseorang laki-laki berhasrat untuk berkahwin , adalah digalakkan beliau mempelajari dan mengetahui akan sifat wanita solehah. Kerana yang demikian dapat membantu dalam membuat pilihan bakal isterinya.

3)Sebelum Meminang

Tidak menjadi kesalahan bila seorang laki-laki ingin mengenal pasti keadaan jasmani wanita (bakal isteri). Adakah dia sihat atau punya penyakit, kecacatan, gemuk atau kurusnya, putih atau hitamnya dan bagaimana raut wajahnya. Untuk keperluan ini semua, seorang laki-laki yang betul-betul berazam untuk memperisteri seorang wanita dibenarkan melihat wanita yang dimaksud. Melihat di kala itu adalah darurah.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Jika seseorang di antara kamu meminang seorang perempuan, maka tidak mengapa baginya (tidak berdosa) melihat sesuatu dari perempuan tersebut, apabila melihatnya memang keperluan untuk meminang, sekalipun dia tidak mengetahui". (H.Riwayat Iman Ahmad)

Walaupun melihat bakal isteri dibolehkan, tidak bererti boleh melihat dengan sesuka hatinya hingga melanggar ketetapan syarak.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;
"Umumkan perkahwinan dan rahsiakan pertunangan".

faizal said...

SOAL ISTERI QUEEN CONTROL TAKKAN TIMBUL JIKA SUAMI MEMAINKAN PERANAN SEBAGAI KETUA KELUARGA YANG TAAT KEPADA ALLAH .


Berdasarkan makluman saudara Hassan, nyata sikap isteri yang queen control keterlaluan dan berdosa mengikut hukum Islam. Namun, tidak adil untuk sekadar menyalahkan pihak isteri.

Persoalannya, mengapa isteri boleh jadi begitu dan mampukah sikap negatifnya berubah?

Sekiranya isteri selalu marah dan menengking suami,mengapa sampai terjadi begitu?

Bukankah ada juga kemungkinan suami turut bersalah kerana tidak membendung perkara itu sejak awal perkahwinan sehingga isteri ‘naik tocang’.

Biarpun isteri belajar lebih tinggi dan gaji lebih lumayan, isteri masih perlu patuh kepada suami. Saya tidak bermaksud ingin meletakkan kesalahan ke atas suami, namun sekadar ingin mengetengahkan perkara untuk golongan suami fikirkan kerana mungkin boleh memberi manfaat.

Biasanya isteri hilang hormat terhadap suami apabila sejak awal perkahwinan lagi suami tidak menegur kesilapannya., mungkin kerana sayang atau disebabkan anggapan ia perkara kecil.

Namun, selepas tempoh lama dan apabila isteri terbiasa dengan sikap itu, baru suami berasa kurang senang dan mula memarahi isteri serta ingin isteri berubah sikap.

Ada juga kes isteri tidak hormat suami berpunca daripada sikap suami yang hanya mahu dia dihormati, tetapi tidak pernah menghormati hak isterinya.

Justeru, mana-mana suami perlu berubah dalam usaha mengubah sikap isteri. Maksudnya, si suami perlu berani dan tegas untuk memperbetulkan kesilapannya. Tunjukkan sikap lelaki sebagai pemimpin rumah tangga.

saya bukan membicarakan soal ini atas dasar gender, tetapi sekadar menyatakan tuntutan agama Islam. Ini kerana mengikut Islam, seorang suami wajib menjadi pemimpin kepada isterinya.

Isteri yang berdosa kepada Allah berhak dijatuhi hukuman. Jika saudara sebagai suami cuba memperbetulkan kesilapannya tetapi isteri masih degil, saya berpendapat tidak salah jika saudara menjatuhkan talak terhadapnya. Ini jalan terakhir jika masalah masih tidak dapat diselesaikan dan seboleh-bolehnya dielakkan.

aini said...

assalammualaikum, Ustad Faizal,

Kadang-kadang isteri kena ada sikap queen juga,kalau tak kontrol suami asyik balik lewat je,terutama sekali yang ada gelaran ustad(maknanya orang yang arif tentang agama,tahu hukum),yang selalu beralasan pergi mengajar kat masjid,kuliah ,ceramahlah.....

Tapi risik-risik dapat tahu dah kahwin dua.Kahwin sembunyi2..bukannya ikut sunnah kahwin tanpa maklum pada isteri pertama dahulu.

Nilah penyakit tak queeen kontrol faizal.

Lagipun bila silelaki kahwin dua,biasanya sebelah ibu bapa dia diberitahu,setengah jemput makan menantu baru pula.

Why.. tak bagi tahu sebelah emak isteri pertama ,dah jujur sangat.

Sebab saya hentang sikit orang berstatus ustad banyak kahwin lebih dalam masyarakat kita terutama sekali ustad PAS.

Cakap ustad kena tapis juga tak boleh terima bulat-bulat.Ustad moden kata orang.

Tidak hairanlah ramai iseri lebih suka beraya pertama dirumah ibunya dulu daripada rumah mentua.

kelambuharimau said...

hua hua..bab ni ikut giliranla beb! kalu idok..muncung arr..silap2 time raye pun tak dapat..hehehe

F@HM@R169 said...

salam semua...inilar masalah yg melanda sy sekarang..nak mintak pendapat semua..saya org negeri sembilan suami org kl..suami anak yatim piatu dan sy masih ada parent..mmg kitorang ikut giliran dan thn ni giliran suami..tetiba suami buat keputusan utk balik beraya di kedah (pak sedara)..saya tak setuju kerana mengenangkan anak yg masih kecil (setahun) jalan jauh..takut kesihatan dia terganggu..bila di surakan pada suami , dia tak peduli..oleh itu sy mengalah..tetapi dia nak beraya lama disana sehingga raya ke 3 menyebabkan sy kembali tak bersetuju..tak tau lar apa nak buat skang ni..apa pandangan semua..perlukah saya ikut kehendak suami?

aini said...

F@HM@R169 ,

Ikut setengah2 sudah suami tu,anak kecik tak molek jalan jauh.Jadual boleh berubah mengikut keadaan semasa...anak kecik kan tu.

Tu lah saya kata suami ni kena queen juga.
Kalau suami tak setuju ..gosok2 lah sikit...kena pandai lah.Takkan tak tahu perangai perangai lelaki.Maknanya bukan awak nak lawan dia cuma bagi nasihat.

Balik rumah mak awaklah dekatkan ...N9.Lagipun dia balik pun rumah pak saudara dia ja.Nanti anak keras-keras sikit balik lah.Kalau pak saudara dia rindu sangat nak lihat anak awak, buka web cam.....on line.

ni pendapat saya ya.

ZARA 札拉 said...

Daku belum punya perkara sebegini~

hehehe~

album sunda riri maysyuri said...

salam persahabatan untuk menjalin silaturrahmi....

Mawar_berduri said...

susah jugak kalau suami isteri tak nak bertolak ansur :( ....

aini said...

mawar,hairanya benda lain boleh pula bertolak ansur.......

Isteri tu kena pandai main angin suami.Cakap tu biar lembut,kalau cakap kasar ,suami biasalah lelaki kan dia ada ego sikit.

pandai...pandailah,

Dhamah Syifflah said...

jika suami isteri tetap iman didada...
jangankan kata beraya dimana...
jika mati pun tidak berkata apa...
kerana itu pilihanNya...

Nurimo said...

Kampung antara tempat asal seseorang itu dilahirkan.Tempat yang dihuni oleh ibu/ayah/datuk/nenek atau saudara mara yang rapat dan tempat yang pernah menyimpan nostagia kehidupan kecil atau keluarga terdekat.

Jadi balik kampung nak bali rumah sebelah keluarga isteri atau suami bicanglah elok.Kalau suami berkeras juga turutlah kata suami.

eyena said...

isk.. tah laa tak de pengalaman sbb tak kahwin lagi.. cam takot je nak kahwin.. isk..

日月神教-任我行 said...

成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,a片

anywhere_Smile said...

Engagement much more experience pandora jewelry from then on become the most accepted by pandora bead new couple.Engagement ring is the expression among Pandora charms love plus association in which twosome shares. Generally buy Pandora indicates love and purity and as such people would delight discount pandora the diamond turning into for such particular and special pandora sale relationships. Solitaire diamond rings are outstanding for pandora earrings engagements. Expert artisans make that gemstones far cheap pandora earrings more attractive giving them special cuts. Towards the effort comes pandora sets to pay for jewelry for Mom you will notice jewelry has become cheap pandora sets optimum novelties you can still give your mom.