Search This Blog

Loading...

Followers

Monday, August 17, 2009

Shisssss!!!!!... PTPTN



PTPTN Dana Pendidikan,Pemangkin Pembangunan Negara

Apabila anak telah diterima masuk ke menara gading.Perasaan bagitu gembira sekali anak dan juga ibu-bapa .Tapi bila teringat pembiayaan di IPT agak tinggi bagi gulungan yang keluarga pendapatan sederhana rasa terberban juga,yang kaya tak kisahlah.Ilmu untuk masa depan anak,rela berkorbang apa saja,supaya anak jadi berguna untuk masyarakat.

Ibubapa digembirakan pula oleh kemudahan pinjaman PTPTN kepada pelajar bagi merealisasikan cita-cita anak nanti untuk mendapat segulung ijazah.

Tapi bila keluar IPT dapat kerja sudah lupa pada janji dengan PTPTN masa nak ambil duit dulu.Perbagai dalih direka tidak mahu membayar hutang walaupun gaji dah besar.
Tapi ingat PTPTN akan cari ikut mana-mana sekali pun,tak lepas.

Apabila kerajaan memberi sedikit penekanan supaya tidak terlupa hutang masa pinjam dikala susah dulu ,nak berlajar tiada duit.

Ada yang bersuara,"Hutang aku dengan PTPTN $32,000,kerja takder nak bayar cam na,dahlah tiap-tip bulan diorang cas kos pentadbiran giler-giler".Sebenarnya kerja banyak di industri keselamatan yang selalu tidak cukup anggota,jadilah pengawai keselamatan dulu sebelum dapat korja baik.

Malah ada yang kata,"PTPTN tu bagi pimjaman sambil buat bisnes,sebab tu harga dia tinggi,kalau lambat bayar bunga bertambah,kesian kat pelajar IPT,keluar-keluar dah tanggung hutang.

Ada pula alasan tak mahu bayar dia kata"Bunga pinjaman PTPTN yang dikenakan kepada perlajar adalah haram...riba.

Bila PTPTN berkeras sikit menuntut hutangnya,lalu dia memilih parti pembakang dan menguntup kerajaan.
Apakah salah kerajaan atau bekas perlajar yang tak tahu berterima kasih.

26 comments:

Suria said...

salam nurimo,

Ramai yang pandu kereta mewah,rumah besar,tapi hutang ptptn tak bayar,kalau kita fikir nak bayar cam na,setiap bulan nak bayar ansuran rumah ,ansuran kereta mana cukup.

Hutang ptptn lewat-lewat sikit tak mengapa,kan kita dah belajar,kerja bukankah itu menyumbang kepada pembangunan negara,kerajaan kena tolak ansur lah sikit,buat diskaun 50% ke lagi baik.Jangan niaga kuat sangat dengan rakyat.

Saya tetap setia kepada kerajaan bukannya masuk PAS.

Kerajaan patut cari orang yang tak bayar hutang ptptn yang jadi ahli PAS ,di mana tak tahu berterima kasih,saman je padang muka...

cookie devine said...

kesimpulannya CC naik court mggu depan sbb dah setahun xbyr.baru sethn kan?

hassan said...

Jangan cepat sangat ke court,rakyat tak lari kemana eekkk.....

Rakyat ingat pergobanan kerajaan bagi kemudahan pimjaman.Yang saya muskilnya ada kalangan kita ambil pimjaman,bila minta PTPTN hutang suruh bayar masuk PAS.Lawan kerajaan kata kerajaan tak adillah,tak betullah,pinjaman berbentuk ribalah,kerajaan nak menipu rakyat...ambil pimjaman wat apanya ,jual kambinglah nak masuk U.

Makamah nak serah surat suruh pergi court,tak mahu sain surat,konon tak jumpa.Bukan kerja takda sebenar,jadilah JAGA dulu pada duduk lepak kat centra market tu,jadi model tak bergaji wat apa.

Masuk PAS pun bukan wakil rakyat PAS boleh bayar.

Ingat hutang wajib dibayar .

a kl citizen said...

ragam manusia memang pelbagai..
tapi
hutang tetap hutang..

Nurhafizah Mohd Ismail said...

salam... sy pun ada lg hutang ptptn, xbayar lagi.. penah sekali, sy dpt surat dr ptptn, siap dpt amaran lagi... erm kalu sy xbyr, kena naik court... huhhh takut...

hassan said...

Naik court biasalah, dah tak bayar pinjaman,alah takut apanya masa kat court tu awak cakaplah mampu bayar $5.00 sebulan.

Lima puluh tahun habislah hutang tu....

Kita bukannya rakyat asing timban2 lah sikit,takkan nak lari dari Malaysia kerana hutang ptptn.

Lagi pun ahli UMNO semua ni.Tapi yang dah korja gaji besar,jangan bagi cam.

faizal said...

salam,

tak baik cakap macam tu kepada peminjam.

allah menghalalkan perniagaan tetapi allah mengharamkan riba.

walaubagaimana dalih sekali pun para peminjam adalah wajib membayar hutang.PTPTN adalah wang rakyat.

walaubagaimana pun, alangkah baiknya jika kerajaan merombak dasar pendidikan tinggi ke arah kebajikan berbanding ekonomi dan keuntungan.

hassan said...

wsl faizal,awak bila nak masuk Umno,wat apa dalam pas payah nak cari kerja.

Awak bayar dah hutang ptptn?Bukan apa faizal hutang tak bayar,lepas tu kutup umno.Belajar dapat ilmu lawan kerajaan ,cam na nak dapat kerja.Aku nak minta tolong ambil surat sokongan pun payah kalau dok dalam pas.

Surat sokongan Tok Guru Nik Aziz tak laku,kalau nak minta kerja kerajaan.Lainlah kalau nak mengajar kat pondok.....

aini said...

faizal,

faizal said:-

"walaubagaimana pun, alangkah baiknya jika kerajaan merombak dasar pendidikan tinggi ke arah kebajikan berbanding ekonomi dan keuntungan".

Bukan kerjaan niaga faizal,dia ambil berapa persen je untuk bayar kakitangan tolong urus kat ptptn tu.Ni orang pas silap mudah silap faham.

Awak kat ptptn niaga ikut jalan mana.Cuba jelas gah..pandai kata niaga.

faizal said...

maaf rakan-rakan sekalian..

saya tak salahkan UMNO.saya menyarankan kerajaan, alangkah baiknya jika sistem pendidikan tinggi dirombak bagi meringankan beban peminjam.itu sahaja.

saya berbincang soal kerajaan.bukannya soal UMNO.faham tak en.Hassan.

UMNO dan kerajaan malaysia adalah suatu perkara yang berbeza.ada faham.

faizal said...

nak cari kerja tidak perlu surat sokongan en.hassan,cukup dengan kemahiran dan kelayakan yang setimpal dengan kerja yang dipohon.jika berguni surat sokongan sekalipun jika menjadi beban kepada sesuatu organisasi apa gunanya.

hina sangat kah menjadi guru pondok.menjadi guru pondok adalah suatu pekerjaan yang mulia.menyampaikan ajaran islam adalah salah satu cara hidup islam iaitu ad-din.

faizal said...

aini,

"tak sungguh orang tak kata"

Pendidikan sekarang berorientasikan perniagaan. Boleh berniaga untuk kebaikan negara tetapi perlu kaji mengenai keberkesanan kaedah dan kebajikan rakyat dalam soal pendidikan.

Majlis Fatwa Kebangsaan mengarahkan Perbadanan Tabung
Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) mengubah kaedah pengiraan caj
perkhidmatan tiga peratus dikenakan kepada peminjamnya mengikut
garis panduan ditetapkan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan
Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata keputusan berhubung perkara itu
ditetapkan pada mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan yang diadakan di
Alor Star, Kedah, baru-baru ini.

“Berdasarkan keputusan itu, kami menemui PTPTN dan menerangkan
langkah perlu diambil untuk memastikan kaedah pengiraan dilaksanakan
selaras garis panduan Majlis Fatwa Kebangsaan kerana kami mahu
membantu PTPTN menyelesaikan kekaburan berhubung isu itu.

“Berikutan itu, pemantauan dari semasa ke semasa akan dilakukan
terutama menerusi pembentangan PTPTN berhubung perubahan kaedah itu
untuk memastikan mereka setuju dan mematuhi garis panduan itu,”
katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

faizal said...

keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam menggariskan, mengikut kaedah syariah, PTPTN boleh menggunakan

kos perkhidmatan mengikut perkiraan sebenar terhadap pinjaman
diberikan.

Berdasarkan keputusan itu, kos PTPTN berkenaan perlu mengikut
perkiraan sebenar terhadap pinjaman diberikan kepada pelajar,

bukannya dengan anggaran peratusan seperti amalan sekarang.

Malah, resolusi Majlis Syariah Organisasi Perakaunan dan Audit bagi
Institusi Kewangan Islam (AAOIFI) dan Majlis Fiqh Sedunia di bawah
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) menyatakan, caj bagi perkhidmatan
hanya dibolehkan dengan syarat ia adalah kos sebenar pengurusan
teknikal saja, manakala caj yang dikenakan melebihi kos sebenar
adalah haram.

Ditanya status caj perkhidmatan yang dikenakan PTPTN, sama ada ia
dikategorikan sebagai riba dan haram, Wan Mohamad berkata, Majlis
Fatwa Kebangsaan mengutamakan usaha untuk memperbaiki kaedah
pengiraannya bagi mengatasi kekeliruan orang ramai.

“Apa yang berlaku kepada PTPTN harus menjadi iktibar dan sepatutnya
sebarang usaha untuk memperkenalkan skim yang membabitkan soal
kewangan perlu mendapat pandangan institusi fatwa bagi mengelak
kekeliruan.

hassan said...

Ustad Faizal,

Saya tak kata guru pondok tu hina,guru pondok tak payah pakai sijil nak mengajar.Awak tahu guru pondok banyak yang tak da sijil secara fomal,orang lulusan Al-Azahar balik rujuk dia semula.

Faizal said:-
"UMNO dan kerajaan malaysia adalah suatu perkara yang berbeza.ada faham".

Beza mana faizal,yang memerintah tu umnokan dalam kerajaan.,tak faham-faham lagi.

Yang awak tulis berkaitan suruh kerajaan kaji balik tu,setuju diterima.Saya dengar lama bunyi nak kaji,sedangkan beratus ribu keluar IPT,masih tak da berubah lagi.Itu sebabnya perlu pembangkang menyuarakannya.

Setahu saya pembakang asyik hal politik nak jatuh umno je.Buatlah demotrasi supaya kerajaan kaji balik pimjaman tu yang dikatakan membebangkan rakyat,pada buat demotrasi ISA tu.

Saya ingik berbalik kepada isu,bekas perlajar tak bayar hutang ptptn,bila kerajaan jumpa cari suruh bayar,dia masuk PAS melawan kerajaan,apa pendapat awak.Wajarkah?

faizal said...

hassan said

Yang awak tulis berkaitan suruh kerajaan kaji balik tu,setuju diterima.Saya dengar lama bunyi nak kaji,sedangkan beratus ribu keluar IPT,masih tak da berubah lagi.Itu sebabnya perlu pembangkang menyuarakannya.

Saya ingik berbalik kepada isu,bekas perlajar tak bayar hutang ptptn,bila kerajaan jumpa cari suruh bayar,dia masuk PAS melawan kerajaan,apa pendapat awak.Wajarkah?

.........................................................................................
APA PEGANGAN AWAK NI HASSAN..BACA BALIK APA YANG AWAK TULIS..SURUH ORANG BANGKANG TETAPI MARAH ORANG DUDUK DALAM PAS UNTUK MEMBANGKANG DASAR-DASAR KERAJAAN YANG TIDAK BETUL..

faizal said...

hassan said

Ustad Faizal,

Saya tak kata guru pondok tu hina,guru pondok tak payah pakai sijil nak mengajar.Awak tahu guru pondok banyak yang tak da sijil secara fomal,orang lulusan Al-Azahar balik rujuk dia semula.


.........................................................................................
mereka mungkin tidak diiktiraf oleh JPA tetapi mereka diiktirif oleh negara-negara islam yang lain.

untuk pengetahuan hassan.belajar ajaran islam lebih mencabar berbanding pelajaran lain kerana dalam soal menjaga mutu islam itu sendiri banyak pantang larang yang perlu diikuti oleh pelajar-pelajarnya bagi menjamin keberkatan dari Allah.


saya tak mahu jawap soal perbezaan UMNO dengan kerajaan Malaysia kerana tidak mahu lari dari tajuk asal tetapi sekiranya diizinkan oleh penulis saya akan terangkan dengan teliti agar difahami oleh orang yang tidak tahu

hassan said...

faizal,saya tidak tertidur lagi dalam menulis ni.

ustad faizal said:-
"APA PEGANGAN AWAK NI HASSAN..BACA BALIK APA YANG AWAK TULIS..SURUH ORANG BANGKANG TETAPI MARAH ORANG DUDUK DALAM PAS UNTUK MEMBANGKANG DASAR-DASAR KERAJAAN YANG TIDAK BETUL.."

Ini lah umno sejati,kerajaan buat tak berapa molek,kita bagi tahu.Bukan nak cepat nak lari masuk PAS.

Tidak macam puak Pas dia saja yang betul,kalau kesilapan wakil rakyat dia,masih lagi menegakkan benang yang basah.Kalau puak dia kena khawat pun lepas saja,hukum tuhan dia pusing mai2 je..contoh Mat Sabu dulu ingat tak.

Isu Arak kat Selangor tak jadi apa dah..panas sekejab,pi mai pimai tan tu juga.
Orang umno buat apa tak boleh ,dia boleh..pas-paas bila eekkk nak jadi cam ni.

Nurimo said...

Salam saudara/i yang dihormati,

Terima kasih mengunjungi blog saya.
Pandangan saudara/i tetap saya saya baca,
Bedebat dalam blog ni tidak seperti bedebat di kedai kopi.Kalau kat kedai kopi ,kalau ini cara debatnya pastilah salah seorang ke hospital,seorang dalam lokap..ha...ha..
Tapi berdebat dalam blog tak lah sampai bergaduh..ini yang seronoknya.

Dalam blog saya ni,tulislah nak tulis apapun,saya tidak akan dellete atau tapis dulu sebelum pamer kepada khalayak.Saya banyak kujungi bloh parti PAS,kebanyakan kalau tulis ada mederator tapis dulu sebelum lulus komen tu...tak tahulah saya kenapa.

faizal said...

tq..empunya Bloq

ya laa tu hassan..isu arak tu sepatutnya dikaji semua pihak agar umat islam tidak terjebak...
saya tertarik dengan isu arak yang berlaku di pahang..peminum arak yang muslim dihukum sebat..

soal Mat sabu tu kalau dia salah biar lah dia terima hukuman...lagipun dia dah dibicarakan pun..keputusannya semua orang dah tahu.


yang saya bangkitkan adalah soal PTPTN yang ditulis oleh Nurimo.dah memang terang lagi bersuluh perlaksanaan hutang PTPTN bercanggah dengan syariat islam.

soal politik ni,apa pegangan sekalipun adalah hak individu yang mengamalkan prinsip demokrasi.parti yang baik kita sokong yang tidak baik kita tolak.

cuma UMNO lari dari landasan dengan beranggapan kerajaan adalah milik mutlak mereka sehinggakan semakin lupa diri.kerajaan malaysia adalah hak rakyat.mana-mana parti yang memerintah sepatutnya melihat kepada kepentingan rakyat apabila dipilih oleh rakyat bukannya beranggapan milik parti sahaja.

mana-mana penjawat awam ataupun mana-mana pemimpin negara bekerja untuk rakyat dan diamanahkan oleh rakyat untuk mentadbir bukannya melihat dari segi politik sahaja.

kekuasaan diberi sementara oleh rakyat selama sepenggal.bila masa mengundi tidak timbul soal kerajaan BN ataupun PR kerana kerajaan telah dibubarkan dan mana-mana parti yang memenangi akan memerintah.

islam bukan setakat agama sahaja.
islam adalah ajaran dan cara hidup.Nak pilih pemimpin pun kena lah ikut ajaran islam.

pemimpin yang minum arak,berjudi dan kaki perempuan sundal janganlah kita pilih.paling penting yang meninggalkan solat janganlah kita pilih takut-takut diberi kuasa kepada golongan munafik.

aini said...

Tuan faizal,dah larut malam ni,tak tidur lagi ke.

Saya telah memerhati penulisan awak dalam blog HARAPAN dalam perbagai tajuk ,saya juga pernah mengunjungi blog awak.

Sejak akhir-akhir ini saya telah nampak awak berkurangan sangat sebut PAS.Tapi awak melebihi hal agama tanpa melibatkan parti PAS.Saya tahu kenapa kerna awak talah kecewa berada dalam PAS kerana PAS hanyalah parti berdegar-degar,teori saja,pratikal habis.

Baguslah kalau cam tu,kembalilah menjadi muslim sebenar,bukan muslim PAS.

Cakap sedap tu,hutang ptptn habis dah bayar ke?

FAIZAL SAID:-
"yang saya bangkitkan adalah soal PTPTN yang ditulis oleh Nurimo.dah memang terang lagi bersuluh perlaksanaan hutang PTPTN bercanggah dengan syariat islam."

Dah tahu bercangah pimjam buat apa,istiharlah dalam Harakah tu.Jelas kat saya di mana bercangah dengan syariat islam,maaf faizal jangan pandai sebut bercangah saja.

Ingat beratus ribu pelajar pimjam duit ptptm.
Setengah tu sampai jual tanah pusaka buat bayar pinjaman,takut naik court.

faizal said...

aini said,

Dah tahu bercangah pimjam buat apa,istiharlah dalam Harakah tu.Jelas kat saya di mana bercangah dengan syariat islam,maaf faizal jangan pandai sebut bercangah saja.

Ingat beratus ribu pelajar pimjam duit ptptm.
Setengah tu sampai jual tanah pusaka buat bayar pinjaman,takut naik court.
...................................................................................
AINI, TAK BAIK MARAHKAN PEMINJAM.BUKAN SEMUA ORANG MAMPU UNTUK MENERUSKAN PENGAJIAN TANPA MENGGUNAKAN PINJAMAN.

CUMA BERHARAP agar KERAJAAN BERKEBAJIKAN dalam soal PENDIDIKAN untuk KEMAJUAN bersama tanpa mengira PARTI dan FAHAMAN.

dengan ILMU umat ISLAM akan maju..tanpa ilmu umat islam akan mundur.demi kebaikan umat islam pelaksanaan PTPTN wajib mengikut syariat islam supaya golongan MISKIN DAN LEMAH tidak tertindas.

PAS TETAP DIHATI CUMA SAYANGKAN SAUDARA SEISLAM DARI UMNO YANG SEMAKIN HANYUT.

PAS BUKAN ISLAM BEGITU JUGA UMNO KEDUA-DUANYA HANYA SEKADAR PARTI

TETAPI...

PAS ADALAH WADAH PERJUANGAN ISLAM

UMNO ADALAH WADAH PERJUANGAN MELAYU.


AHLI-AHLI PAS TERDIRI DARIPADA ORANG ISLAM TANPA MENGIRA BANGSA.

AHLI-AHLI UMNO TERDIRI DARIPADA MELAYU,ORANG ASLI,DAN KAUM-KAUM SABAH DAN SARAWAK.

KESIMPULANNYA AHLI UMNO TAK SEMESTINYA ISLAM. CUKUP SEKADAR BUMIPUTERA SAHAJA.MANAKALA AHLI PAS WAJIB TERDIRI DARI ORANG ISLAM



SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.
....................................................

faizal said...

Sabda Rasulullah SAW:

Bukanlah daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang menyeru kepada perkauman,

dan bukanlah daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang berjuang demi kerana perkauman,

dan bukanlah daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang mati kerana perkauman.
-Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan An-Nasa'ie.

Cikgu Adham said...

slm... walau apa pon kritikan +ve dan -ve kpd PTPTN, namun sekarang PTPTN dan pon menambah baik sistem... tdk lg di panggil cas pentadbiran yang jelas hukumnya riba... sekarang PTPTN dah menyusun semula kaedah pinjaman berasaskan ujrah.. maka kita tdk lagi perlu bimbang mengenai riba dlm PTPTN.. rujukan boleh dilihat d http://www.zaharuddin.net/content/view/859/72/

Cikgu Adham said...

waw x sangka... hebat juga hentaman dlm ruangan ni heh heh... mantap.. teruskan.. bagus kerana melalui luahan idea sebegini mampu menambah baik semua sistem dlm negara kita... itu la peranan +ve dan -ve... bukan utk bermusuhan, tetapi saling memerlukan...

sebagaimana firman Allah dlm surah yaasin:36,
Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.

semuanya ada pasangan masing2 kerana saling memerlukan, sebagai contoh, elektrik ada cas positif dan negatif kerana saling memerlukan,

dlm kimia, elektron ada digandinkan dgn proton, asid ada konjuagatnya, ada ion positif dan ion negatif semuanya utk menstabilkan unsur..

tumbuhan ada jantan dan betina,

kerajaan ada pro dan ada pembangkang...

itu lah kehidupan makhluk yg Allah cipta untuk orang2 yg berfikir dgn mata hati...

wallahu 'alam

khaLifah feDi said...

slm...

saya taknk meyebelahi maner2 pihak..

in thi scase..pihak kerajaan mmg tidak ikhlas dlm membantu rakyat ..
klu benar kenapa perlu ada yuran perkhidmatan..?

dan sbgi peminjam ..harus ingat..dlm islam pun ditegaskan waima sblm mati hutang dititikberatkan jadi sendiri kena lah klu sudha berhutanng tue..

sekian

anywhere_Smile said...

Engagement much more experience pandora jewelry from then on become the most accepted by pandora bead new couple.Engagement ring is the expression among Pandora charms love plus association in which twosome shares. Generally buy Pandora indicates love and purity and as such people would delight discount pandora the diamond turning into for such particular and special pandora sale relationships. Solitaire diamond rings are outstanding for pandora earrings engagements. Expert artisans make that gemstones far cheap pandora earrings more attractive giving them special cuts. Towards the effort comes pandora sets to pay for jewelry for Mom you will notice jewelry has become cheap pandora sets optimum novelties you can still give your mom.