Search This Blog

Followers

Friday, September 4, 2009

Anak sendiri tak mati kelaparan



Walaupun kera dihutan disusukan,anak sendiri tidak mati kelaparan.

PM 1Malaysia kita, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian wang Raya berjumlah RM37.23 juta kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara .

Bila duit dibahagi ramai-ramai dapatlah merasa RM350.00 seorang dan setengah pula dapat Rm150.00.Syukurlah duit Rayakan,pada tak boleh langsung,merasalah juga.PM 1Malaysia yang bagusnya dia bagi semua tanpa pilih bulu,dari parti bulan/roket atau parti kepala kerbau.Walaupun puak penbangkang disusukan,anak sendiri(ahli umno)tidak mati kelaparan.

Setahu saya pengagihan duit raya ni bermula sejak tahun 2003 lagi.Tapi ramai lagi rakyat tak sedar apa kerajaan UMNO buat sepanjang 52 tahun mederka terutama sekali dari puak-puak parti PAS yang berpengang pada kata-kata hikmat

Bagi gula kacau,
Bagi lembu tarik,
Bagi kain pakai,
Bagi baja tabur,
Bagi duit ambil,

Suruh undi "bulan",tapi ambil barang dengan dacing.

Janganlah kita bersikap cerah mata,ringan tangan tapi buta hati.Apa kerajaan buat seolah-olah tidak menghagai langsung.

Kemaskini semula 10 Sept. 09

Seramai 860,000 kakitangan awam kumpulan sokongan menerima duit raya sebanyak RM500.00 seorang.Wau!!!! murah hati sungguh PM kita ni.Seelok-eloknya bagi semua rakyat yang pendapatan bawah RM800.00 atau pelajar IPT yang tak dapat korja lagi.

RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

48 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

hehehe~

nasib tak kelaparan kan?

green said...

tanggungjawab la katekan..

pantang diberi..

x beri peluang..amek aje..

z.a.r.a said...

btul2...duit pndai plak amik dgn dacing~ tp tgn duk undi bulan yg x bwk ape2 untung~

lalala~

Unknown said...

Baru betul PM 1 Malaysia,bagi duit kat rakyat tidak seperti parti PAS,ambil duit rakyat.

Nak tahu tok wakil pas ambil duit rakyat cara mana,masa ceramah dia motovasi pendengar,kemudiam tok wakil suruh budak-budak dia tadah kain pelekat.
Jadi yang mana jenis betul serupa senduk ,campaklah duit dalam kain tu.

Patutlah dia kata pas for all.
Beza dengan umno rakyat didahulukan.

Anonymous said...

berunutng sape stay felda !!!

felda pilihan saya.....

peace!!!

Unknown said...

Kerajaan bagi apa pun kemudahan kepada warga felda,tapi ramai parti pas juga.

Saya memang suka cara DS Najib,walaupun jenis orang lawan dia,kutup dia..masih tetap dia bahagi duit raya.

Dalam berdakwah DS Najib ikut cara betul tu,walaupun orang pas tak suka dia,dia tetap buat baik.

Cuma orang pas buta hati je,tidak tahu menilai jiwa pemimpin sebenar.

Betul kata tuan punya blog,pas disusukan tapi dia tidak lupa anak sendiri iaitu ahli umno dari kelaparan walaupun buat baik dengan puak penbangkang yang tolol.

mail lambong said...

maaf jika komen saya menguris hati rakan-rakan di bulan puasa al-mubarak nie..

tak boleh menyalahkan orang PAS tak mengenang budi..

Saya ingin tekankan perkara berikut...Sumbangan kerajaan dan sumbangan UMNO adalah 2 perkara yg berbeza, mcm langit dan bumi.

Sebagai contoh nya apabila kerajaan memberi sumbangan kepada sekolah2, itu tidak boleh dianggap sebagai sumbangan UMNO kerana sumber nya adalah dari dana kerajaan dan diperoleh dari cukai yg dikutip dari rakyat.

Dan kita kena ingat UMNO dan kerajaan adalh 2 entiti yg berbeza.

UMNO sebuat parti politik.begitu juga PAS.

Masalah nya terjadi apabila satu parti itu telah lama berkuasa sehingga menganggap kuasa itu sbg hak mereka dan bukan nya amanah dari rakyat.

sebab itu lah bila kita tolak UMNO org kata kita xkenang budi kerajaan, ini adalah salah.

sama jugak dgn pemimpin UMNO dan pemimpin kerajaan dua benda yg berbeza dan tidak boleh dicampur aduk...

menyalah gunakan jentera kerajaan untuk kerja2 parti ada lah salah dan tidak beritegriti!

yg bagi biasiswa adalah kerajaan dan bukannya UMNO! samalah lah jugak dgn bantuan utk sekolah2 serta kampung2...harap semua org UMNO dan BN faham konsep ini..

Harus diingat cukai diambil dari rakyat tanpa mengira parti..Jika cukai hanya dikutip dari penyokong UMNO sahaja maka saya kira layak lah empunya blog dan rakan-rakan sehaluan mengatakan rakyat yang tidak menyokong UMNO tidak menghargai jasa UMNO.

Penyokong PAS dan UMNO dan lain-lain parti dikenakan cukai dan layak menerima bantuan dan segala kelebihan sebagai warganegara mengikut perlembagaan walau mana-mana parti memerintah sekalipun.

jika dikatakan kerajaan itu UMNO maka takkan wujud pilihanraya dan sistem demokrasi.

p/s jangan jadi katak dibawah tempurung

Anonymous said...

sy pon bkn la arif sgt tentang politik ni, cme yg sy nk kongsikan kt sini, buka lah mata anda..jgn terlalu taksub dgn sesuatu parti..mmg ak dinafikan, org Umno pon ade tak betolnya, begitu juga ngn org2 pmbangkang..tp lihat lah betol2..ape yg Umno dah buat pd negara kita..mmg betol kerajaan n parti adalah berbeza..tp cube kite bygkan n pk..ape nsb kita kalo di bwh pemerintahan prti pembangkang??

terang2 an skrg, parti pembangkang byk mmbuat onar pd negara..takkn itu pon msih tak nmpk??isu duit zakat di selangor, putar belit ayat oleh pas, isu penang..n byk lg..

maaf sekali lg kalo komen sy agk keterlaluan..tp buka lah mata n pk la dgn waras...wasalam..

Guru said...

assalammualaikum

alhamdulillah ... rezeki ramadhan. kerja2 yang baik kita sokong.

Admin CCZ said...

salam singgah..dah terlampau banyak sangat Kerajaan hari ni berjasa pada kita tetapi kita yang tak reti bersyukur..

Unknown said...

Salam ustad faizal,

Walaupun bulan posa tak kisah,nabi (saw)pun berperang dalam bulan ramadam kerana menegak sinar islam.

faizal,awak masih tak sedah lagi ke.Kerajaan memerintah dari parti umno,bukanya jangkamasa pendek dah 52 tahun merdeka.Pergi ambil sembayam dan solat istikarah minta pertunjuk kalau keliru sangat.

Buka gah fikiran tu,renung ke langit tinggi,jangan lihat bulan saja,lihat juga bintan2 berkelipan...buka minda tu.

Apa pas boleh beri ke rayak ..dok puja sangat? Tahu tak Pas,parti pecah belah umat islam Melayu.Puak pas juga gulungan Melayu yang tak tahu berbudi ,pandai hulur tangan.

Awak tak payah pusing fakta cukai,kalau nak gapa mintalah dengan DS Najib tu.

Awak orang ada kepandain agama,molek benar kalau berada dalam umno,bimbang awak dok dalam pas takut lari akidah.

g@dis blUr said...

sume komen pnjg2...nrul plak nk komen pe yea..he3...bab2 politik nie...xbape pndai nk komen..

An said...

rezeki orang bagi ambik..jgn perlekeh..dari Allah semua tu.

Saya nk habaq sikit nih..

1. Pas dgn Umno moga-moga boleh bekerjasama dengan lebih baik lagi..

2. Toksah la kita org melayu bgaduh teruk2 sgt...jln nak setel masalah sentiasa ada..

3. Saya malu, anda pun malu tgk tv3 hari2 tnjuk gmbq melayu bekelai.bangga depa duk tunjuk..padahai sama-sama kita jugak org melayu. Bkn nk tuding sapa2..tp lebih elok tunjuk berita org melayu Islam ni bekerjasama.

4. Bab Melayu tu kecik sj..bab besaq ni pasai agama kita anut ni..Islam..Kita dok angkat melayu pun jgn sampai saudara Islam dr bangsa lain kecik hati..tak elok lagu tu..

ok lah..jgn serabut2 kepala..lepas smayang doa tu penting..untuk hidup harmoni

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam An,

Umno ok..masalahnya PAS tak kerjasama sama Melayu umno.Dia lebih suka tidur sekali dengan DAP.

Tu masalahnya,umno nak tolong dia,dia tak mahu.Tolong menyatukan Melayu islam.

Jadi umno kena ambil berat,tak lepas ke PAS gitu saja,kena ambil tahu jugalah ,kalau tidak Malaysia habis jual ke PAS

September 7, 2009 12:40 AM

mail lambong said...

bagaimana nak bersyukur dengan kerajaan..

1)sebagai rakyat kita perlu memilih pemimpin yang bersih dan amanah..yang tidak amanah,perasuah dan penipu jangan kita undi,ini baru lah dikatakan rakyat yang bertanggungjawab.

2)sebagai rakyat kita wajib memilih pemimpin yang pandai dalam soal islam dan menjaga kepentingan islam dengan baik,ini barulah dikatakan rakyat yang pandai berterima kasih.

baik pemimpin maka baik lah negara kita..

kerajaan adalah amanah rakyat bukannya amanah parti sahaja.


kerajaan adalah hak rakyat bukannya hak parti tertentu sahaja.

Cik Cookie said...

peruntukan duit raya masih cukup.hehehe

mail lambong said...

adakah penyokong UMNO tahu bahawa ahli UMNO tak semuanya melayu dan tak semuanya islam..

saya huraikan mengenai ahli UMNO yang sebenar..

ahli UMNO terdiri daripada orang melayu,orang asli,bumiputera sabah,dan orang siam(kedah)

agama ahli UMNO terdiri daripada islam,kristian,tiada agama dan budha.

untuk pengetahuan penyokong UMNO..

begitu ramai sekali ahli UMNO yang kristian..

pasal 4 perlembagaan UMNO menyatakan mana-mana bumiputera layak menjadi ahli UMNO..bukannya hanya melayu..

harap anda faham dan jelas mengenai perkara tersebut.

Unknown said...

faizal said

"saya huraikan mengenai ahli UMNO yang sebenar..

ahli UMNO terdiri daripada orang melayu,orang asli,bumiputera sabah,dan orang siam(kedah)

agama ahli UMNO terdiri daripada islam,kristian,tiada agama dan budha".
..................................
Tahu faizal..tapi adalah kafir yang taat kepada pemerintah islam.
Tak faham lagi ustad faizal ni,macam yahudi diMadinah,org kristian di Arab saudi tapi dia taaf kepada pemerintah islam.Apa nak sibuknya.

Macam pas dia lawan pemerintah bersama pakatannya,cuma umno bagi barang/duit puak pas ambil.Satu lagi kelebihan dia ikut telujuk puak kafir yang nak memecahkan islam Melayu.

Jadi kita sebagai orang islam kenal betul puak pas ni yang sudah lari jauh dari perjungan sebenar.

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

Duit tue mmg hak milik peneroka FELDA... Mereka telah bersusah payah meneroka dan mereka mmg patut dapat pun... mereka sepatutnya dapat lebih dari tue..kerajaan bn pembohong dengan mengatakannya sebagai duet rakyat.. hanya utk memancing undi...

Anonymous said...

Putra Al-Maliki,tidak kerajaan umno yang bagi tanah,bagi peluang meneroka,bagi peluang rakyat cari duit.

Putra Al-Maliki tak tahu bersyukur,ni lah orang kata lulusan IPT tak da kualiti.

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

Cik Aini..itu dah memang tangungjawab kerajan tidak kira parti mane pun yang memerintah.. Kalau Pakatan Rakyat memerintah pun, dia kena jugak bagi tanah dan sebagainya... Lulusan IPT sangat berkualiti kerana bijak menggunakan akal yang waras dan tidak lagi terpengaruh dengan pembohongan Barisan Nasional...

Psst: Jangan terlalu taksub dengan politik sehingga menyamakan parti politik dengan kerajaan... =)

Anonymous said...

Maliki,nilah sebab kerajaan marahnya,bagi pinjaman suruh berlajar,lulus cermelang tapi lawan kerajaan kerana terlebih terlebih kualiti.

Maliki said:-
"Psst: Jangan terlalu taksub dengan politik sehingga menyamakan parti politik dengan kerajaan... =)".

Kenapa nak pisahkan politik dengan kerajaannya,kalau tidak takpayah ambil Tok guru nik aziz jadi ketua kerajaan pas kel.

Unknown said...

Maliki,
Cerita gah sikit BN tipu cam na,jangan pandai cakap tanpa bukti,awak orang sekolah tinggi biar ada fakta...jangan pandai buat tomahan.

Pas apa yang boleh bagi ke rakyat.Kutip duit rakyat dengan tadah kain kat ceramah pandai.Jangan jadi parti minta sedekah gah.

Kesihan pada rakyat tu,tipu sikit2 sudalah.

Anonymous said...

perbezaan fahaman politik mnggagalkan sy tok mmberi sebarang komen..bimbang pula trsalah tulis..anyway sy akn ttp bc entry2 sedara.kadang2 kena jugak dengar n bc pndangan n fahaman org laen juga.janji x emosi maka perbalahan xkan terjadi..(ape ak mngarut daaa..)

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

Buang masa jer bblas komen dgn org yg taksub dgn umno/bn tanpa boleh berfikir dgn matang...kononnya umn/bn yg boleh beri segala2nya..parti laen xboleh nk bagi. kite same2 tgk gelombang kebangkitan rakyat sekali lagi pd pilihanraya Bagan Pinang nie...kite tgk parti mana yg dipilih oleh rakyat setelah majoriti pilihanraya kecil dimenangi oleh Pakatan Rakyat...

Anonymous said...

Maliki,tak da dalam kamus buang masa dalam mencari hala tuju yang sebenar.Jangan mudah putus semangat orang PAS.

Kita bukan bergaduh sama Melayu islam,cuma bimbang ko...ko.orang PAS lari akidah kerana rapat sangat dengan puak kafir DAP hinggakan sama Melayu BN Islam dipadang serong.

Sedangkan Melayu islam BN cuba dekat-dekatkan dengan Melayu PAS,sayangnya saudara islam lari2.

Malah ahli pas yang bijak pandai pun menjadi kuda orang kafir.

Nurimo said...

Zul kahar,

Saya dah baca blog awak ,tak berapa betul tu,awak kata rasul Melayu.

Mengucap semula....lari tu sunnah rasullah.Tolong pergi cari Tok guru betul semula ilmu awak tu.

Nurimo said...

PERINGATAN KEPADA ZUL KAHAR

Jangan sebar ajaran sesat diblog ini.
Tulisan awak memang sah ajaran sesak
MANA ADA RASUL MELAYU,Tolong mengucap semula.

Anonymous said...

Peneroka dan kakitangan awan dapat duit raya tahun ni.

Kita lihat apa parti pembangkang nak bagi ke rakyat.Setahu saya kalau parti PAS dia ambil duit rakyat melalui derma ceramah.

Kalau macam tu parti cari makan kata orang.Habis tu dok puja wat apanya..

Lilianna Mardiana said...

baguslah kalau macam tu, takdelah sibuk derma negara luar sana sini, rakyat sendiri asyik keluar masuk rancangan Bersamamu gara2 nak mintak raih simpati. :)

Nurimo said...

Apakata kitalah sepatah dua kata dari PM 1Malaysia yang dipetik dari mstar

BERITA
Jumaat September 11, 2009
Umno adalah parti Islam, kata Najib

SIK: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Umno adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.

Katanya, Umno sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.

"Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan Umno sejak 53 tahun yang lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?," kata beliau ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini semalam.

Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno membangunkan negara ini bagi melahirkan umat Islam yang dihormati dan bermaruah dengan pembangunan negara, teknologi dan ketenteraan yang termaju.

"Kita tidak perlu label "membangun bersama Islam" kerana kita telah lama memperjuangkan Islam dan telah memberi keselesaan hidup kepada umat Islam kerana kita tidak mahu umat Islam miskin dan tidak ada kekuatan," kata beliau.

Perdana Menteri juga berkata, Islam juga menuntut perubahan umatnya daripada yang baik kepada lebih baik dan itulah yang dilakukan oleh Umno.

"Kita sentiasa membela nasib rakyat daripada yang baik kepada lebih baik, jika dahulu kita bermula dari Lurah Bilut (Felda Lurah Bilut) daripada golongan yang tidak mempunyai tanah kepada golongan yang mempunyai tanah sebanyak 10 ekar,"

"Secara kebetulan ayah saya (Tun Abdul Razak) yang menubuhkan Felda, dia berjalan dengan tongkat dan bush jaket beratusratus batu sematamata untuk memberi tanah dan membasmi kemiskinan rakyat," kata beliau.

Najib juga berkata, umat Islam haruslah mengambil iktibar dengan pelbagai peritiwa kemenangan Islam dalam bulan Ramadan termasuklah peristiwa perang Badar.

"Bulan Ramadan membentuk peribadi dan kekuatan untuk kejayaan Islam dan tidak ada sebab kita tidak boleh berjaya jika kita berusaha," kata beliau.

Pada majlis itu, Najib bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan para pemimpin Umno negeri berbuka puasa bersama kirakira 5,000 peneroka Felda dari Kedah dan Perlis.

Perdana Menteri kemudiannya menyampaikan duit raya dan bantuan khas kepada peneroka Felda berkenaan. BERNAMA

mail lambong said...

Sebenarnya jika kita merujuk kepada pandangan ulama silam tentang konsep negara Islam, mereka sebenarnya bersetuju dengan satu prinsip utama iaitu: undang-undang Islam dominan di dalamnya.

Apa yang menjadi perselisihan di kalangan mereka ialah untuk menentukan bagaimanakan negara Islam boleh bertukar statusnya kepada kafir.

Sebab itu sepatutnya disedari bahawa asas teori negara Islam adalah terletak pada aspek kedaulatan Islam dalam sebuah negara kerana asas ini lah yang menjadi paksi negara Islam pertama Madinah yang diterima oleh semua orang sebagai contoh utama. Model negara Madinah adalah contoh terbaik memandangkan model-model lain sudah mengalami perubahan yang menyebabkan sukar untuk mendapat kata sepakat daripada para ulama untuk menerimanya. Sebab itu pengukuran berdasarkan model asal tadi lebih selamat dalam menentukan asas sebenar bagi sebuah negara Islam.

Dari sini jelas menunjukkan bahawa walaupun ada ruang perbezaan di kalangan ulama silam dalam beberapa perkara berbangkit, namun begitu mereka bersetuju bahawa negara Islam adalah negara yang berasaskan undang-undang Islam sebagai undang-undang utama dan tertinggi.

mail lambong said...

UMNO cuba merangka satu teori asas yang releven dengan realiti semasa iaitu realiti kelemahan sistem politik Islam masa kini .

Untuk itu awal-awal lagi teori asas mereka berundur kebelakang supaya tidak dilihat terlalu bercanggah dengan konsep asal negara Islam yang ditegakkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Sebab itu awal-awal lagi UMNO mengelakkan diri daripada mengambil model dan asas kerajaan Madinah dan kerajaan Khulafa al-Rasyidin sebagai rujukan utama.

Inilah yang dilakukan oleh Ust Nakhae .Cara ini dapat mengelakkan satu jurang perbezaan yang terlalu besar antara realiti yang ada dengan kosep asal. Keadaan ini akan menyulitkan langkah dan perbincangan mereka.

Sebaliknya PAS tetap berpegang kepada model utama negara Islam dan metod salaf yang menjadikan al-Quran dan al-sunnah sebagai sandaran utama. Apa saja yang ditunjukkan oleh sunnah Rasulullah s.a.w khususnya model kerajaan Islam Madinah dijadiakan asas penting bagi PAS.

Walau pun mereka dituduh terlalu ideal dan tidak berpijak kepada realiti, tetapi seolah-olah PAS tidak dapat memisahkan diri daripada metod itu Sebab itu kita dapati para ulama PAS mendahulukan al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas utama dalam perbincangan negara Islam.

Manakala pandangan para ulama silam dijadikan bahan rujukan kedua dan ketiga bagi mereka.

mail lambong said...

Metod UMNO di atas walaupun nampak menarik kerana cuba menghidupkan nilai semasa dalam pertimbangan dan kewajaran hukum, namun tanpa disedari mereka terlalu melayani realiti dan kehendak semasa mengatasi tuntutan prinsip dan dasar.

Keadaan ini boleh mendedahkan Islam kepada fenomena kecelaruan/fawda, sedangkan asas kekuatan Islam berada pada prinsipnya yang tegas dan tetap.
Ketika mengemukakan teori berikut: "adanya beberapa ciri negara Islam sudah cukup mengekalkan status negara Islam", UMNO, dilihat terlalu ghairah untuk menjayakan misi segera negara Islam Malaysia, tanpa menyedari bahawa mereka telah mengabaikan satu asas atau ciri penting yang tidak boleh diketepikan sama sekali, kerana tanpa asas/ciri ini , maka ciri-ciri lain tidak memberi apa-apa makna.

Mereka mengabaikan asas yang paling pokok dan tunggak kepada sistem Islam iaitu bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Tanpa kedua-dua tapak ini, maka binaan sistem politik Islam tidak akan dapat ditegakkan.

mail lambong said...

Ini adalah asas kepada segala teori-teori lain berkenaan dengan negara Islam, kerana dengan adanya asas ini barulah teori lain dapat berperanan dengan sebaiknya seperti sembahyang merupakan tiang kepada ibadat yang lain. Tanpa sembahyang apalah guna ibadat yang lain.

Ketiadaan asas ini dikenalpasti sebagai faktor utama kepada kecelaruan tafsiran Islam yang dipakai dalam negara moden sekarang yang benar-benar menyeleweng daripada maksud sebenar Islam.

Tetapi jika asas teori ini mantap, maka Islam tidak terdedah kepada permainan dan tafsiran yang salah dan mengelirukan. Semua pihak mengakui bahawa Islam yang disebut sebagai agama Persekutuan telah ditafsirkan sebagai agama untuk upacara rasmi sahaja.

Islam yang ada itu tidak diberikan tafsiran yang sebenar dalam perlaksanan undang-undang , kerana sumber undang-undang yang menjadi asas teori politik Islam tidak diberi tempatnya yang sewajarnya.

Apabila ulama\mufti UMNO terlupa untuk membicarakan perkara yang paling pokok ini, maka ia merupakan satu kepincangan yang nyata, seolah-olah mereka hanya bertindak secara terbatas. Lebih-lebih lagi mereka tidak berani mengemukakan aspek kelemahan yang berlaku secara adil dan terbuka, sebaliknya menyenaraikan ciri-ciri yang baik sahaja.Perkara ini tidak wajar berlaku dalam disiplin ilmu.

mail lambong said...

Negara bangsa zaman moden ini telah hapus sama sekali kedaulatan sumber undang-undang (Quran dan sunnah ) sebagai rujukan utama dalam seluruh urusan pentadbiran, kecuali urusan perkahwinan dan ibadat.

Apa yang ada hanya pengakuan kosong seperti yang dinyatakan oleh al-Quran

surah al-Nisa' ayat 60, maksudnya: Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari taghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka dengan penyesatan yang sejauh-jauhnya.

"WALAUPUN TERDAPAT SEKARANG INI BEBERAPA RANCANGAN YANG BERFAEDAH DARI SEGI ISLAM DAN DITEGASKAN DI ATAS NAMA ISLAM SEPERTI BANK ISLAM, NAMUN IA TIDAK DAPAT MENGUBAH SIFAT DAN STRUKTUR NEGARA INI SEBAGAI NEGARA SEKULAR YANG TIDAK MENDAULATKAN HUKUM-HUKUM ALLAH"

mail lambong said...

Terdapat dua persoalan yang memerlukan penelitian politik Islam dalam isu negara Islam:

Pertama: Apakah mampuu kita tegakkan sesuatu perkara besar seperti negara islam dengan hanya menumpang prinsip politik asing seperti demokrasi dan mengharapkan ihsan pihak tertentu untuk memberikan laluan dan layanan baik kepada islam?

Perkara ini sudah terbukti kesukarannya, kerana prinsip politik moden sepertti demokrasi mempunyai falsafah dan misi agongnya sendiri yang tidak secucuk dengan Islam.

Adakah Islam terlalu lemah untuk mengemukakan falsafah dan prinsip politiknya sendiri?

Kedua: Sikap melarikan diri daripada panduan dan petunjuk Rasulullah SAW dalam sistem politik akan membawa kepada satu polemik dan perdebatan yang tidak akan berkesudahan , kerana teori-teori baru akan menghadapi kesukaran untuk memperolehi kata sepakat, disebabkan ianya telah dipengaruhi oleh berbagai suasana dan kepincangan. Sebaliknya pertunjuk Rasulullah s.a.w dalam soal politik memang diakui oleh semua.

Mengapa kita sengaja meninggalkan asas persepakatan kepada sandaran yang tidak sepakat?

Jawabalah persoalan ini.

Sekali lagi kita akan berjumpa jawapan kepada masalah yang kita hadapi.

Negara Islam atau politik islam hanya satu, bukan dua, tiga atau empat.

Negara Islam ataupun pemerintah berasaskan islam adalah negara yang mendaulatkan Islam dalam pemerintahannya.

Manakala ciri-ciri lain hanya boleh dibincangkan setelah asas ini dapat diselesaikan dengan baik oleh para penganalisis.

Apabila disedari kepincangan yang ada, maka langkah membetulkan kelemahan adalah tanggungjawab seluruh umat Islam, kerana tidak berbangkit kenyataan bahawa jika negara itu bukan negara Islam maka halal darahnya.

Yang berbangkit sekarang ialah kepincangan itu mesti diperbetulkan dan penduduknya perlu disedarkan, ulamanya perlu ditegur dan sebagainya. Inilah langkah bijak untuk menyelamatkan negara dan tanahair kita yang tercinta daripada kehancuran yang ditujukan kepada umat yang tidak mendaulatkan ajaran Islam sebenar.

Apa yang sepatutnya disedari ialah kelemahan negara umat Islam sekarang ialah kerana mereka berpecah lantaran masing-masing bertuankan sistem yang asing daripada Islam(sekular).

Akhirnya kesatuan umat terhakis, kekuatan umat berkecai, masing-masing negara tidak membantu umat Islam yang diceroboh .

Sekiranya umat Islam bersatu dengan al-Quran dan al-Sunnah , maka mereka tidak mudah dipecahbelahkan dan ditindas.

Sebab itu kita tidak boleh menganggap remeh persoalan dasar dan prinsip sebagai isu-isu teknikal atau persoalan-persolaan kulit.

Inilah kepincangan pemikiran Islam moden yang gagal memberikan hak kepada asasnya yang sebenar, semata-mata mahu mengejar keunggulan yang direstui oleh barat.

Sekian , Wassalam.

Anonymous said...

ustad faizal,negeri hak pas perintah semua pakai purdah ke?Bersih dari maksiat?Lama pas perintah Kelantan..rakyat 2x5 je.

Terima kasih awak ambil masa tulis panjang-panjang.Tapi jangan sekadar tulis,hukum islam hendaklah ditegakan,

Pas nak tegak hukum islam cam na gah...

1.Ikut telunjuk puak kafir,kedai arak tak boleh tutup kat Selangor
2.Kedai nombor puak pas pejam mata sebelah,nak tutup takut rugi puak kafir
3.Memecahkan Melayu Islam.
4.Rakyat dalam negeri pemeritahannya berada dalam keadaan statik.
5.Guna agama untuk menghalakan puak-puak pas sahaja.
6.Puak pas hanya pandai cakap dimimbar sahaja,tapi pratikal habis/gagal.
7.Tidak taat kepada pemerintah
8.Tidak tahu berbudi hanya pandai menerima dan tak menghagai jasa pemimpin pemerintah.
9.Menggap islam adalah untuk puak dia sahaja.Bila berlaku kes..cari hukum untuk berdalih/melepas diri.
10.Pemimpin suka mencarut dan melaga-lagakan rakyat.
11.Ambil duit rakyak dengan alasan derma setiap kali ceramah.Duit derma bagi ke tok wakil ke....Kalau betul suruh rakyat derma tabung masjid tu.

Kalau pas nak betul tegak islam dia kena bersama umno.Kalau dok kat luar susah pas secara tidak langsung jadi kuda DAP tanpa disedari.Penasihat abg Nuwar tak boleh pakai,dia cuma nak merealisasikan cita-citanya sahaja untuk ganti DS Najib,puak pas hujung kuku dia je.

Banyak lagi tak habis nak tulis,sapa2 tahu lagi tolong sabunglah ya.....

mail lambong said...

Sudah ramai tokoh agama dah cuba duduk dengan UMNO untuk membetulkan keadaan tetapi gagal disebabkan masalah pokok masih ditegakkan.iaitu dasar pandang ke barat.tidak salah sekiranya yang baik diambil tetapi yang menjadi masalah adalah yang buruk turut diambil sekali dan dijadikan sebagai budaya hidup yang penuh dengan kepura-puraan.

kesimpulannya jika UMNO tiada kuasa maka perencanaan yang baru dapat dilakukan dengan jaya tanpa apa-apa halangan-insyaallah.

saya memberi contoh..

Ekoran beberapa krisis dalaman Umno berkaitan sikap Umno terhadap isu-isu agama seperti isu judi loteri, fun-fair, kaberet, isu pemurtadan Natrah dan lain-lain, Haji Abdullah fahim(moyang pak lah) telah berundur sebagai Pengerusi Bahagian Agama UMNO pada 1950. Selepas itu, jawatan ini diambil alih oleh muridnya, Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan.

akhirnya Tuan haji ahmad fuad hassan pun keluar dari UMNO.kerana UMNO begitu kuat pengaruh sekularnya sehinggakan sesiapa yang cuba menegakkan fahaman islam didalam UMNO dihimpit dan di jatuhkan.

Apabila Persatuan Ulamak Se-Malaya ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951, persatuan tersebut telah merancang mengadakan Persidangan Ulamak di Butterworth pada 24 November 1951 untuk meluluskan undang-undang tubuh dan melantik jawatankuasanya.

Haji Abdullah Fahim sebagai Mufti Pulau Pinang telah merasmikan persidangan ini yang akhirnya telah mengambil keputusan menukar nama Persatuan Ulama Se-Malaya kepada Persatuan Islam Se-Malaya (PAS). Haji Abdullah Fahim sendiri dicalon sebagai Yang Dipertua Agung PAS tetapi tewas kepada Tuan Haji Ahmad Fuad hassan.

UMNO hancur setelah memisahkan politik dan islam.Pandangan ulama dan tokoh-tokoh islam mengenai negara semakin dipinggirkan.Sehinggakan masakini,permasalahan islam di pandang serong oleh sesetengah pemimpin UMNO sendiri.

UMNO dulu dan sekarang adalah sangat berbeza.realiti sekarang hampir kesemua pemimpin UMNO telah mengkhianati perjuangan UMNO yang sebenar apabila terjebak dalam kancah rasuah dan pelbagai salahlaku dan etika.yang paling hina adalah memisahkan islam dengan pengertian yang berbeza iaitu daripada ajaran dan cara hidup kepada ibadat semata-mata.perkara hina tersebut menjadi amalan pemimpin dan penyokong sehinggakan Wang adalah segala-galanya bagi mereka,tiada wang kerja tak jalan dan mana-mana pemimpin yang tidak berwang takkan mendapat tempat dalam kepimpinan UMNO.

terpulang apa saja yang rakan-rakan sekalian ingin tafsirkan..tetapi saya yakin bahawa anda tidak dapat menafikan apa yang saya katakan semua itu.


fikir-fikirkan ..

"baik pemimpin maka baiklah keseluruhannya".(sabda nabi muhammad s.a.w)

mail lambong said...

1. Mudahnya hujjah bagi menjelaskan bahawa UMNO adalah parti kebangsaan bukan parti Islam . UMNO parti yang mengamalkan faham sekularisme bukan menganut faham Islam . Terlalu banyak hujjah yang boleh disenaraikan , cuma saya nak lihat 10 bukti dan hujjah dari pihak UMNO terlebih dahulu , apakah yang meletakkan UMNO tidak segan silu untuk turut mengaku sebagai sebuah parti Islam .

2. Balai disebut balai Islam apabila Balai itu berorientasikan Islam . Pusat Islam juga disandarkan kepada Islam apabila Pusat itu mengendalikan hal ehwal Islam . University Islam kerana fakulti dan kuliahnya juga berteraskan Islam . Orang Islam kerana orang itu hidup berpaksikan ajaran Islam . Maka demikianlah parti , jika mahu disandarkan kepada Islam untuk menjadi parti Islam maka mestilah dasar perjuangan parti itu berasaskan Islam .

3. Mudahnya , kalau benar dan serius UMNO mahu menjadi parti Islam , maka UMNO mesti terlebih dahulu menukar dasar dan prinsip perjuangan mereka dari kebangsaan kepada Islam . Jadikan al Quran dan Sunnah sebagai pegangan dan sumber rujuk tertinggi dalam parti itu . Amalkan gaya hidup Islam dengan mengamalkan suruhan agama dan tegakkan syiarnya seperti menutup aurat , berlaku adil , tidak rasuah , tidak zalim dan sebagainya .

4. Saya sangat mengharapkan agar UMNO menjadi sebuah parti yang mengamalkan dan memperjuangkan Islam bukan merosakkan Islam dan meruntuhkan syiarnya . Setakat mendakwa UMNO adalah parti Islam sedang kedudukan UMNO dengan Islam terlalu jauh maka ia adalah satu penipuan dan pengkhianatan terhadap ummah khasnya ahli - ahli UMNO sendiri .

5. UMNO boleh berubah apabila mereka selalu menyebut bahawa ahli mereka orang melayu dan mereka kononnya memperjuangkan melayu . Kerana kebetulannya melayu adalah beragama Islam . Tinggal lagi UMNO mesti menghentikan slogan perkauman dan perjuangan berasaskan melayu semata - mata sebaliknya membawa Islam dan prinsip perjuangannya yang tentunya tidaklah asing dengan orang melayu . Kenapa susah sangat UMNO nak menerima Islam sebagai dasar perjuangan mereka ? kalau mereka sudah bersedia untuk mendakwa dan mengisytiharkan UMNO sebagai parti islam selayaknya mereka juga mesti bersedia untuk menukar dasar dan prinsip perjuangan mereka kepada Islam .... ada berani ke ?

Anonymous said...

Saudara faizal,

Umno berada dalam ladasan yang betul ke arah megemilangkan islam di Tanah Melayu.

Dalam proses mengubah orang Melayu islam dari mengamalkan islam yang bercampuk aduk dengan budaya hindu,anisme mengambil lebih masa.Tambahan pula orang Melayu telah diubah fikiran semasa penjajahan barat dulu .UMNO telah memerdekakan dari penjajahan barat.

Jadi proses mengembalikan cara hidup islam sebenar bangsa Melayu mengambil masa, tak cukup masa 52 tahun merdeka.

Tambahan pula orang Melayu sendiri melalui parti PAS menjadi tali barut puak kafir.Disini proses meneggakkan islam telah terhalang atau dilambakkan oleh puak-puak pas.

PAS telah digunakan oleh puak kafir untuk menyenkat islam sebenar dari diteggakkan di Tanah Melayu tanpa dia sedari.

Walaupun apa sekali pun UMNO harus menghalang dari puak pas yang ingin memusnahkan/memecahkan Islam Melayu.Mereka ini adalah puak yang menghalang kemajuan islam dan menolak pembangunan umat islam di Tanah Melayu.

Umno mengusai Tanah Melayu,cuma dia perlu membetulkan beberapa kesilapan dengan segera.

Mengapa puak pas nak tumbangkan umno sepatutnya dia bersama umno membetul kesilapan dalam proses meneggakkan hukum islam.Mengapa dia perlu bersama puak kafir DAP sedang dulu pas yang kuat mengutup DAP.

Tidak lain tidak bukan PAS telalu tamak,rakus untuk memerintah dan mengadai maruah Islam untuk menjatuhkan sesama islam tanpa dia sedari.

"HIDUP UMNO"

Unknown said...

Salam berlapik Suria dan salam semut Faizal,

Sebenarnya Pas takut kalau umno teggakan islam sepenuhnya di Malaysia.

Jadi cita-cita politiknya sejak 52 tahun tidak akan berjaya dan sial2 saja.

Sebab tu pas sangguh mengadaikan islam bersama puak kafir DAP untuk jatuhkan umno.

Kalau pas betul2 nak teggakkan islam,mengapa dia tak bersatu dengan umno dimana parti umno majoriti Melayu islam,tambahnan pula sudah punya kuasa...cuma pakat betul yang silap je.
Buat lawan buat apanya.....

Nida n' Hanafi said...

I like the way you give your opion..telus dan jujur..teruskan menulis....

Nida n' Hanafi said...

Kita perlu belajar dr sejarah..kerana tamakkan kuasa, negara trgadai, bangsa trjajah..semua kerana jln singkat utk menang.

Perlu kerjasama antara semua pihak...itu sahaja kunci perpaduan

andai byk sangat cabangnya, maka banyaklah berlaku perpecahan

kadang2 perlu jg brbeza aliran pdapat, utk mengawal sgala tndakan yg dibuat, tapi dalam bab agama, perlulah bsatu..

Bila pendapat langsung tak mahu didengar, itu yg payah.. macam mana nak bersatu

mail lambong said...

Amirul..

saya amat mengalu-alukan dan berbesar hati sekiranya UMNO menegakkan islam sepenuhnya di malaysia

Nida..

insyaallah,umat islam akan bersatu sekiranya umat islam itu sendiri mempunyai kefahaman islam secara mendalam dan berpegang kepada al-quran dan sunnah sebagai sumber rujukan utama.

saya sedih kerana peranan agama menjadi semakin jauh dan sayup ketinggalan apabila kekuasaan menjadi taruhan. Masing-masing membaca ayat Al-Quran,mahu menunjukkan mereka mempunyai dalil dan hujah di dalam tindakan.

Agama menjadi bahan sandaran dan ayat perkuat (azimat atau semacam tangkal) sekadar menguatkan pilihan yang dibuat....

Pilihan sudah dibuat terlebih dahulu, baik oleh prosedur, sentimen atau faktor kepentingan tertentu...kemudian barulah mengambil Al-Quran dan As-Sunnah sebagai penyokong.

Al-Quran dan As-Sunnah bukan lagi menjadi rujukan utama, bukanlah lagi menjadi penentu keputusan dan pembeza di antara yang haq dan bathil (Al-Furqan).


Inilah zaman orang-orang Ruwaibidhoh berkuasa !

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. "Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah"". Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu Wahai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina serta tidak mengerti urusan orang ramai".(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Selamat datang ke zaman ini !

Nida n' Hanafi said...

Saudara Faizal...
Insya Allah...Melayu akan bersatu, tidak kira parti mana pun kita berada.. di bawah satu pegangan agama.. ISLAM.

Cross Your Fingers.. demi anak2 bangsa yang masih jauh perjalanannya.. think about them.

Oleh itu, I really hope, saudara2 dan saudari2 sekalian, hentikan perbalahan yang merugikan bangsa kita sendiri, we need to show that we are mature enough to discipline our own. On the other hand, sama2lah kita mencari jalan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda. Fikirkan yg terbaik buat agama dan bangsa.. Insya Allah.

Teringat pada satu idiom "Actions Speak Louder Than Words"... hopefully kita tidak seperti itu.. Andai kita tersasar jauh dari landasan Islam, perlulah kita semua especially yang seagama dan serumpun dengan kita "Back To Square One".. Insya Allah

Unknown said...

Selamat hari raya Nurimo,

"Rasul Melayu" yang cuba sembarkan ajaran sesat dalam blog awak dah ditangkap JAIS.Rupa-rupoanya anak dia tolong tulis dalam blog untuk disebarkan...


BERITA
Rabu September 16, 2009
'Rasul Melayu' tidak puasa semasa ditangkap - Pengarah JAIS

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

SHAH ALAM: Pengamal ajaran sesat yang mengaku dirinya 'Rasul Melayu', Abdul Kahar Ahmad sedang makan sambil menonton televisyen ketika ditangkap oleh pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam (JAIS) Selangor pagi tadi.

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi ketika mendedahkan demikian juga berkata, Abdul Kahar cuba melarikan diri ketika serbuan dibuat kira-kira pukul 9.45 pagi tadi di sebuah rumah dekat Sungai Long, Kajang.

"Semasa kita nak tangkap, dia tengah makan, tengok televisyen, bila kita nak tahan dia cuba nak lari, tapi kita berjaya kepung... Rasul Melayu pun tak puasa," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Abdul Kahar, 59, berjaya ditangkap setelah usaha memburunya dilakukan sejak Isnin lalu berdasarkan maklumat orang awam.