Search This Blog

Followers

Sunday, November 1, 2009

Kereta Baru Kereta Lama

Kereta baru untuk rakyat

Apa jadi dengan kereta lama

Mulai 1 januari tahun depan semua kenderaan penumpang berusia 15 tahun diwajib membuat pemeriksaan tahunan di Puspakom sebagai syarat memperbarui cukai jalan.Ini antara 18 langkap baru yang diperkenalkan dalam kajian semula Dasar Automatif Nasional (NAP) bagi meningkatkan daya saing industri automatif tEmpatan serta menawarkan kenderaan lebih selamat,mesra alam dan berteknologi tinggi untuk rakyat.

Kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustafa Mohamed,"keperluan pemeriksaan mandatori itu adalah langkak awal ke arah perlaksanaan sepenuhnya Dasar Tempoh Jangka Hayat kenderaan (ELV).



Kereta lama rakyat masih boleh guna

Kini terdapat 2.7 juta kenderaan penumpang berusia lebih 10 tahun di jalan raya negara kita.Malaysia memiliki kadar pelupusan kenderaan lama yang rendah dan purata usia yang tinggi jika dibanding dengan negara lain.Tapi buat masa ini kerajaan membuat keputusan bahwa kenderaan yang berusia lebih 15 tahun wajip melakukan pemeriksaan bagi memastikan selamat dan boleh diguna.

Apa kata rakyat yang guna kereta lama


Rakyat masih lagi ramai yang tak mampu nak pakai kereta baru,itu pun nasib baik boleh beli kereta lama.Lagi pun pendapatan rakyat ada lagi $750 sebulan dan ramai bawah $2000.Kata orang ukur baju dibadang sendiri.Lagi pun pakai kereta lama tak payah fikir hutang.Tidur malam pun lena,tak rusing bank nak tarik.Lagi pun kereta baru kena bayar bulan-bulan, tak bayar 3 bulan bank akan hantar penarik kereta yang ganas-ganas nak balik kereta dia punya.


Macam kerajaan cadang tu bagus,kereta lama kena hantar Puspakom.Tapi ingat bukan hantar free,sebelum hantar kena baiki.Kereta lama kalau nak baiki macam baru 10,000 ringgit tak cukup dan sudah pasti susah nak lulus.Lagi insurans kereta pun mahal dan cukai jalan lagi kena bayar juga.


Pengguna kereta lama sebenarnya untuk perjalanan dekat saja kalau nak pegi jauh dia orang naik kenderaan awan,tak payah bayar tol.Dari sudut keselamatan pula pemandu kenderaan lama tak pandu laju macam orang tua takkan nak lari kuat nanti sesak nafas.Kalau ikutkan kemalangan maut sekarang yang terlibat adalah kebanyakkan kereta-kereta baru.Manakala yang rosak kelihatan kerap ditunda adalah kereta baru juga.


Seeloknya ikut macam biasa sekarang ni,tak payah Puspakom,kita ada Polis ada JPJ jumpa kereta atas jalan yang tak ikut peraturan contoh seperti lampu tak nyala sebelah,tayar botak....saman je,tak kira kereta baru kereta lama.


Rakyat berharap kerajaan dapat mencari jalan yang lebih sesuai khususnya bagi pemilik kenderaan lama yang kurang berkemampuan

Apa kata pengusaha kereta lama tentang syarat NAP

Kebanyakan pemilik kereta dan pengusaha kenderaan terpakai kecewa dengan peraturan baru Dasar Automotif Nasional (NAP) yang mewajibkan kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun menjalani pemeriksaan tahunan di Puspakom sebelum memperbaharui cukai jalan.
Peraturan itu, yang dianggar membabitkan kira-kira sejuta kenderaan penumpang.

Mereka berpendapat peraturan baru itu, yang berkuatkuasa 1 Januari depan, akan membebankan golongan kurang berkemampuan serta menjejaskan industri jualan kereta
terpakai di negara ini

Apa padangan anda?

..................................................................................................................................................................................................................


Kemaskini 6 Nov,09,

Kerajaan Tarik Balik Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah bersetuju supaya pengenalan Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan ditarik balik setelah mengambil kira pandangan rakyat dan selaras dengan konsep rakyat didahulukan.

MITI, pada 28 Oktober, telah mengumumkan Dasar Automotif Nasional (NAP) termasuk Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan yang memperkenalkan pemeriksaan mandatori tahunan sebagai keperluan pembaharuan cukai jalan untuk kenderaan berusia 15 tahun dan ke atas. BERNAMA


50 comments:

mail lambong said...

Ini namanya rakyat didahulukan pencapaian diutamakkan..


Tahniah UMNO..langkah yang bijak dan bernas..biar penyokong BN tahu bahawa pemimpin UMNO sangat-sangat prihatin dan memahami masalah rakyat.Fikiran Pemimpin UMNO bersama susah senang rakyat.


kepada menteri yang buat idea yang sangat-sangat menarik tue kena pastikan puspakom mampu memberi servis yang terbaik agar tidak berlaku kesesakkan semasa pemeriksaan..jika tidak pasti menyusahkan banyak pihak..

Syabas kerajaan..sebelum berbangga dengan pujian ini kaji dan cari penyelesaian sekiranya berlaku masalah seperti berikut.

1)pasti banyak isu roadtax terbang
2)rasuah puspakom
3)kereta yang tak beroadtax akan makin bertambah..polis pun sendiri mau ingat laa..

saya menyarankan lepas nie wajibkan motorsikal berusia lebih 5 tahun menjalani pemeriksaan tahunan di Puspakom sebelum memperbaharui cukai jalan/insuren..gerenti kemalangan sifar..

tolong yaa..nurimo.. sampaikan idea saya nie pada menteri UMNO.. maklum laa hanya duduk dalam UMNO sahaja layak menegur..kalau luar UMNO dikatakan tidak bersyukur..

cucu_tokwan said...

NAJIB DAN MENTERI BERKAITAN PERLU KAJI MASALAH KEPADA RAKYAT. MANA SLOGAN 'RAKYAT DIDAHULUKAN' (INI NAMPAKNYA SYARIKAT DIDAHULUKAN) NANTI PRU13 KITA GUNA SLOGAN 'PEMBANGKANG DIUTAMAKAN'. BARU PADAN MUKA BN

Cik Cookie said...

pakai PERODUA
erkk...tu pun keta malaysia gak.

Unknown said...

Insyaallah konsep 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan bukan sekadar slogan.

Guru said...

assalammualaikum

nak ikut stail Singapore kut...
x nampak kereta lama atas jalanrayanya...

Sohra Rusdi said...

hidup sultan dan perdana meneteri

Dak Wan® said...

Tak Jelas laaa........ klu lupuskan kereta dapat berapa RM? Time tu rege keter berapa RM? Klu Merc jd RM 150k, Berapa rege Proton?

tinta kasturi said...

mengambil duit rakyat bertopengkan menjaga keselamatan

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

masing ade pro ade kon.. jadi setiap orang kene bijak menilai kwajaran paraturan baru nie..

Anonymous said...

SALAM TUAN YG EMPUNYA BLOG..ISU YG DI KETENGAHKAN KALI NI AGAK MENARIK JUGA. PENDAPAT SAYA BIARLAH ISU INI BTUL2 MENJADI ISU MENANG-MENANG.

FIKIRKAN GOLONGAN YG SUDAH BERKELURGA DAN BERPENDAPATAN RENDAH TAPI INGIN MEMILIKI KENDERAAN YG LASAK DAN TAHAN LAMA (WLUPUN KENDERAAN 'SECONDHAND') SEMATA2 UTK MENGHANTAR ANAK KE SEKOLAH HINGGA KE PERINGKAT TINGGI

FIKIRKAN SEJENAK :-)

Unknown said...

ramai yang memang tak setuju pun...dia orang yang buat dasar sebenarnya yang bodoh...yang PM pun satu..sebelum nak bentangkan baca dulu kat umah dan kalau ada yang tak sedapkan hati rakyat uabah kembali..ni tau baca kat parlimen jer...pastu diluluskan... sakit hati gak aku ni...Yang kesian kat oarang kampung la..mana nak mampu beli keta baru..lain la kalau gaji minimun RM2000 ker...boleh la nak tiru singapore pun...
Yang membuat dasar tu memang otak kartun sebenarnya...marah ni...

Unknown said...

Sabar semua,dia akan jadi isu macam tali keledar belakang hari tu.

Tapi cara ni memang tak betul,menyusahkan rakyat.Sekarang ni rakyat mula menaruh kepercayyan kepada umno kembali,masalah Mustafa Mamat buat hal pula....masalah nak sain nak keluar fatwa tu Puspakom fikir dulu kesan kepada rakyat.

Sabar kereta lama akan lupus dengan sendiri bagi masa 10 tahun lagi.Rakyat nak tidur tanpa hutang kereta sikit pun tak boleh.

Kalau nak beli kereta baru yang menorek getah mana ada slip gaji...

Na'im Nikmat said...

Menjawab apa yang dikatakan bahawa ana memutar belit fakta. Ana berkata apabila UMNO mula mendapat sokongan daripada kaum Cina&India daripada MCA&MIC PAS telah dianak tirikan.Ana tidak kata apabila MCA&MIC masuk BN.Tolong jangan putar belit fakta ya akhi..

Na'im Nikmat said...

Tak dapat dibezakanker Masuk BN dan dapat sokongan ya akhi?Atau xdapat dibezakanker kurang sokongan dan sokongan bertambah?

Na'im Nikmat said...

Setelah UMNO mendapat sokongan kaum cina (MCA) dan india (MIC) dan golongan Melayu yang kurang kesedaran Agama, PAS dilayan bagai anjing kurap,segala teguran hanya dipandang sebelah mata.Dengan sebab itu PAS telah membuat keputusan tiada lagi kerjasama dengan UMNO yang hanya berjanji kosong serta melakukan perkara2 mungkar...

itu kata ana kenapa nak putar belit fakta?

Unknown said...

Ana masa Pas dengan Umno kahwin dulu ana belum dilahirkan lagi.

Jadi ana dan mungkin empunya blog pun sama merujuk merujuk kepada http://umnobukitjelutong.blogspot.com
yang di tulis oleh Yang Berbahagia Tuan Zainal.

Kami juga merujuk kepada orang yang berada ketika itu,memang fakta Tuan Zainal betul dan tidak dibelitkan sebagaimana mana tomahan anta.

Kalau benar kata anta,sila ke web blog tersebut jelaskan kepada empunya blog tersebut.Saya percaya empunya blog akan menjelaskan kepada tuan .Ana akan merujuk dari sana.

ahmad said...

Saya sungguh tak bersetuju dgn peraturan baru Dasar Automotif Nasional (NAP) ni , saya ni gaji kecil tinggal dan kerja di Shah Alam, selepas bayar ansuran rumah dan tolak belanja bulanan, berapa sangat la RM yang tinggal , pernah juga cuba buat MLM ( direct selling ) untuk tampung kos sara hidup yg kian meningkat , tetapi MLM pun tipu org, suruh melabur, tak dpt downline baru, income tadke, jadi balik semula ke pendapatan asal.

Saya cume ada sebuah kereta Proton Saga lama yang berusia 21thn pada tahun ini. Tetapi kereta saya tip-top, tidak ada sedikit pun masalah, enjin semua dijaga dgn rapi, traffic jem 1 jam lebih pun, temperature tak naik sampai setengah, steady jer, aircond sejuk, suspension semua ok, jalan jauh pusing 1 malaysia pun boleh, kenapa pula nak di puspakom setiap tahun, dah la insurance mahal, saya geram pada si bahalol yang mengemukakan idea ini, kalau 5thn sekali puspakom tak apa , ini setiap tahun, lama kelamaan owner kereta lama mesti fedup dan trade in untuk scrap kereta lama mereka dan ambil kereta baru, dan seterusnya 9thn berhutang lagi, kalau anak ramai, income kecil tak mampu nak beli kereta baru , kena la naik bas, lrt, nak gi pasar mlm pun kena naik teksi kot , kepada si blacklist gerentor org tak bayar hutang ke, masalah kad kredit tak bayar ke, jangan harap lah bank nak luluskan pinjaman utk beli kereta baru, jalan terakhir naik pengangkutan awam atau beli motor utang dgn kedai moto tu je.

Saya adalah rakyat biasa yang berpendapatan rendah, jadi kerajaan kena lah perihatin kepada org seperti kami.

Jika kerajaan terus meneruskan peraturan baru Dasar Automotif Nasional (NAP). Saya berikrar akan keluar dari ahli UMNO dan seluruh keturunan saya tidak akan meyokong BN lagi, Saya tekad melakukannya.

:: eyeNa :: said...

wah ramai yg dah komen ni.. haa

kesimpulannya kalau free ok jer kot..

Unknown said...

eyena,

Kalau Pupaskom bagi free pun,kereta lama nak masuk test kena baiki dulu,pendek kata kalau baiki kereta buruk 5,000 tak cukup.

Tahu saja kalau gi Pupaskom ,sekali tak lulus ,dua kali tak lulus ,rakyat naik angin hantar kedai besi buruk kereta.

Baut cara macam ni rakyat tak kerja buat dok ulang gi Puspakom.

Jadi tercapai hasrat kerajaan nak hapus kereta buruk.Itu tektik yang digunakan dengan cara "MENYUSAHKAN RAKYAT".

Rakyat yang tak mampu nak beli kereta baru pun mengambil pilihan bertukar angin kepada pembangkang.

Tak boleh lagi nak buat macam Singapura,rakyat kita ramai susah lagi.Fikirlah sikit Menteri.

Menteri tak mengapa,sebab naik kereta kerajaan,semua free jalan pun dengan trafic escort sampai nak langgar rakyat silap2 haribulan.

Maaf hot sikit,saya masuk kedai kopi tak cerita lain sekarang,hal kereta buruk.

Na'im Nikmat said...

Salam akhi Amirul biarlah ana memberi contoh yang seakan sama dengan apa yang ana maksudkan.Ketua Cawangan UMNO Bukit Jelutong mungkin keliru ataupun buat2 tidak tahu biar ana terangkan.Situasi apa yang ana nyatakan sebenarnya mirip dengan apa yang terjadi kepada BN Perak.Pada PRU yang ke-12 BN Perak telah kehilangan banyak kerusi bukan Melayu yakni kerusi MCA&MIC kerana rata2 penyokong mereka menyokong Pakatan Rakyat yakni PAS,PKR&DAP. MCA&MIC kalah teruk apabila boleh dikatakan kesemua calon2 MCA&MIC kalah di DUN masing.Akibatnya BN kalah dan terpaksa menjadi Pembangkang di Perak.Didalam tempoh peralihan kuasa di Perak,UMNO telah merayu kepada Pemimpin2 PAS yang berjaya memenangi kerusi DUN supaya bergabung dengan UMNO.Untuk pengetahuan saudara Amirul begenilah situasi selepas peristiwa 13 MEI yang melihat UMNO kehilangan byk kerusi.Tapi PAS sudah belajar daripada kesilapannya mempercayai UMNO dahulu kini PAS sudah muak dengan janji kosong UMNO yang ingin mermatabatkan ISLAM kerana itu semua cuma omongan kosong.Tanyalah kepada Ketua Cawangan UMNO B.Jelutong sendiri jika ana memutar belit fakta. Yang demikian jika tidak dengan penyataan ana janganlah dituduh ana ini penipu wahai saudaraku Amirul.Kita berpegang kepada FAKTA.
Lihatlah di Perak apabila PAS tidak bersetuju maka UMNO melakukan cara kotor untuk menjadi kerajaan.Mereka mencabul undang2 di Perak.Kini MB haram yakni Zamry menjadi MB di Perak tetapi rakyat Perak tidak pernah redha akan semua ini.......Itulah lumrahnya UMNO........

Na'im Nikmat said...

Cukuplah kita semua sudah jelas kerosakan yng UMNO/BN lakukan.Yang menjadi mangsanya kita semua rakyat Malaysia.Slogan 1Malaysia,Rakyat didahulukan hanya RETORIK,sedarlah wahai saudara2ku

Unknown said...

PAS FOR ALL ,adalah semata-mata RETORIK untuk pecahkan umat islam Melayu.

Saya tak mahu dengar yang pas kahwin umno yang diputar belik untuk memening kepala saja.Saya fikir hari depan bukan undur kebelakang.

Andainya tuan tidak puas kenapa takut bagi penjelasan di
http://umnobukitjelutong.blogspot.com

Kalau jujur jelaslah kepada ketua cawangan Umno Bkt.Jelutong tu.

Yang penting bangsa ku bersatu demi Islam.

Soal kereta buruk itu yang hendak dibincangkan disini.Tuan Naim setuju ko..cadangan anak buah 1Malaysia.

Ana ingin melihat adakah pemerintah mendengar suara rakyat,sebelum ana berfikir dua kali.

Briged Akhdor LR2 said...

melayu tak semestinya bersatu dalam umno...... yg jelas mengamalkan rasuah dan byk menyebabkan org melayu yg masih tertindas dan miskin setelah 52 tahun memerintah..bagi saya melayu msti berani berubah spy negara kita bersih dari rasuah ,kronisma lihatlah hadiah satu malaysia akta auomotif negara mnyusahkan rakyat dan hidup aku yg guna kereta lama...kezaliman umno di perak tidak dpt dimaafkan ..melayu tak kan ke mana jika tidak martabatkan islam ..ape ker kite tak nampak hasil pemerintahan umno yg byk mmbazirkan wang rakyat..yang kaya makin kaya dan yang miskin makin merana ..inilah dasar kapitalis yg digunapakai umno..klu ader masa blh ler kita berdiskusi lg dh ngantuk nie...bukan nk kutuk kerajaan cuma nak beri nasihat n pendapat jer..harap maaf jika terkasar bahasa yer

Nida n' Hanafi said...

Salam:

Disebabkan saya belum lagi pernah mempunyai kereta atas nama saya + tak pernah gi servis kereta sendiri .. so tak berapa mahir nak komen entri kali ini.. :-)

Apa2pun think rational dalam apa2hal baik kerajaan mahupun rakyat..

Unknown said...

2 hari lepas aku nak baru cukai jalan kereta bapak aku yang berusia 22 tahun.

Aku pergi untuk dapat insurance tempat ayah aku perbarui setiap tahun sejak 12 tahun dulu,bagi membolehkan aku dapat bayar roodtax.

Malang syarikat insurance kata"maaf che kita tak terima lagi kereta lebih umur,hanta setakat 15 tahun sahaja.Sungguhnya kecewa ayah aku dah jadi pelanggan tetapnya sudah 12 tahun.

Jadi aku pergi pejabat pos pula,bila tujuk geran kereta,"maaf che kita terima kereta setakat usia 20 tahun sahaja".

Aku pergi lagi cari syarikat insuran lain,lalu aku pergi jumpa kerani dia,bila dia tengok geran kereta aku,boleh bayar tapi syaray kena ambil insuran life dulu,baru boleh terima.

Lalu aku merayap lagi,jumpa lah aku agen insuran,lalu aku masuk dan tanya boleh buat tapi mahal sikit,katanya kepada aku boleh lagi kereni mini cooper dan vosvagaen belum tahun 1970,boleh bayar lagi,tanpi sentegah syarikat insuran je terima.Katanya kepada kerajaan nak kerat dah kereta lama sebab tu dia buat macam ni.

Tapi tahun depan kuat kuasa madotori kereta lebih 15 tahun,pasti masalah banyak kat Pupaskom.

Hari ni saja aku kena ambil cuti untuk bayar cukai jalan,dan habis $40,00 minyak kereta pusing cari syarikat insurance yang terima kereta lebih 20 tahun.

Memang kerajan menyusahkan rakyat lagi,ketika rakyat menaruh harapan kembali kepada Umno.Rasanya aku mempertibangkan untuk lari masuk parti lain.Aku banyak tolong kempen ke Umno,tapi ini yang dibalas kepada rakyat.

Rakyat kecewa.

Anonymous said...

Amirul,

Kerajaan pakat dengan syarikat insurance supaya tak terima rakyat nak beli polisi untuk kereta lama.Bila tak boleh bayar insurancae,rood tax tak boleh bayar.

Tahun depan nak buat test Pupaskom pula kereta lama pula.

Saya percaya Umno akan kehilangan 2 juta pengundi umno kalau ikut jumlah pemilik kereta lama.Kalau 2 juta campur dengan anak bini sahabat handai mungkin mencecah 10 juta kalau kira berdasarkan isi rumah.

Umno tak da korja cari pasal,kalau niaya rakyat aku pun akan bye..bye umno.Menyensal tolong kempen ke Umno.Kalau tahu spesis nak menyusah rakyat.

Bodoh...rakyat mula tetarik dengan umno,buat NAP pula sebelum rakyat kaya.Jadi lari lah pengikutnya.

Na'im Nikmat said...

Sedarlah akhi Amirul Pakatan Rakyat yang mampu mengubah Malaysia.Anta sendiri telah merasanya bayangkan orang2 miskin yang menanggung anak yang ramai pula bagaimana?Dimana slogan 1malaysia Rakyat Didahulukan.Harap akhi Amirul dapat melihat anak bangsa kita dikemudian hari.Yang penting diman letaknya Islam jika kita masih menyokong UMNO/BN.....

Na'im Nikmat said...

Lihatlah Budjet Kapitalis UMNO/BN yang memerah wang rakyat sesuka hati....

Unknown said...

Salam ya akhir,

Pakatan rakyat indah pada nama je,sebenar pakat pada nama tapi selalu bergolak.Lagi pun dalam Pas sendiri perbagai puak.

Ana cuma tak bersetuju dengan dasar NAP,dasar meneggakan Islam melalui parti pemerintah tetap ana teruskan.

Ana tak jelas duduk dalam pakatan bersama kafir boleh teggaKkan Islam.
2 bulan lepas ulama Yb Hasan Ali dibangkang kerana nak teggak islam oleh sahabat kafir.Anta patut suruh kafir jangan campur tangan hal elwa islam dulu,bagi warning kalau berani.Tanya setujukah DAP ,PAS nak buat hudup.

Sebelum anta terlebih cakap.

Na'im Nikmat said...

Ana tidak hairan jika DAP mahupun MIC atau MCA tidak mahukan HUDUD tapi ana haiarn mengapa UMNO yang majoriti ahlinya beragama Islam seperti ana tidak mahukan HUDUD.Boleh akhi Amirul jawab sekarang? Untuk pengetahuan akhi Amirul ALLAH bukan turunkan perintah untuk kita ummat Islam supaya Solat,Puasa dan Zakat sahaja ALLAH S.W.T turut memerintahkan kita melaksanakan Undang2 Islam yakni Hudud.PAS Kelantan telah mengemukakan Draf untuk pelaksanaan HUDUD.Realitinya Kerajaan Pusat yang dipegang UMNO/BN yang tidak mahu meluluskannya.Ana nak tanya siapa yang menolak Hudud sekarang.Hudud didalam Islam mengecualikan orang2 kafir mereka tidak tertakluk dalam hukum Hudud kecuali mereka memilihnya.Jadi apa masalah UMNO tidak mahu HUDUD?????

Anonymous said...

Anta,jadi orang DAP curi tak kena potong tangan ke?Orang Pas dan umno curi potong tangan.

macam tu ke?

Tak faham kena tanya,Tetang hudup saya percaya tuan punya blog

http://umnobukitjelutong.blogspot.com

boleh jelas,tuan nak tanya tentang hudup, empunya kemungkinan besar boleh jawab,saya akan merujuk dari sana.Dan sudah pasti tuan akan bertemu buku dengan ruas.Jangan ingat tuan seorang je lebai,orang lain jahil.

Jangan takbur ya akhir.....

Nurimo said...

PERATURAN WAJIB KENDERAAN BERUSIA LEBIH 15 TAHUN DIKAJI SEMULA OLEH KERAJAAN RAKYAT SETELAH MENDAPAT RAMAI RUGUNTAN RAKYAT.

"RAKYAT DIDAHULUKAN"

Kata TPM Tan Sri Muhyiddin -Petikan akbar BH 6/11/09

"Kita sebagai kerajaan yang bersikap terbuka,mahu mereka(orang ramai)kemukakan kes kenapa mereka rasa susah sangat untuk syarat itu dilaksanakan,beban apa yang timbul.

"Kita akan dengar...kalau ada asa tertentu sama ada untuk buat pengeculian,itu kita kena teliti .....saya percaya kalau kumpulan ini ada sebab kukuh tidak puas hati,mereka boleh kemukakan."

Cinta Allah said...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t

"Ya Allah, baguskanlah agamaku yang menjadi punca segala urusanku, baguskanlah pula duniaku yang menjadi tempat kehidupanku dan baguskanlah akhiratku yang menjadi tempat kembaliku nanti. Jadikanlah hidup itu sebagai bekalan segala kebaikan serta jadikanlah mati itu sebagai penghapus segala keburukan bagiku"

Kenyataan ni ana bce dlm blog http://kelantan.pas.org.my

Hmm..sekadar perkongsian..

“Sejak bila Umno tidak hina Islam.” Ia berbunyi seperti berikut:
i) Ucapan Dato’ Rais Yatim di Hotel Equatorial, Bangi semasa merasmikan seminar Inter Faith Commission (IFC) antara lain menyatakan (dalam bahasa Inggeris) yang terjemahannya:

“(Dalam masyarakat majmuk) tiada orang yang boleh mendakwa bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengenepikan agama-agama lain kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip persamaan (agama) dan prinsip kemanusiaan.”

Ucapan Rais Yatim ini telah diterbitkan di dalam Infoline Majlis Peguam.

ii) Dato’ Nazri Aziz pernah secara terang-terang di satu forum anjuran Majlis Peguam berkata Umno terpaksa menggunakan Islam kerana jika parti itu tidak berbuat demikian ia akan hilang undi kepada PAS.

Buat Rais Yatim dan orang-orang yang berfikiran seperti beliau, saya ingin bertanyakan begini. Dimana nak diletakkan pengesahan Allah S.W.T tentang taraf ugama islam melalui Ayat yang bermaksud:

“Sesungguhnya Deen (agama) yang diredhai Allah hanyalah Islam? Inna deen na in dallah hil Islam? (Sebahagian Ayat 19: Surah Ali’Imran).

Inikah caranya seorang pemimpin Islam membuat kenyataan? Dengan kata-kata seperti ini, syahadah kita yang bermaksud “tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah” akan menjadi satu lafaz kosong. Ia bo;eh menukarkan “Asyhadu” ; langsung tidak berfungsi. Sepatutnya secara pengertiannya yang bergerak, dia(Asyhadu itu) memberi erti bahawa kita yakin sampai sanggup menjadi saksi. Perihal seriusnya kalimat syahadah ini sampai ia tidak boleh diwakili kepada orang lain untuk dilafaz."

Mungkin antum boleh tny tuan pny blog ni sebab antum lbih percayakn mrk kn..http://umnobukitjelutong.blogspot.com

doa Nabi Allah Ibrahim a.s. yang berbunyi, “ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” (Surah Ibrahim : Ayat 41).

Ayuh,perbaharui iman..=)

"Islam di dahulukan
Al-Quran diutamakan"
Guna konsep Allah ni dahulu barulah gu konsep manusia..

"Tiada penakluk yg berkuasa melainkan Allah"

Wallahualam..

Unknown said...

Salam ana pun cinta Allah juga bukan antun seorang yang kenal Allah.

Pemimpin Pas LEBIH TERUK LAGI,

Mencarut dijadikan adat.

Tuduh orang islam umno spt Ayah pin,kominis,tak apa pula.

Memecahkan umat islam tak kisah pula.

Jangan antum dok nampak kuman seberang laut,Gajah depan mata tak nampak.

Sayang sungguh antun terpelajar,tapi masuk jerat pas.Jangan risau antun ,ana boleh bimbing lagi antun tu bukan peringkat berat lagi,cuma orang kata peringkat tak kenang budi.Kerajan bagi berlajar,lawan tauke.

Maaf ya,
Harap2 antun dapat berfikir.....islam bukan untuk pas saja ,biar faham.

Ana ajak bergabuang tak mahu,bergabung dengan puak kafir yang menetang pemerintah,boleh pula.emmmmm....

.::Cik Dara@Encik Teruna::. said...

tak mau..Cik Dara suka kete baru..kete lama tk syok..Cik Dara kan org muda...Ahakkss..

Shahrin Zaidy Ahmad said...

betul tu cik dara ketga baru lg best.. tp sye tak cukup duit nak beli kete baru... sye tak nak le mahal2 evo 10 sebijik cukup la,,, heheh

Cinta Allah said...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t

"Ya Allah, baguskanlah agamaku yang menjadi punca segala urusanku, baguskanlah pula duniaku yang menjadi tempat kehidupanku dan baguskanlah akhiratku yang menjadi tempat kembaliku nanti. Jadikanlah hidup itu sebagai bekalan segala kebaikan serta jadikanlah mati itu sebagai penghapus segala keburukan bagiku"

Maaf,andai ntum terasa..mmg kebenaran itu sesuatu yg memahitkan..
Mgkin ntum tersalah faham dgn niat ana yg mgunakan name 'Cinta Allah"..niat dihati ini semoga setiap kali ntum membacanya itu adlah suatu doa buat ntum..
cukuplah Allah yg memandu diri ini dlm mencari nilai erti hidup sebenar..
"Wahai org2 yg beriman! Taatilah Allah dan taatilah rasul(Muhammad),dan *ulil amri (pemegang kekuasaan) di antara kamu." Surah an-Nisa':59..
*selama ulil amri berpegang pd Kitab Allah dan Sunnah Rasul..
Setiap sesuatu perbuatan itu haruslah didasari al-quran,dan ilmu..Apakah yg dmksudkn dgn berpegang pd Kitab Allah n sunnah rasul???
Rezki,nasib,hidup n mati kita ditentukan oleh Allah..Allah yg berkuasa ats segalanya..Mana mgkin ana mendahului pemerintah(manusia) berbnding Allah..Nauzubillah..
harap nta faham..

Berkenaan kerjasama dgn org non-muslim iaitu TAHALUF SIYASI mgkin ntum boleh rujuk pd blog ini..http://ahmadfadhli.wordpress.com/2008/06/19/tahaluf-siyasi-dalam-konteks-perjuangan-pas-di-malaysia-pasca-pru-12-serta-pandangan-golongan-ulama-haraki-mengenainya-draf-awal/..

"Tiada Penakluk yg Berkuasa Melainkan Allah"

"One Allah One Community"

Maaf atas sgala kekhilafan..
Wallahualam..

Na'im Nikmat said...

Salam akhi Amirul,
Alhamdulillah saudara Amirul mahu juga mendalami ilmu islam.Sebagai ummat Islam yang mengucap Dua Kalimah Syahadah sejak azali lagi kita sudah tertakluk kepada undang2 Islam. ALLAH mewajibkan Hudud, Qishosh, Takzir, Mukhalafat terhadap ummat Islam. Bagi kaum kafir pula terdapat dua ketegori yakni:
1.Kafir Dzimmi yakni yang tinggal kekal dlm agamanya(Kafir)tetapi rela tunduk dan patuh kepada pemerintah.
2.Al-Mustakim yakni warganegara asing yng dibenarkan tinggal dinegara Islam secara aman bg tempoh tertentu.Masing2 golongan ini mempunyai hak2 dan tanggungjawab tertentu terhadap negara Islam.
Mereka mendapat Hak Perlindungan yakni Hak menikmati perlindungan keselamatan oleh negara islam &masyarakat islam dr serangan musuh luar&dlm negara.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W:
'Barangsiapa menzalimi orang-orang dzimmi atau mengurangkan haknya atau membebankannya diluar kemampuannya atau mengambil sesuatu tanpa relanya maka aku akan berhajat dengannya pada hari kiamat'

Rasulullah bersabda lagi:
'Sesiapa yang menyakiti orang-orang dzimmi bererti dia menyakitiku dan sesiapa menyakitiku dai adalah menyakiti ALLAH.'

Demikian Kehakiman Islam bertujuan untuk melaksanakan hukum2 Islam dan tidak dituntut kepada bukan islam untuk menghukum dengan perkara2 yang tidak diimani oleh org2 bukan Islam.Begitu juga urusan harta Zakat dan sebagainya yang bersangkutan jawatan2 keagamaan.

Firman ALLAH S.W.T:
'Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.'
(Al-Maaidah :8)

Islam itu agama yang adil dan sangat Saksama ya akhi

Daddyaeman said...

SAlam ya ukhti:

Sudah-sudah le tu bertelingkah atas nama siapa yang lebih kenal Allah.. siapa yang lebih mendalami Islam.. kerana perkara tu semua tersirat, hanya Allah yang lebih berhak adili bukan antum semua... naik muak tengok masing2 menuding siapa yang tak laksanakan Islam, siapa yang pandai mengucap, siapa yang salah, siapa yang tak adil..bla..bla..bla.....

Beginilah wahai antum2 semua... cuba alihkah tajuk perbincangan bagaimana umat Islam nak menakluk Israel ke, bagaimana nak cipta senjata nuklear untuk hapuskan zionis ke..atau senjata perang yang sophisticated ke????

Atau bagaimana nak buat senjata biologi nak serang Amerika dengan sekutunya ke, atau bagaimana nak bangunkan teknologi agar negara dunia tabik kat orang Islam ke.. kan bagus dari duk tuduh menuduh.. meluat ana tengok...

Ini tidak? Tak kemana le antum2 semua kalau ginilah lagunya, sampai bilalah org luar sana duk bertepuk tangan melihat umat Islam duk berbalah je.. Jadikan Iraq sebagai contoh, menganut agama yang sama, tapi duk berpecah.. Antum2 ni semua tak belajar dari apa yang berlaku ler.

Maaflah kalau terkasar, tapi terus terang ana katakan ana menyampah tengok antum2 ni duk menghentam sama sendiri.. Cubalah bukakan minda sikit, fikir kemajuan umat Islam.. bangunkan teknologi untuk buat negara2 kafir tu respect pada kita... dunia semakin beredar, sampai bila kita begini??????

p/s: nama je belajar tinggi, tapi kalau bakat dan kepandaian tak disalurkan untuk kemajuan umat Islam, baik jadi macam katak bawah tempurung, duk terperap dalam tempurung tu sampai bila2. Tapi katak tu lg bagus dari antum2 semua sebab ia tak menyusahkan orang dari antum2 ni dahlah sumbangan pada umat Islam ciput je... cakap lebih banyak dari tindakan.. Ana ni sekadar nasihat...bukan marah, tegur tanda sayang pada bangsa ana. Sebelum nasi jadi bubur, baik perbetulkan...

Cinta Allah said...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t

"Ya Allah, baguskanlah agamaku yang menjadi punca segala urusanku, baguskanlah pula duniaku yang menjadi tempat kehidupanku dan baguskanlah akhiratku yang menjadi tempat kembaliku nanti. Jadikanlah hidup itu sebagai bekalan segala kebaikan serta jadikanlah mati itu sebagai penghapus segala keburukan bagiku"

Syukran jazilan kathira atas setiap teguran..
Ana x pernah terfikir pun ini adlah perbalahan..
Setiap org itu adlh ap yg difikirkannya..
mmg ana sedar terllu sedikit sumbngn diri ini pd Islam..
Ana juga adlh insan yg lemah lg hina..
ana x thu sejauh mana nta mengenali diri ana,ap yg ana sumbgkan..
Cukuplah ana katakn hnya utk menyampaikan..

Hadis Qudsi,hadis 52:
"Sesungguhnya Aku dgn jin dan manusia dlm suatu berita besar(Hari Kiamat). Aku yg mencipta,ttp mengpa org lain yg disembah? Aku yg memberi rezeki,mgpa pula org lain yg disyukuri."
(Riwayat Baihaqi)

Pendapat Peribadi ana..
Org Kafir tlh berjya keats umt Islam apabila umat Islam sudah x m'amlkn cara hidup Islam,tunduk pd hukum manusia,m'agungkn budaya barat,hedonisme..Ini adlah peperangn PEMIKIRAN..
Maka harus kt ttg dgn PEMIKIRAN juga..Bangkitkn kmbali ketamadunan ISLAM..
Ana hnya menyampaikn..yg lain2 itu trpulg pd ntum utk menerima atau x..
Ana hanya seorang HAMBA..
Maaf ats segala kekhilafan..

"Tiada Penakluk Berkuasa Melainkan Allah"

"One Allah One Community"

Wallahualam..

Na'im Nikmat said...

Benar ya akhi,hanya kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah Islam akan Gemilang dan Cemerlang.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W
(antara Isi Khutbah terakhir Rasulullah SAW)

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Adakah niat ana untuk mengajak saudara2 ana untuk kembali mendukung Al-Quran dan As-Sunnah dikatakan memecah-belah masyarakat?

Apa perjuangan Akhi Seluang untuk Islam jika bukan untuk menegakkan Al-Quran dan As-Sunnah?

Sudah terang2 UMNO yang menghalang tertegaknya Undang2 Islam DiMalaysia jadi seharus kemudaratan ini kita perbetulkan dengan menolak UMNO habis-habisan kerana UMNO membawa kemudaratan kepada tertegaknya Syiar Islam.

mail lambong said...

kenapa perlu membantah pasal isu NAP

baru ahli UMNO tahu..betapa kejamnya UMNO..itupun tengah goyang..kalau tengah kuat jangan harap nak pertimbangkan suara rakyat..suara menteri adalah dasar dan undang-undang malaysia.

jangan lawan menteri UMNO..UMNO tu pembela melayu..

nak kaji berapa lama...dah tahu menyusahkan rakyat nak kaji apa lagi..nampaknya kata-kata TPM nak kaji tu hanya penyedap mulut sahaja..percaya lah..

cukup lah nenek moyang kita kena tipu ngan perompak-perompak.. jangan lah bagi anak cucu kita terhimpit dengan tekanan ekonomi yang menyusahkan hanya kerana ingin membela golongan perompak tertentu..

Nurimo said...

Salam faizal ,

TPM takkan nak kata batal terus,dia kena jaga budak2(MB) dia yang yang melatah tu.Faham sendirilah sah tak jadi tahun depan.

NAP ni bagus tapi kena buat selepas 10 tahun lagi,atau 2020.

Kes NAP ni ,kita faham bahawa suara rakyat didegari.Tengok ahli Umno Koplem dah ambil perhatian.Sebab tu kita perlu berjuang dari dalam kerajaan.

Pas berjuang dari luar macam anjing salak bukit.Bukit tak runtuh BULAN yang runtuh.

Ingat faizal NAP dasar kerajaan.Perjuangan agama lain.Tidak semestinya tak setuju NAP,lalu rakyat naik ke Bulan.

Na'im Nikmat said...

1.UMNO menghalalkan Riba dan mengubah istilah Riba kepada “interest”, faedah dan bunga namun hakikatnya Riba tetap Riba dan tetap Haram.

2.ALLAH mewajibkan Hudud, Qishosh, Takzir, Mukhalafat namun UMNO tidak mahu melaksanakan Hudud, Qishosh, Takzir, Mukhalafat malah mereka menggantikannya dengan hukuman kufur yang diasaskan oleh Lord Reid seorang kufar.Golongan Non-Muslim dikelirukan dan ditakut-takutkan dengan HUDUD padahal hukuman HUDUD tidak tertakluk kepada Non-Muslim.

3.ISLAM ialah agama yang Syumul namun UMNO mahukan Islam acuan mereka maka Islam ditambah menjadi Islam Hadhari bagi mengelirukan ummat Islam(Era Pak Lah) dan kini ulama' mereka diarah mengeluarkan Fatwa bagi kepentingan mereka tapi bukan untuk kepentingan Islam.

4.UMNO menghalalkan Pusat Judi apabila ada lesen dari pemerintah dan Pusat Judi hanya haram bila tidak mendapat lesen daripada mereka.Malahan UMNO/BN menjadikan cukai daripada judi sebahagian daripada hasil pendapatan UMNO/BN.

5.UMNO menghalalkannya penjualan Arak secara terbuka.Arak menjadi haram dan dirampas Kastam bila cukainya tidak dibayar tetapi menjadi halal bila dibayar cukainya kepada pihak kastam Diraja Malaysia.

6.UMNO memandang remeh rasuah, malahan mereka mengamalkan rasuah dan menggantikannya dengan istilah politik wang.Malahan diangkat dan disanjung para perasuah untuk menjadi Pemimpin.Amalan Rasuah, kronisme dan Penyalahgunaan Kuasa yang dilakukan pemimpin-pemimpin UMNO/BN seperti sudah sebati dengan UMNO/BN.

7.Rakyat dibelenggu ketakutan Akta-Akta Zalim lagi Keji seperti I.S.A(Akta Keselamatan Dalam Negeri) anda pada bila-bila masa boleh ditangkap dan dihumban kesana tanpa perlu dibicara.

8.Rakyat tidak mendapat berita yang telus dan tepat kerana terdapat kekangan melalui akta yang mengekang pengetahuan anda tentang salah laku pihak UMNO/BN.Akta ini dikenali sebagai PPA(Akta Mesin Cetak dan Penerbitan) rakyat ditipu hidup-hidup dengan media yang mereka kuasai seperti RTM1,RTM2,TV3,TV9,NTV7,Beria Harian,Utusan Malaysia,The Star dll yang seangkatan dengannya.Antara media yang pernah dizalimi dengan Akta PPA adalah Harakah dan Suara Keadilan yang diarahkan memberhentikan penerbitannya dengan serta-merta suatu ketika dahulu.Adakah adil apabila akhbar-akhbar lain diberikan hak menerbitkan naskah setiap hari tetapi akhbar pembangkang hanya diberikan hak penerbitan 1-2kali seminggu.

9.Institusi Legislatif dan Kehakiman dikuasai oleh UMNO/BN.Pelantikan Ketua-ketua badan ini dilakukan secara tidak telus dan dipilih terus oleh pemimpin UMNO/BN untuk kepentingan politik mereka.Akibatnya keadialan sama sekali tidak dapat ditegakkan.Seperti yang terjadi di Perak apabila kuasa Legislatif dinafikan hak-hak mereka.Maka dengan cara ini sahaja mereka mampu merampas kuasa kerajaan Pakatan Rakyat iaitu dengan cara kotor.Kerana secara Undang-undang Dato Seri ir Hj.Nizar Jamaluddin masih sah sebagai menteri Besar sehingga Mahkamah mengatakan sebaliknya.

10.Pilihanraya yang tidak bersih dan adil apabila pengerusi SPR(Suruhanjaya Pilihanraya) yang sepatutnya dilantik oleh Suruhanjaya Pilihanraya di bawah Parlimen namun sebaliknya apabila pengerusi SPR dilantik secara terus oleh mereka sendiri dan ini dilakukan supaya SPR dapat menjamin kepentingan mereka.

11.Kakitangan Awam dan Pelajar Institusi Pengajian tinggi dibelenggu dengan Aku Janji dan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti).Bagaimanakah kita hendak melahirkan pemimpin yang lantang bersuara dari kalangan pelajar jika suara mereka disekat.

Na'im Nikmat said...

Ditambah pula dengan siri-siri pengkhianatan terhadap bangsa Melayu,berikut adalah antara senarai pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu:

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

3. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

6. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

8. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

9. Persempadanan semula pilihan raya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

10. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

11. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

12. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

13. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

14. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato' Harussani Zakarian 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

15. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

16. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

17. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

18. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

19. Mendedahkan pelaburan wang Tabung Haji satu ketika lalu dalam dengan syarikat Judi Pan Sweep, seperti yang didedahkan dalam buku Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa.

20. Enggan membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sejak tahun 2004.

21.UMNO/BN juga hanya memberi kontrak yang diperuntukkan untuk bumiputera kepada kroni iaitu Umnoputra yang rapat dengan pemimpin pemerintah(Menafikan hak-hak Kontraktor Melayu yang menyokong pembangkang) yang kemudiannya menjual projek kepada tauke tauke kaya dengan keuntungan berjuta ringgit tanpa membuat sebarang kerja.
Sementara tauke ini akan membuat projek berkenaan dengan baki modal yang kurang dari yang diperuntukkan. Maka jadilah lebuhraya retak, bangunan bocor, projek-projek tidak siap seperti PKFZ dab landasan berkembar Ipoh Rawang yang rugi sekitar RM1.14 billion, masjid runtuh, jambatan runtuh dan stadium di Terengganu yang runtuh.

Masih ada yang mahu menyokong UMNO?Jika masih ada memang anda yang menyokong adalah manusia yang telah 'dibutakan mata' dan 'dipekakkan telinga' oleh tipu helah UMNO/BN selama 50tahun lebih memerintah Malaysia....

Unknown said...

Salam abg Naim,kuat nembaknya,khabar ke tu,

Dah tak suka Pemerintah umno,yang dikata dapat hasil dari cukaijudi,cukai arak,..jalan sistem riba,semua hasil tak betul.

Habis tu puak PAS dok makan gaji dengan pemerintah,tak haram terima gaji tu .

Kalau jatuh ke haram nak buat sara anak bini macam mana.Cuba cari hadith ko..ko ada boleh tak haram pula.

Nak menulis dalam blog Bismillah dulu.

Na'im Nikmat said...

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Atas sebab-musabab itu ana menentang UMNO....

Boku no Blog said...

Salam Ziarah..
Blognya bagus..mampir ya...

admin said...

Pertama sekali saya setuju dengan post tersebut.Kerajaan kena la pertimbangkan status rakyat berpendapatan sederhana.Pihak atasan semestinya pakai kereta mewah dan baru sebab duit mereka banyak.Rakyat dibawah sana sekadar "ada kereta" pn dah cukup untuk pergi ambil anak dari sekolah xnk bg kena hujan.Bukan nk suruh dingin dalam aircond pn.Setiap keputusan yang kerajaan buat.Terima atau tidak rakyat terpaksa terima.Cuma tolonglah pertimbangkan golongan bawahan yang sedia susah dan janganlah tambah beban dan menyusahkan mereka lagi.Mereka pn manusia.

admin said...

Satu lagi sesiapa pn yang memerintah rakyat akan besetuju jika dasar kepimpinan yang utuh dan juga tidak mengabaikan rakyat.Rakyat hanya mahu cari makan dan sara keluarga.Jangan sampai rakyat merasa takut untuk mendengar idea baru daripada pihak pentadbir negara.