Search This Blog

Loading...

Followers

Sunday, July 18, 2010

Anuar boleh jadi orang tengah

Molek kalau Anuar boleh jadi orang tengah untuk kerjasama Umno-Pas


Muhyiddin Alu-alukan Perantara Perbincangan Umno-PAS

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau mengalu-alukan mana-mana pihak yang bersedia untuk menjadi perantara atau orang tengah bagi membantu proses mewujudkan persefahaman di antara Umno dan PAS.

Timbalan Presiden Umno itu berkata ini kerana usaha untuk menyatupadukan orang Melayu dan Bumiputera Islam bukan hanya terletak pada satu badan sahaja.

"Apa pun, saya menghargai kalau ada pihak-pihak yang katanya bersedia sama ada menjadi orang tengah, menjadi fasilitator untuk mempermudahkan usaha-usaha ini.

(Sumber mstar 18 Julai 2010)

Setahu saya ramai yang cakap orang yang paling layak jadi orang tengah untuk merapatkan umno-Pas tak lain dan tak bukan bekas Timbalan Menteri DS Anuar.Orang yang berpegalaman dan sangat layak soal perudingan tak kira dari segi mana sekalipun.Kenapa saya kata bagitu , kerana DS Anuar telah berjaya merapatkan hubungan Pas-Dap malah menjadikan sahabat akrak yang tidak boleh dipisahkan lagi bagi kedua-dua parti tersebut.Kalau dari segi Tok Bomoh memang ubat yang diberi makan oleh Anuar sungguh mujarah,walaupun orang umno cuba mencerai beraikannya namum tidak dapat memisahkan pasangan itu..Adalah tidak keterlaluan setengah orang kata Pas dan Dap umpama Belangkas sekarang ini.

Lagipun DS Anuar adalah kesayangan Tok Guru Pak Nik Aziz, tentu sekali mudah untuk masuk mukadimah perundingan.Tapi kena ingat takkan ruding saja, mesti ada timbal balas, macam ruding projek juga tentu ada komisen.

Kita percaya Anuar tidak akan minta komisen berbentuk wang ringgit kerana matlamat perjuangan untuk bangsa juga.Cuma Anuar risau kalau kes fitnahnya sangkut yang sedang dibicarakan boleh membawanya ke Sungai Buluh sekali lagi.Mungkin misi menjadi orang tengah menyatukan Pas-umno menyelamatkanya dan boleh menyatukan PKR sekali.Takkan Pas-umno bekerjasama PKR ditinggalkan sendirian. Masa inilah Pas perlu bermain tarik tali ketika umno perlukan Pas untuk menyelamatkan bangsa Melayu disamping menyelamatkan DS Anuar sekali.

Pas bila orang umno nak kita, jangan letak syarat bukan-bukan seumpama syarat Putri Gunung Ledang semasa orang nak meminangnya, minta hati nyamuk tujuh dulang , jambatan emas dari puncak Gunung Ledang ke istana Melaka.Pas jangan pula minta jambatan emas dari Pulai Melaka kampung tok guru Nik Aziz ke Putrajaya.Itu cara penolakkan mentah-mentah, sebab itulah bunga-bunga penyatuan umno-Pas tak jadi-jadi sebelum ini dan tidak salah Pas mengambil sikap berhati-hati .

No comments: