Search This Blog

Loading...

Followers

Tuesday, July 13, 2010

Selebriti Baru


BETUL ATAU KEBETULAN ????????
SAMA-SAMA KITA NANTIKAN PRU13……..BN ATAU PR

Sejak sotong jadi glamor kerana meramalkan keputusan piala dunia dengan betul.Budak-budak tepi pantai telah mula tangkap sotong Katak dan masukkan dalam akuarium kemudiam diletaknya lambang dacing dan lambang PR.Sotong Katak tetap membelik lambang PR walaupun diubah kedudukan lambang tersebut.

Orang-orang Pas mula senyum tapi benda bagini memang mereka tidak percaya, syirik.
Namun dalam tidak percaya pun bekerut dahi juga dari penyokong dacing manalah tahu kebetulan jadi kenyataan.Biar rakyat yang menentukan PRU 13 ini secara adil bukan sotong yang memberi keputusan awal.

Dengan berakhirnya Piala Dunia 2010, sotong Paul telah bersara awal dari menjadi tukang tilik sepenuh masa.Paul menjadi tersohor seluruh dunia dalam sekelik mata setelah meramalkan keputusan dengan tepat lapan perlawanan Piala Dunia.Ramalannya tepat menjadi panduan buat kaki-kaki judi.

Ada berita mengatakan sotong Paul terdapat banyak permintaan mendapatkannya, namum pemiliknya tidak akan menjual atau memasaknya untuk hindangan rakyak Sepanyol malah jauh sama sekali untuk disalal bagi dibuat sotong kering .

Kata-kata terakhir pemilik sotong Paul"Tidak ada ramalan atau tilikan selepas ini sama ada dari aspek bola, politik mahupun ekonomi.Biarlah Paul kembali melakukan tugasan terbaik untuk memberi kecerian kepada kanak-kanak seperti dilakukannya sebelum Piala Dunia.

Janganlah sekali-kali penyokong mana-mana parti mencari penganti Paul di Laut Cina Selatan untuk buat tilikan politik pula.

TAMAT

3 comments:

Abu Luqman said...

kita ni fikrah yang sama..terima kasih ye

baincardin said...

Salam. Jom kita menghayatinya bersama! ^_^

.::ibnuDDin™::. said...

sotong si perosak aqidah umat islam