Search This Blog

Followers

Thursday, July 15, 2010

Kata-kata manis..... rakyat menaggung




Kata-kata manis DS Najib pemimpin 1Malaysia

Kerajaan Selaraskan Harga Subsidi Untuk Masa Depan Malaysia.

Keputusan mengurangkan subsidi bahan api dan gula adalah berasaskan pada hakikat bahawa pengurangan subsidi bahan api akan memberi impak terbesar ke atas perbelanjaan manakala pengurangan subsidi gula pula membolehkan kerajaan mempromosi gaya hidup sihat.

Kerajaan membuat keputusan yang sukar, namun berani. Dengan memilih untuk melaksanakan reformasi subsidi ini, kerajaan mengambil langkah penting dan tepat dalam memenuhi komitmennya untuk mengurangkan defisitfiskal, tanpa membebankan rakyat Malaysia

Apa pula kata rakyat

Baguslah kerajaan kita buat macam ni untuk selamatkan negara kita dari bankrap.Orang miskin punca negara kita nak bankrap kerana terpaksa bagi subsidi sekian lama.Terlupakah slogan "Rakyat didahulukan".Ingat salah satu punca Pak Lah rebah dulu pun kerana main harga barang yang rakyat guna hari-hari.

Tapi pemimpin BN perlu ingat kerana sebahagian yang miskin disubsidi inilah yang melonjakkan kemenara politiknya.Orang miskin pun juga menyumbang kepada ekonomi negara dengan berkerja di pebagai sektor.Tapi apa salahnya. mengembalikan dalam bentuk subsudi bukan membalaskan dengan mengurangkan subsidi.

Pemimpin BN, lainlah kebanyakan kaya-raya saja serta menikmati perbagai insentif, boleh rembat sana sini.Tak kisah nak kurang subsidi pun tak menjejaskan.

Ini pula luahan penulis blog pemandu teksi yang saya petik untuk satapan bersama.

Berapa lama kerajaan BN mampu bertahan untuk mengelak dari menaikkan harga barang?

Rakyat 1Malaysia dah lama tau yang kerajaan 1Malaysia ni dah nak bankrap dah..! Janganlah subsidi pulak yang dijadikan alasan punca negara bankrap. Salahkanlah rakyat miskin yang tergila-gilakan subsidi. Itu sebablah kerajaan terpaksa menyediakan subsidi kepada rakyat sampai bankrap negara dibuatnya.

Orang kaya macam pemimpin2 umno memang tak perlukan subsidi sebab mereka boleh rembat semua hasil negara. Mereka bebas makan rasuah, mereka bebas melakukan penyelewengan. Komisen mereka saja berjuta-juta. Jadi mereka tak perlukan subsidi.

Yang perlukan subsidi ni cuma rakyat miskin jer. Rakyat2 macam ni lah yang selalu bikin kerajaan susah. Nak jaga hati rakyat sampai bankrap negara. Hidup bergantung pada subsidi.

Pergi sekolah nak subsidi, sakit nak subsidi, makan minum pun nak subsidi, segala apa pun nak subsidi. Macamana kerajaan tak bankrap. Ikutlah perangai pemimpin umno yang tidak bergantung kepada subsidi.

Orang2 kaya 1Malaysia pulak tidak perlu kepada subsidi kerana kerajaan telah menyediakan segala macam inisiatif. Mereka mengejar kepada inisiatif bukan mengejar subsidi seperti orang2 miskin.

Tak sesuailah kalau perkataan subsidi digunakan untuk orang2 kaya atau bisnesman. Maka digunakanlah perkataan inisiatif sebagai ganti kepada perkataan subsidi. Sedap sikit bunyi nyer..!

Jadi kalau negara bankrap jugak itu bukan salah pemimpin umno yang merembat dan melelong hasil khazanah negara sebaliknya salahkanlah rakyat2 yang miskin sebagai puncanya kerana selagi ada rakyat miskin selagi itulah subsidi susah untuk dihapuskan.

2 comments:

Ashley Ahmed said...

Salam,

kalau duit PKFZ RM2 bill tu dikembalikan pada rakyat dapat lah bagi subsidi 14 tahun lagi, tambah duit komisyen kapal selam rm500 mil tu, 9 bulan lagi. Bukan orang miskin puncanya pencuri kat atas tu puncanya negara bankrap.

Guru said...

yang tetap tersengih semasa ke bank... mereka lah juga kan.

terbaru dari saya : lalang