Search This Blog

Followers

Thursday, July 29, 2010

Cik gu beringat sikit nanti kena tukar




Bersedia Cik gu dan ustad untuk bertugas jauh di pendalaman

Kelihatan dari jauh seorang cikgu menaiki motosikal Honda 70 lampu bulat balik dari menganjar.Sudah menjadi kebiasaan tidak sah, kalau tidak singgah kedai kopi yang sentiasa ramai orang di simpam nak masuk ke rumahnya.Setelah tongkat motor lalu melangkah masuk kedai kopi dan terus salam sahabat handai.Wajahnya cukup ceria dan bersemangat, mukadimah kata-kata"malam ini pakat ramai-ramai kita dengar ceramah tok guru Nik Aziz dengan Mat Sabu.Kita kena sokong parti pas yang mempejuangkan agama,umno dah tak boleh harap parti sekular ."

Bagitulah rutin hariannya hari berganti bulan , bulan berganti tahun , balik mengajar koden parti kerajaan, gaji ambil.Tapi betul juga setengah orang kata secara prinsipnya gaji dibayar yang nyata hasil kutipan cukai daripada rakyat, bukannya parti-parti pemerintah mahupun opisisi.Jadi cikgu bebas nak sokong pembangkang pun tak kisah.

Duduk molek-molek mengajar dekat kampung kelahiran, kawasan prasarana yang menarik, tiba-tiba dengar khabar sudah kena tukar ke tempat "jim bertedang", nak ke tempat mengajar kena lalu jalan balak, kasuk berkilat tak boleh pakai kawasan berselut.Orang-orang kampung kata ,cik gu yang kena tukar tu kerana kuat parti Pas.Kesian tinggal rumah tak habis loan lagi .Ini cerita sebelum cikgu tidak digalak berpolitik.

Ketetapan terbaru kerajaan yang diumumkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan membenarkan guru sekolah berpolitik wajar dipersoalkan.Bila cikgu di beri kebebasan berpolitik,pastilah ada yang cikgu penyokong perbagai parti, baik parti umno atau pembangkang.Bagi penyokong parti kerajaan sudah pasti akan jadi anak emas orang politik dan peluang naik pangkat,bolehlah buat bekal pencen.Manakala yang berat kepada parti pembangkang seperti parti Pas kebarangkalian ditukar ke kawasan jauh di pendalaman nak kata wajib , malas nak bohong.

Masalah akan timbul lagi, cik gu bila kat katin masa rehat atau dalam bilik guru sudah pasti bicang hal politik bukan lagi bicang macam mana nak pertinkatkan kualiti perbelajaran budak-budak.Politik kena lebih sebab politik boleh menetukan besar mana periok nasi akan dapat,kalau ikut adat di negara kita.

Kita percaya kebanyakan cikgu enggan bertugas di kawasan pendaman atau di pulai-pulai walaupun kerajaan menyediakan kemudahan dan perbagai insentif.Sebab itulah kerajaan bercadang mewajibkan cikgu bertugas tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan mereka di pendalaman dahulu sebelum balik ke bandar.Ini buktinya Cik gu tidak suka bertugas jauh di pendalaman melainkan dipaksa.

Kita jangka ramai lah cikgu akan menyokong parti kerajaan kerana takut ditukar, namun perlu ingat undi adalah rahsia.kulit umno hati pas siapa yang tahu.

Kepada pegujung blog saya,kalau ada cerita-cerita cikgu kena tukar kerana kuat sokong parti pembangkang bolehlah kongsi bersama di ruangan komen.

4 comments:

Anonymous said...

Dok kl ni kena buat persediaan mental: murid pandai2, gaji x cukup2, jam kena elak, cari side income..

mail lambong said...

bekas pensyarah sy pun alami nasib yg serupa..kesian jugak kat dia..

sokong umno kompom kekal ditempat tue..kalau tak sokong jgn harap lerr..

perkara cam tu umno kena ubah lerr..org tak sokong sebab umno tak bagus..kalau bagus orang mesti sokong..

sibersensasi said...

dugaan tuhan tuhan kita kena sabar.mungkin ada kebaikannya.sekurangnya kita masih ada kerja.kawan2 kerja kontrak ramai tak sambung...susah ..

Anonymous said...

takda kaiatan umno ke tak....gaji dibayar untuk fkr tingkatkan kualiti murid tapi bukan mengumpat