Search This Blog

Followers

Friday, August 20, 2010

Mainan Umno di bulan Ramadhan

Orang politik hormatilah bulan Ramadhan

Ramadhan yang belum bagi dua hari bulan yang kita puasa sudah dicemari oleh orang-orang politik.Kenyataan yang kita petik dari menteri umno Zahid Hamidi mengatakan Ketua Menteri Lim Guan Eng digunakan dalam doa khutbah kedua solat Jumaat menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Kata pak lebai kampung saya,"biar betul Zahid ingat bulan puasa ni", adakah Zahid sendiri berada dalam masjid masa tu atau dengar cakap budak-budak dia yang mimpi masa khatib baca doa.Sekiranya betul menteri Zahid perlu kemuka rakaman suara, rakyat nak tahu juga macam mana doa yang dibacanya.Menteri-menteri Umno kena ingat nama kena jaga bukan mengotorkan dengan pemainan kata fitnah dalam masjid.

Peliknya setelah disisat oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Abdul Malik Kassim berkata, siasatan pihaknya mendapati tiada mana-mana masjid melakukan doa dalam khutbah Jumaat yang menyebut nama Lim seperti yang didakwa itu.Katanya, teks khutbah Jumaat yang dibacakan oleh para khatib disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan tidak pernah menggunakan nama ketua menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.

Bisik-bisik dari jauh suara beberapa pemuda atas pagar, umno tak habis -habis buat cerita budak-budak tak kira di bulan mana sekali pun.Asal boleh terjah dia terjah supaya puak-puak ulama jadi kelam kabut.

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah.

Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.� (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu.

Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.� (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

7 comments:

joecharlie said...

Lim Guan Eng hari ini membuat kenyataan mengatakan bahawa dia tak tahu namanya telah digunakan didalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Ketua Menteri P.Pinang ini juga telah mengarahkan balacinya iaitu Abdul Malik Kassim yang merupakan Pengerusi Hal Ehwal Agama dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri menyiasat perkara yang ditimbulkan oleh Datuk Zahid Hamidi ini.

Apa yang mengejutkan, Lim Guan Eng juga tak bersetuju dan membantah namanya digunakan didalam khutbah kedua solat Jumaat seperti yang berlaku di Masjid Padang Menora tersebut.

“Saya tidak sedar dan tidak mengetahui wujudnya penggunaan nama saya dalam khutbah kedua solat Jumaat sebagaimana didakwa, dan sudah tentu nama saya tidak harus, tidak boleh digunakan… ini melibatkan nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya lagi.

Ini menunjukkan bahawa, Khatib PAS yang membacakan doa tersebut pada Jumaat yang lepas adalah lebih jahil dan juga lebih bodoh dari Lim Guan Eng yang kafir.

Jika Ketua Menteri bekas banduan ini juga faham tentang hal-hal yang tak boleh dan tak harus dilakukan didalam khutbah Jumaat, malang sekali bagi PAS kerana mempunyai penganut yang bebal serta taksub melampau seperti Zakaria Ahmad.

Memang patutlah selama ini PAS sentiasa menjadi kuli barua kepada kafir terutamanya kafir harbi DAP, rupanya tahap pemikiran dan pengetahuan ahli-ahli PAS ini hanya bertaraf sampah yang layak mengisi longkang sahaja.

Mereka menutup kebodohan mereka dengan serban dan jubah bagi menunjukkan konon-kononnya mereka alim dan bijak beragama. Tetapi hakikatnya, hanya selut disebalik serban dan kurap bertepek disebalik jubah.

PAS sekali lagi mencemarkan imej Islam dan juga masjid dengan kelakuan tak cukup akal khatib mereka berdoa sewaktu khutbah kedua Jumaat utk Lim Guan Eng di Padang Menora. Inilah akibatnya jika bergurukan dan bersahabat dengan syaitan didalam beragama.

Dan, untuk menutup kebodohan yang mereka lakukan, pengikut-pengikut PAS kini sedang memutarbelitkan fakta dengan mengatakan bahawa tak salah untuk Zakaria Ahmad mendoakan supaya Lim Guan Eng masuk Islam. Sedangkan yang sebenarnya bukan itu yang dilakukan oleh khatib mangkuk tersebut.

Apakah PAS mahu menyanggah ajaran yang dibawa oleh Rasulullah saw? Sedangkan mengucapkan salam kepada orang kafir pun dilarang oleh baginda rasul, inikan pula mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kepada kafir seperti Lim Guan Eng.


Dari Abu Hurairah -radhiallahu ‘anhu- bahwa Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:

لَا تَبْدَءُوا الْيَهُودَ وَلَا النَّصَارَى بِالسَّلَامِ فَإِذَا لَقِيتُمْ أَحَدَهُمْ فِي طَرِيقٍ فَاضْطَرُّوهُ إِلَى أَضْيَقِهِ


“Janganlah kalian yang memulai mengucapkan salam kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani. Apabila kalian berpapasan dengan salah seorang di antara mereka di jalan, maka desaklah dia ke jalan yang paling sempit.” (HR. Muslim no. 2167)



p/s: Semua penganut agama PAS harus bertaubat !!!




ehsan pak long (myKMU)

Unknown said...

salam joechalie,

Kalau betul puak pas doa apa salahnya mendoakan orang kafir supaya terbuka pintu hati kepada islam.

Umno banyak benda tak selesai lagi,maksiat ,judi,arak,rasuah,jual perempuan bersepah dalam negara.Ini hasil pejuangan umno lebih 50 tahun.Melayu jadi pengemis di negara sendiri.

Pemimpin pas buruk2 pun yang digambarkan oleh umno bolehlah juga baca khutbah bukan macam pemimpin umno hanya panfai berkeroeke.Lagi satu pemimpin umno suka pacumg sma puak sendiri kerana takut kuasa dirampas kawan.

Dulu saya suka pada umno tapi setelah buat kajian dari perbagai sudut,umno tidak akan membawa rakyat ke gerbang islam sejati malah mendekatkan lagi dengan maksiat.Saya tidak mahu besebahat,sebab hidup tidak lama.

cicitHJHASSANu said...

salam Ramadhan yang panas...

Nabi Muhammad tak serik doakan supaya Abdul Mutalib beriman kepada Allah...

tiada lain hanya sentimen kebencian untuk memecah belahkan rakyat ditiup oleh pengampu totok yang hati mereka semakin gelap dan penuh dendam...

harap-harap joecharlie berjumpa dengan LGE untuk mendapat sedikit tazkirah ramadhan dari beliau...

tak salah juga mendapat nasihat dari orang kafir dalam perkara kebaikan...Dr Asri

Khatib tu bukan sekali dua naik mimbar,mungkin joecharlie tertidur masa tuh..wallahua'lam.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Hulubalang Umno

-Dr Awang Adek bahagian lesen judi bola

-Mustafa Mamat bahagian kerat kereta lama,ingat tak dia nak kerat kereta rakyat berumur 15 tahun keatas satu ketika dulu

-Zaid Hamidi bahagian kucai ulama

-Rais bahagian penganjur maksiat-ingat dulu dia bawa masuk Beyound penyanyi mek salleh yang suka telanjang atas pentas.

Dulu aku sokong umno sekarang sokong ulama sebab pemimpin umno tak relevan lagi untuk masa umat islam di Malaysia

ZOOL@TOD said...

CicitHjHassan,
Fakta salah tu. Abdul Mutalib datuk Rasulullah SAW. Yang betulnya Abu Talib (bapa saudara Rasulullah SAW)

mail lambong said...

Salam

Nampak gayanya UMNO semakin menjuarai kerja-kerja fitnah..

Apa nak jadi dengan UMNO..semakin jijik dilihat oleh masyarakat yg bertamadun..