Search This Blog

Followers

Thursday, July 8, 2010

Dah..... tanya ustad


Seorang ayah semasa sedang berbual dengan kawannya, tiba-tiba didatangi anak perempuannya sambil berlari-lari.Saya agak-agak anaknya itu dalam lingkugan umur 11 tahun.Rupa-rupanya anak cari ayah kerana nak duit untuk beli air cendol.

Lalu ayahnya mencuit anaknya sikit" mek kena pakai kain tudung kalau jalan petang-petang bila nak keluar rumah. Aurat kena jaga, kalau pakai tudung jangan pakai baju ketat seluar sendat pula.Hendaklah pakai pakaian yang longgar."

Lalu anak dia menjawab dengan petah, maklumlah budak-budak sekarang ni mudah pandai bercakap, lagipun darjah 4 pun sudah pandai facebook.Lalu dia kata kepada ayahnya sambil berseloroh"Ayah dok tengok Tv,surat khabar tiap-tiap hari tak nampak isteri pemimpin negara Islam tak pakai tudung tak berani tegur pula."

Lalu ayahnya tersenyum, ni mek ambil dua ringgit tak payah cakap banyak , balik dulu pakai kain tudung baru pergi kedai.

Bagitulah ceritanya, lalu saya teringat satu ketika saya pernah tanya seorang ustad berkenaan hal pakai kain tudung.

TANYA USTAD PENDAKWAH BEBAS

Salam ustad,

Andai kita mempunyai pemimpin yang dikagumi, tapi isteri pemimpin kita tidak pakai tudung labuh atau dgn lain perkataan tidak tutup kepala bila mengikut suaminya ke majlis rakyat.

Bagaimana cara nak tegur dan siapa yang berhak tegur ,sedangkan dia selalu bercakap tentang islam.

Kalau tidak tegur berdosakah rakyat dan juga pendakwah.

Tolong jawab ustad ana nak tahu dan mungkin orang lain juga nak tahu.


JAWAPAN USTAD

Salam,

Masalah isteri pemimpin tak pakai tudung, sebenarnya ada hadis nabi yang lebih kurang maksudnya iaitu cegahlah kemungkaran dengan tangan kamu jika berkuasa, jika tidak mampu hendaklah ubah dengan lidah kamu dan tidak mampu lagi ubahlah dengan hati kamu dan maka ubah dengan hati itulah selemah2 iman.

Secara kesimpulannya kita tidak berkemampuan untuk mengubah pemimpin sebab kita tiada kuasa, yang layak menegurnya adalah orang agama dalam parti tersebut. sebagai rakyat biasa boleh tegur dengan hati sahaja dan juga dengan tangan apabila mengundi nanti.

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya,malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Sebab itu syariat menetapkan supaya wanita pakaiannya adalah pakaian yang longgar dengan warna yang tidak menarik menutup seluruh badannya dari kepala sampai ke kaki.

Wanita tidak selayaknya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Klik Di Manakah Nilai Tudung Wanita

8 comments:

Generasi Pejuang Bangsa said...

Salam tuan blogger ,


sy amat tertarik dengan blogger tuan yang menarik dan byk memamparkan isu semasa negara . sy sudah link blog sdr di blog sy

mohon link juga di blog sdr .

baincardin said...

Misteri alam jin...pernah terjumpa ke? heeeee....^_^'

Abu Muhammad Haikal said...

salam kita tunggu 40 ulama muda yang UNBo tu, eik.....

terokai seni said...

heee mari kita tegur dengan tangan nanti... tak lama dahhhhh

mail lambong said...

salam

tajuk yang baik

alhamdulillah..

persepsi begitu penting dan harus dijaga.

kata orang rupa luaran tidak sama dengan hatinya

tetapi jika luaran tidak dijaga bagaimana ingin mendapat dalaman yang baik

Unknown said...

Salam Faizal,

Minyak dengan air tidak becampur orang umno cakap.

Unknown said...

Salam nurimo,

kalau nak tahu suami ikut telunjuk isteri atau isteri ikut suami sebagaimana yang disarangkan dalam islam.Kita lihat kalau tak pakai kain tudung sedang suami lebai.Makna nya menang isteri lahtu.

Queen kontrol kata orang

Anonymous said...

Ni pasal kawen dua...1. Pemikiran org Melayu kalo kawen dua tu mcm melakukan satu kesalahan padahal tidak sbb islam kan membenarkan..
2. Kalau lah isteri pertama tahu melayan suami cukop sifat tahu ttg agama suami pon xnak cari yg lain buat ape dh tentu sakit kepala..jgn carik penyakit..
3. Jodoh dan Takdir Allah tersurat suami kahwen dua mungkin ada hikmahnya yg kite tak tau.....
4. Rata2 yg terjadi bila isteri garang dgn suami...mesti suami kalau x jadi nakal mesti caik jln kawen dua sbb nak ajar isteri pertama. mentelah kalau dgn sikap kasar dan kata2 kesat isteri pertama. dlm hal ni kata2 isteri yg kasar dan kesat membentak2 suami akan membuat suami berdendam.
5.Isteri pertama menerima dgn positif contoh...drpd dia berzina baik dia menikah...tu pun kalau isteri pertama masih sygkan suami dan tahu ttg agama...lgpon dh nikah dia pon berubah dr buat benda tak baik kepada baik dr haram kpd halal...dh nikah ape lg jln terus je lah...cume suami kena pandai qasm...atau berbahagi mase..
6.suami yg kawen dua suami kena dua kali sabar...dan salulah praktis wat bodo jek..penat dia bebel berentilah dia..
7. yg paling mustahak talak pada suami dan dia jgk yg berkehendak kawen dua jd seboleh2nya kekalkan kedua2nya dan isteri pertama jgn asyik mintk di lepaskan/diceraikan...mulot kena jaga.....suami jlnkan penggiliran sprti jadual....