Search This Blog

Followers

Sunday, July 4, 2010

Karpal Ajar Peguam Negara


Isu Raja Putra , penulis blog Malaysia Today dipanaskan kembali di semua media massa.Jejaknya telah dihidu berada diperantaun jauh di kota orang putih,London.Khabarnya disyaki ditaja oleh orang kuat PKR, seorang peguam yang kaya raya,Datuk Zaid.Kalau di kampung Chap, Kelantan daerah Bachok, masa kecik- kecik dulu lebih dikenali sebagai Zaid Pakda Him.

Dari kiri Bala,Datuk Zaid,tak kenal,Raja Putra(atas)


Tuduhan terhadap Zaid Pakda Him itu adalah gerak hati pemimpin Umno berdasarkan perjumpaan penguam tersebut dengan Raja Putra di London.Tambahan kalau kita kira,Raja Putra paspot pun takda , nak buat kerja apa, tapi hidup di kawasan elite mat saleh.

Tapi kadang-kadang kita juga perlu menoleh ke arah lain, kemungkinan Raja Putra disubsidikan oleh orang umno juga.Sebab dalam umno pun ada jenis pacung pemimpin.Semua nya tak lain dan tak bukan kerana kuasa.Kita duduk tembak pembangkang rupa-rupa dalam rumah kita sendiri.Perkara ini tidak pelik biasalah dalam politik.Apa salahnya rakyat mengsyaki.

Pagi ini 25 Julai 2010, ketika saya membelek-belek akbar utusan Malaysia,sampai di muka surat 9 dan terjumpa karpal Sing perguam tersohor mengajar penguam negara Tan Sri Abdul Ghani Patail,cara nak bawa balik Raja Putra dari London untuk dihadap kemuka pengadilan .

Karpal mempersoalkan,mengapa peguam negara tidak berani berbuat demikian dengan mengambil tindakan mengektradisi pengadali laman web Malaysia Today tersebut.Lalu dia bagitahu caranya,"jika kita tidak ada penjanjian ekstradisi dengan Britain, satu perjanjian dua hala boleh dibuat untuk megekstradisikan Raja Putra." katanya.Bunyi mudah Karpal tunjuk jalan.Apakata baiknya Kapal dengan Zaid Pakda Him bawa balik Raja Putra , kan mudah kawan baikkan, selesai masalah.

Karpal perlu ingat sebelum bawa balik Raja Putra, minta dulu nasihat Datuk Seri Anuar, manalah tahu bawa balik terus masuk lokap tak boleh jamin.

Kalau nak tahu cerita sepenuhnya klik ZAID PAKDA HIM

1 comment:

Unknown said...

Kerajaan dah bertindak mengikut ajaran Kapal Sing,baca dulu

Rabu Julai 21, 2010
Malaysia Puas Hati Kerjasama Britain Dalam Siasatan Terhadap Raja Petra

KUALA LUMPUR: Malaysia berpuas hati dengan kerjasama Britain dalam siasatan berhubung penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang melarikan diri ke London, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Katanya perkara itu perlu ditangani berdasarkan saluran perundangan, dan dalam soal ini, Malaysia perlu menghormati undang-undang Britain.

"Saya tak ada komplen. Ia harus dijalankan mengikut undang-undang. Kita tidak boleh melanggar undang-undang negara lain," katanya selepas upacara menandatangani Perjanjian Bersama Bantuan Undang-undang Dalam Perkara Jenayah antara Malaysia dan Britain di sini, Rabu.

Raja Petra dipercayai melarikan diri ke Britain selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah tahun lepas berhubung artikelnya yang didakwa berunsur hasutan dan fitnah.

Ketika ditanya sama ada perjanjian hari ini akan membantu usaha membawa balik Raja Petra ke Malaysia, Abdul Gani berkata : "Ia akan membantu dalam semua kes bukan saja yang melibatkan Raja Petra. Tetapi kita harus ingat bahawa kita perlu patuhi undang-undang pihak lain. Ini bukannya soal mudah."

Abdul Gani juga menjelaskan bahawa apa yang dimeterai hari ini bukannya perjanjian ekstradisi kerana itu adalah satu proses lain.

Bagaimanapun, katanya, Malaysia boleh membuat permohonan kepada mana-mana negara atas arahan Menteri Dalam Negeri dan tertakluk kepada undang-undang negara berkenaan.

"Memang ada persefahaman mengenai ekstradisi ini tetapi setakat ini kita tidak membuat sebarang permohonan kepada United Kingdom bagi perjanjian ekstradisi yang sebenarnya.

"Perjanjian ekstradisi adalah sesuatu yang kita perlu fikirkan kemudian, tetapi kita berpuas hati dengan perjanjian bantuan bersama yang dimeterai hari ni," katanya.

Ketika ditanya sama ada jawapan bertulis daripada bekas penyiasat persendirian S.Balasubramaniam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh diterima di mahkamah di negara ini, Abdul Gani berkata : "Apa saja yang dilakukan oleh SPRM, mereka harus patuh kepada undang-undang kita. Keterangan tak semestinya yang dicatat oleh polis. Semua dokumen boleh diterima di mahkamah asalkan kita patuh kepada undang-undang. Bagi saya, tak ada masalah."

Balasubramaniam dikehendaki menjelaskan dua akuan berkanun yang bercanggah yang dibuatnya berhubung pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

SPRM membatalkan hasrat untuk pergi ke London bagi mendapatkan keterangan daripada penyiasat persendirian itu dan sebaliknya mengemukakan soalan menerusi peguam beliau. - BERNAMA