Search This Blog

Followers

Tuesday, July 7, 2009

Dilema Pembantu Rumah dan Majikan




Manusia tidak suka menjadi hamba.Tapi bila dapat peluang menjadi tuan,ada pula yang terlupa mereka berurusan dengan manusia yang ada hati dan perasaan .

Kebanyakan orang yang tinggal di bandar-bandar dengan pendapatan selesa mempunyai pembantu rumah, dari warga Indonesia(statistik menunjukan 95% adalah warga Indonesia). Alangkah seronoknya mempunyai bibik yang bagus,balik dari kerja rumah telah kemas .Anak –anak terurus, makanan tersedia.Setengah isteri ada yang buat air juga untuk suami,walaupun ada pembantu rumah kerana dia tahu air tangan isteri menambah lagi keberkatan.

Beruntungnya pembantu rumah kalau dapat majikan yang baik.Malah mengangah pembantu rumah seperti keluarganya sendiri.Tidak hairanlah kalau anak-anak lebih mesra dengan bibik.Ada juga yang kahwin dengan majikan tanpa pengetahuan isteri.
Maklumlah kalau majikan ambil pembantu yang muda-muda dan cantik boleh tahan juga.Apa boleh buat hari-hari tengok muka,mesra dengan anak-anak,kadang-kadang masa bercuti pun bawa sekali.Tambahan pula kalau isteri selalu kepenatan kerna kerja dan selalu mencuka bila bersama suami . Satu hal pula timbul bila ada pembantu rumah, isteri pula menjadi malas,minum air,gelas pun tak nak basuh,pakaian dan sampah dicampak sana sini.

Tiadak hairanlah penyanyi terkenal Michel Jakson menjalin hubungan dengan pembantu rumah yang baru didedahkan seorang pengawal peribadinya. Hubungan mereka lebih kepada pasangan yang sudah berkahwin berbanding hubungan antara pekerja dan majikan.

Kita lihat dari sudut lain pula,satu demi satu krisis majikan-pembantu rumah terdedah sebagai kes jenayah sehingga memberi gambaran yang tidak berapa tepat bahawa majikan kepada lebih 300,000 pembantu rumah di Malaysia adalah kejam.Pembantu rumah mati dipukul,melencur tubuh badan,dicocok api rokok,diseterika muka,dibuat seperti robot.Bagi yang muslim pula disuruh masak daging babi dan tarik anjing petang-petang oleh majikan bukan muslim,malah tidak menghormati agamanya.

Ada yang kereta banyak pula disuruhnya cuci kereta awal-awal pagi atau hampir setiap malam.Bayangkan kalau dalam rumah ada 10 orang,akibatnya pembantu rumah dikerah dari subuh hingga larut malam mungkin tujuh hari seminggu.Ada seorang pembantu rumah disuruhnya buat dua atau tiga kerja serentakMajikan kena ingat mereka bukan bukan membeli robot tapi mereka khidmat seorang manusia.Cuma yang tidak seronoknya ada majikan terlepas pandang nasib pembantu rumah yang bukan sahaja kena patuh kepada arahan si suami dan isteri malah anak-anak dan datuknya sekiranya tinggal sekali.

Berbalik pula kepada sikap pembantu rumah,mula-mula ambil memang rajin,bila masuk bulan kedua peragai sebenarnya timbul,pembantu rumah tidak boleh berlakon lagi.Disini timbulah simpati kepada majikan sebab mereka sudah membayar diantara RM5,000 hingga RM8,000 untuk mendapatkan pembantu rumah.Diberinya pula duduk sebumbung,makan minum percuma dan sudah pasti mengharapkan pulangan yang berbaloi.

Kita sering terdengar juga pembantu rumah malas dan tidak pandai memasak.
Ada pembantu rumah bila majikan pergi bercuti,mereka mengambil kesempatan dengan membawa teman lelaki bertadang ke rumah.Malah selalu berlaku pembantu rumah menyalahgunakan telefon majikan dengan menelefon teman lelaki atau keluarga di negaranya sendiri,sudah pasti bil telefon melambung.Ada yang mencuri barang kemas majikan , membawa lari anak kecil , meninggal anak kecil bersendirian.Tidak kurang juga pembantu rumah lari dari majikan semasa majikan ke luar bekerja .

Jadi hubungan yang baik antara majikan dan pembantu rumah penting kerana kedua-dua pihak saling memerlukan antara satu sama lain.Walaubagamana pun majikan dan pembantu rumah perlu ada jalan penyelesaian supaya tidak berada dalam dilema.
Bagaimana nak selesai?

14 comments:

Ekeng A/L Etong said...

Saya pernah dapat pembantu rumah Indon yang betul bendul. Kali pertama disuruh goreng ikan kembung. Selepas dibabsuh, terus goreng. Tanpa disiang, tanpa ditaruk garam. Aduhhhh!

Unknown said...

ha..ha...Ekeng,Ibu saya ada orang gaji,tapi belakang rumahnya dekat dengan tapak projek yang dalam pembinaan.

Ibu saya biasanya beli lauk dan barangan makanan lain untuk 1 minggu .Yang hairannya 3 hari dah habis.Kekerapan sering berlaku habis lauk belum sampai tempoh.Dalam rumah hanya orang gaji ayah ,ibu dan 2 adik umur tak sampai 10 tahun.Ibu-bapa saya kalau hari berkerja dia makan kat luar tak sempat nak balik rumah.

Rupa-rupanya orang gaji masak bagi ke boy friend Indo yang kerja tapak projek sebelah rumah.Waduh....jiran saya yang bagi tahu 2 atau 3 orang lelaki Indo ,selalu datang dan sembang luar pagar rumah.Saya bimbang setakat sembang luar pagar tak kisah sangat tapi takut termengandung orang gaji saya....susah nanti takda sapa nak tanggujawab.

Cara selesai Ibu saya pasang cctv kawasan rumah,jadi dia balik kerja lihat rekod kat cctv tu..nampaknya setakat pasang cctv tiada datang lagi.

Saya ingat nak bagi penampar orang gaji saya,tapi takut dia repot polis kata saya dera pula.Jadi saya cuma bagi amaran keras dan nasihat jangan buat lagi.

3ymma said...

kalo aku em...baik tak paya ambik pembantu rumah@bibik, kalo dapat pembantu rumah@bibik yang baik tak pe la juga, tapi kalo dapat bibik yg kuang ajar habis la dunia...

Nurimo said...

EYMMA,masa ambil bibik susah nak tahu baik ke tak baik,rajin ke malas.Maklum orang korja jalan pijak semut tak mati,selepas sebulan dua barulah tahu peal perangai.

3ymma said...

tu la pasalnya.... baik tak paya ambik PR@bibik buang duit je...ala kalo setakat kemas rumah masak..ape je tu, keja senang je...kalo nak ambik pembantu rumah pun ambik la orang kite...hahaha :P "tu pn klo ade la" .. mcm kat sabah kiteorg ambik org sendiri je...tak paya ambik Pembantu rumah import² nie...

Anonymous said...

Cik EYMMA,

Dulu orang tempatan semenajung ambil pembantu rumah orang pantai timur sekitar awal 80an,selepas tu ambil mek Thailand.
Masa ambil orang pantai timur terutama mek Kelantan,ramai majikan nikap dengan pembantu ,kalau tidak pun dia rekmen saudaranya.

Zaman berubah mek kelantan tak suka lagi kerja pembantu rumah,dia kerja paling takda pun kilang,kerana ada kebebasan mudah nak ngorat .Manakala orang Thailand dah berubah minat ,dia suka kerja di restoran2 tomyam.

Jadi terpaksalah ambil bibik dari Indo sebagai pembantu rumah.

Macam kat Sabah pun sudah mula berubah rasanya,yang comel2 dah mula berkerja kat Kl,

3ymma said...

cik aini,

oh mcm ye, patui la... tak lama lagi negara kita ini penuh dengan PATI la, org kita da tak de nt..coz ditengelami oleh orang mereka...ape taknya..dorg kena import kat sini kawin kat sini pastu membiak kat sini...

Unknown said...

baru tadi tgk 360 kupas isu ni, lepas tgk langsung xde rasa kesian kat pembantu rumah indon ni... kes penderaan majikan ke atas mereka ialah kes terpencil dan sekarang dah jadi kes utama, tapi kes penderaan pembantu rumah indon kat budak bwh jagaannya pulak bagaimana? dibiarkan begitu je ke?

Unknown said...

Kerajaan kena buat peraturan yang stadart untuk pembantu rumah,berdasarkan menang2.Kalau tidak orang gaji dibuat macam hamba abdi.

Peraturan hendalah boleh dakwa agen pembekal pembantu rumah jika ada salah laku.Agen juga kena jalankan tugas penyelian,jangan lepas tangan terus bila serah bibit ke majikan.

Bila berlaku salah laku bibik,majikan marah ke bibik,timbul lah perasaan dendam pembantu rumah ke majikan,lalu diluahkan cara dera anak majikan..contohnya.

Ekoran bibik didera majikan Malaysia telah menjadi isu negara kerana bibik adalah rakyat negara Indo,macam rakyat kitalah kalau kerja negara orang,tapi didera,bagaimana kerajaan kita takkan diam saja,

Nurimo said...

Ekoran banyak aduan diterima berkenaan majikan Malaysia buat macam-macam ke pembantu rakyat Indo.Kerajaan Indo telah membekukan penghataran pembantu rumah rakyatnya.

Pada masa ini,kira-kira 300,000 pembantu rumah Indonesia dan 3,000 warga Filipina berkerja secara sah.

Tapi akan jadi masalah kalau kerajaan Indo tarik terus rakyat yang berkerja sebagai pembantu rumah.

Nak harap anak tempatan sekarang tak mahu kerja bidang jenis tak pakai sijil.

Walaubagaimana pun,ada tawaran baru kelmarin 8 Julai 09,dari Persatuan Muslim Mindanao telah memberi respons untuk menghatar amah dari kepulaunnya.
Persatauan Agensi Pembantu rumah Asing Malaysia (Papa) memberitahu terdapat kira-kira 50,000 wanita Islam di Mindanou sedia bekerja di negara kita.

Amah dari Mindanou ni rata-rata mahir berbahasa Inggeris dan ada sijil pula.Bolehlah ajar anak kita bahasa Inggeris dan Tagalak.

3ymma said...

ok la tu.....tp bagi aku kn sejak tgk video orang gaji pijak anak majikan kat 360 (TV3) tu,aku dah tak pecaya lagi dgn org gaji PATI ni..eee..

Nurimo said...

Malaysia setuju dengan empat isu berkaitan pembantu rumah Indonesia

Malaysia bersetuju dalam empat isu yang berkaitan dengan pembantu rumah warga Indonesia iaitu yang membabitkan soal cuti sehari dalam seminggu, liputan insurans, membaiki standard kontrak dan juga soal bayaran gaji tetap atau bulanan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S.Subramaniam berkata keputusan yang dibuat sejak beberapa bulan lepas itu adalah antara perkara yang dipersetujui oleh Malaysia dan Indonesia, manakala lain-lain isu akan dibincangkan dalam mesyuarat berikutnya nanti.

Anonymous said...

KUALA TERENGGANU: Tiada yang lebih memeranjatkan bagi Intan Zunaidah Abdul Wahab, 40, hari ini selain mendapati pembantu rumah yang disayangi umpama menatang minyak yang penuh rupanya remaja durjana sehingga sanggup membakar rumahnya.

Lebih teruk lagi dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu amah yang baru berusia berusia 14 tahun dari Palembang, Indonesia itu dipercayai membakar bilik tidur anak majikannya dan bahagian dapur rumah tersebut sebelum melarikan diri melalui pintu belakang bersama wang tunai lebih RM500 dan dua buah komputer dalam satu kejadian di Taman Murni Indah, Telaga Daing dekat sini pagi ini.

Bagaimanpun dia yang dikenali sebagai Dinda, berjaya ditahan oleh adik majikannya Zulkarnain Abd Wahab, 35, di Stesen Bas Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) lebih sejam kemudian ketika cuba melarikan diri dengan membeli tiket bas ke Kuala Lumpur.

Majikannya Intan berkata, beliau tidak menyangka pembantu rumah yang dilayan seperti anak sendiri itu sanggup berbuat demikian memandangkan sebelum ini hubungan mereka tidak pernah mempunyai masalah.

mstar on line 7 Jan 2009

Nurimo said...

Jumaat Januari 22, 2010
Jangan Lupa Perlindungan Terhadap Hak Majikan Malaysia, Kata Ahli Akademik

JAKARTA: Perlindungan terhadap hak majikan Malaysia tidak harus diketepikan dalam penetapan peraturan berkaitan perlindungan dan hak ke atas pembantu rumah Indonesia, menurut seorang ahli akademik Malaysia.

Dr Salawati Mat Basir berkata selain kerugian yang terpaksa mereka tanggung kerana mengambil pembantu rumah yang bermasalah dan melarikan diri, mereka juga menghadapi masalah penderaan anak-anak oleh pekerja mereka malah ada juga kes isteri menjadi janda kerana suami mereka diambil oleh pembantu rumah mereka.

"Janganlah terlepas pandang hanya kerana kes penderaan terhadap pembantu rumah yang boleh dibilang dengan jari, yang masih dapat pembelaan dari mahkamah Malaysia, masih dalam perbicaraan, kita menutup peluang hak-hak majikan Malaysia yang tak pernah sekalipun dibincangkan dalam sebarang seminar antarabangsa, tentang kerugian kami, perasaan kami.

"Berapa ramai isteri menjadi janda kerana orang gaji ambil suaminya," kata pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu pada seminar Nasional Perlindungan Terhadap Tenaga Kerja Indonesia di Malaysia di Universiti Indonesia di sini.

Dr Salawati yang telah membuat kajian berhubung masalah pembantu rumah Indonesia sejak tahun 2005 berkata majikan Malaysia Malaysia bersedia membayar gaji lebih tinggi kepada pembantu rumah Indonesia jika mereka benar-benar berkualiti.

Majikan di Malaysia perlu membayar RM8,000 untuk mendapatkan pembantu rumah Indonesia dan mereka berharap mendapat pekerja yang terlatih yang faham dengan tugas yang perlu mereka laksanakan bukannya pembantu yang tidak berkebolehan.

"Orang Malaysia bersedia untuk membayar banyak tetapi sila hasilkan mereka yang berkualiti. Filipina memang hantar yang bagus," katanya merujuk kepada kemahiran yang dimiliki pembantu rumah Filipina yang dihantar ke Malaysia dan dibayar gaji RM1,200 hingga RM1,500 sebulan.

Kerajaan Indonesia harus faham, bahawa pekerja yang akan dihantar ke Malaysia bukan kelas kedua tetapi pekerja berkualiti sepertimana Filipina yang mempersiapkan pekerja mereka dengan ilmu untuk tujuan pekerjaan, katanya.

Oleh itu, beliau berkata pembantu rumah Indonesia mesti dilatih dengan kemahiran khusus seperti menjaga anak atau menjaga rumah sebelum mereka dibawa masuk ke Malaysia namun perkara itu tidak berlaku dalam kebanyakan kes.

Keadaan itu akan menyebabkan pembantu rumah itu melakukan kesalahan-kesalahan yang boleh mendatangkan kemarahan kepada majikan, katanya.

"Malaysia sepatutnya mendapat pekerja-pekerja yang berdedikasi dan memahami kehendak majikan Malaysia."

Mengenai cadangan pindaan terhadap memorandum persefahaman yang akan ditandatangani antara Malaysia dan Indonesia yang menetapkan gaji minimumRM550, dengan satu hari bercuti, majikan membuka akaun bank atas nama pekerja mereka dan membenarkan pekerja itu memegang pasport sendiri, beliau berkata langkah itu adalah mencukupi.

Ini bermakna majikan boleh masukkan gaji dalam akaun pekerja, dan jika berlaku penganiayaan, pekerja boleh bawa buku bank ke pejabat kedutaan untuk semak sama ada gaji itu dibayar atau tidak, tambahnya.

Katanya pihak Indonesia mengatakan gaji yang diterima oleh pembantu rumah Indonesia di Malaysia adalah antara yang paling rendah di dunia, namun mereka masih tetap berminat menghantar pekerja mereka ke Malaysia walaupun mereka mempunyai pilihan untuk menghantar pekerja itu ke negara lain seperti di Timur Tengah, Hong Kong dan Singapura. - BERNAMA